Followers

21 September 2013

Aku & Emosi



Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ..
Hai kawan-kawan !
Confirm korang tak jengah blog aku, sebab aku pun dah seminggu lebih tak buat apa-apa pon..
Maaf !! Sebab aku kesibukan dengan dunia kampusku - semoga ia juga menyumbang sedikit saham untuk kehidupan yang abadi kelak..
Semoga kalian sihat-sihat saja ya..

Emosi ?
Ada apa dengan emosi ?
Ya - sewaktu aku tulis entry ini - aku agak beremosi..
Kenapa ?
Banyak sebabnya..

Cek jap definisi emosi -
Emosi didefinisikan sebagai suatu ekspresi perasaan naluri yang kuat seperti sayang, gembira, malu, sedih, takut dan sebagainya. Iaitu kehebatan dan kesensitifan perasaan yang selalunya diluahkan dari dalaman kepada tingkah laku tertentu atau cara kita menyampaikan perasaan. Perasaan-perasaan yang kuat ini akan mempengaruhi tindak balas luaran sama ada pada perubahan tubuh fizikal terkawal seperti mimik muka dan tidak terkawal seperti badan berpeluh kerana ketakutan. 
(Sumber)

Bagi aku - orang yang hebat, adalah orang yang dapat mengawal emosi dia..
Aku teringin untuk jadi orang yang hebat itu sebab aku belum menjadi begitu lagi..
Aku masih bertatih - ada masa aku mampu - ada masa tidak..
Hmm.. macam waktu sekarang !

Ahha ! Tapi itulah dinamakan proses pembelajaran..
Aku kecewa, marah, bengang, meluat, sedih saat ni..
Namun, untuk mengawal emosi ini - aku cuba mencari seribu satu sebab / faktor kenapa aku perlu merasakan begini - kalau alasan / sebabnya tidak kukuh - kenapa perlu aku menyakitkan diri..

Nahhh! Sebagai Muslim - kita pasti diajar untuk bersangka baik dan memaafkan..
Dan yang paling penting - sentiasa muhasabah diri kita.

Ya ! Aku sedang lakukan itu.. Memang payah, tapi akan aku cuba..

Be rasional dan optimis Nadia..
I am Psychology student - study about yourself / human..
Dont be a judger !

Wassalammm!
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

No comments:

Post a Comment

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila.blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign