Followers

10 April 2013

Berusaha Mencapai Mampu

Berusaha Mencapai Mampu - Hilal Asyraf

Assalammualaikum Wbt sahabat !
Apa khabar iman dan kesihatanmu hari ini?
Moga sentiasa di dalam kedaan baik dan meningkat ketaatan kepadaNya :)

InshaAllah, hari ini nak review buku sedikit.
Alhamdulillah, saya dah habis baca dua buku di bawah, dengan sekali lalu.
Tapi, buku ini akan di ulang semula. Kerana ia cukup membuatkan saya jatuh cinta pada isinya..

Iya, ia adalah sebagai persediaan untuk ke fasa yang seterusnya.

Buku "Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta'' memberikan perancangan yang terbaik semasa membuat persediaan untuk ke gerbang perkahwinan. Ia lebih teknikal berbanding dengan buku yang keduanya.

Sinopsisnya ;
"Menjadi pasangan bahagia untuk selama-lamanya itu memerlukan perancangan rapi. Bukan sekdar menumpukan persiapan berbulan-bulan demi kenduri sehari, sehingga soal masa hadapan ditolak tepi"

Buku ini mendedahkan tip-tip hebat seperti ;

- Cara mudah mengumpul duit belanja perkahwinan
- Ilmu keewangan untuk bakal pengantin
- Senarai semak luar biasa untuk pengantin lelaki dan perempuan
dan banyak lagi !



Buku yang kedua, menyentuh hati saya..
"Sebelum Aku Bernikah"

Ia membuat saya merasakan sedar tentang apa itu cinta,
Apa itu beza perkahwinan dan rumah tangga,
Fantasi dan realiti cinta..

Allah, saya merasakan 9 bulan lagi tidak cukup untuk persediaan

- Rohani
- Emosi 
- Material

"Rumah tangga bukan seperti sesi sekolah menengah. Kita boleh jangka, dalam lima tahun kita tamat pengajian. Rumah tangga bukan seperti alam universiti semasa menerima ijazah. Kita boleh jangka, dalam tiga hingga empat tahun, kita tamat pengajian ijazah."


Mampukah aku bertahan dengannya? 



Perkahwinan bukanlah hanya semata-mata membina keluarga yang bahagia, ia juga penyumbang kekuatan ummah...


Persediaannya bukan mudah :)




♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

No comments:

Post a Comment

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila.blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign