Followers

25 November 2013

Kesenangan

Assalammualaikum Warahamtullahiwabarakatuh..
Apa khabar teman2 ??
Nadia masih lagi di Melaka ini.. tak dapat nak balas jejak dan follow korang..
Guna phone je ni untuk update entri..
Sekarang ni , pukul 1.41 pagi.. Mata Nadia masih lagi tak mengantuk walaupun siang tadi betul2 penat..
Ada benda yang bermain di fikiran..

Just wanna share something with all of you guys..
Sekali lagi nak buat pengakuan berani mati dengan korang..
U ols tahu something , satu ketika atau masanya dahulu - Nadia memang terfikir yg hidup ini memang tak perlukan duit. Kita hanya perlukan kasih sayang untuk bahagia dan senang...
Memang itu yang Nadia selalu fikirkan dulu..

Namun segalanya berubah bila Nadia melihat realiti..
Iya..
Duit tak boleh beli segalanya...
TETAPI segalanya perlukan duit..

Selalu ingat kata En. Tunang ,
Nak buang air pun kena bayar..
Pensyarah pun pernah kata , kalaulah udara yang kita sedang hirup ni boleh orang simpan - nescaya kita pun perlukan duit untuk bernafas..

Zaman sekarang , orang cari duit bukan sebab nak kaya semata - mata..
Tapi sebab benda tuh dah jadi macam satu kemestian.
Dan kadang2 itu pun masih tak cukup..
Keadaan sungguh menyesakkan kan ??

Series ! Nadia nak jadi orang yang senang..
Senang untuk hulurkan bantuan..
Senang untuk bayarkan zakat..
Senang untuk belikan kelengkapan mak ayah , ubati mak ayah..
Senang nak sponsor anak2 buah Nadia yang mana satu ketika dulu ayah2 diorang pernah sponsor Nadia.
Dan Nadia nak senang untuk menyenangkan mereka2 yang lain..

Nadia sedang berusaha mencapainya..
Doakan Nadia berjaya dan takkan sekali berbangga dan menyombong diri dengan pemberian Allah ni nanti..


























♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

No comments:

Post a Comment

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign