Followers

10 March 2013

Terus kuat..

Hari berganti hari,
bulan terus kepada tahun..

Rasa yang tidak pernah berubah,
semangat yang tidak pernah luntur,
kadang jemu menyapa diri,
kadang putus asa menegur hati,
kuabaikan dengan keyakinan kepada sang Pencipta yang menyalurkan rasa itu..

kerana Dia pemilik hati kami,
Dia yang memberikan rasa ini,
cuma kadangkala kami lupa undang-undang yang diciptaNya,
Allah, kami berdosa..
Ampunilah kami..

Kembali mengait impian dan cita,
namun, jalannya terus berduri..
Dek rasa ego dan tidak sabar dalam diri,
Allah datang memberikan pengajaran lagi..

Ia mudah,
tapi bagi aku ia susah,
rumit..
Ini cabaran kami.

Namun aku yakin, 
Dia akan permudahkan.
Pasti.....


♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

No comments:

Post a Comment

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila.blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign