Followers

26 November 2013

Tingkatkan Sistem Imun


Jom cakna dan ambil tahu tentang sistem IMUN ?
Apa ea menatang IMUN ni ?
Sorry bahasa kasau :)


Sistem Imun adalah sistem pertahanan manusia sebagai perlindungan terhadap infeksi dari makromolekul asing atau serangan organisme, termasuk virus, bakteri, protozoa dan parasit.

FUNGSI SITEM IMUN

• Penangkal “ benda” asing yang masuk ke dalam tubuh.
• Untuk keseimbanagn fungsi tubuh terutama menjaga keseimbangan komponen tubuh yang telah tua.
• Sebagai pendeteksi adanya sel-sel abnormal, termutasi, atau ganas, serta menghancurkannya.

Sistem imun tidak dapat dibentuk dalam waktu yang singkat. Respon imun tubuh alamiah terhadap serangan pathogen baru akan muncul dalam waktu 24 jam.


Jadinya, kalau sesorang itu imunnya lemah - dia mudah terkena penyakit macam batuk selsema dan sebagainya..

BAIK !!
Katakanlah , kita tak nak amik suplemen bagai , tapi still nak kuatkan sistem imun diri kita dan keluarga..
Macam mana caranya ? Nak kena makan apa ? Nak kena buat apa ?

1. Yogurt Kefir - Kebanyakan yogurt dan boleh dikatakan hampir kesemua kefir atau produk susu fermentasi mengandungi probiotik yang merupakan bakteria baik. Bakteria ini mengubah sistem imun di dalam saluran pencernaan bertindakbalas terhadap mikro organisma. Probiotik dapat membantu masalah cirit-birit dan masalah berkaitan usus. Menurut Mayo Clinic, probiotik juga mampu mengurangkan keterukan selsema dan demam selsema.

2. Teh hitam/teh hijau - Teh hijau dan teh hitam mengandungi polifenol iaitu sejenis anti oksida tumbuhan yang membantu mencegah radikal bebas di dalam tubuh. Kajian yang dilakukan Universiti Harvard mendapati mereka yang minum lima cawan teh hitam dapat menghindarkan daripada jangkitan seperti virus.

3. Bawang putih - Bawang putih selalunya digunakan di dapur untuk memasak, namun ia juga membantu mencegah penaykit. Ia mengandungi sebatian sulfur iaitu alisin yang bertindak sebagai agen antibakteria dan antivirus. Cara terbaik untuk mendapatkan manfaat daripada bawang putih ialah dengan mengambilnya secara mentah.

4. Oren/sayuran berubi - Labu, ubi keledek dan buah oren tinggi dengan kandungan beta karotena bagi menghasilkan vitamin A. Diet yang rendah beta karotena boleh melemahkan sistem imun, jadi pastikan anda mengambil sumber-sumber makanan tersebut bagi memastikan tubuh anda dilengkapi dengan nutrien yang diperlukan.

5. Tiram - Hidupan laut ini merupakan sumber terbaik untuk zink selain nutrien seperti omega-3, selenium dan zat besi. Zink penting dalam pembentukan sel darah putih dan paras zink yang rendah boleh memberikan implikasi negatif terhadap sistem imun. Selain tiram, zink boleh didapati pada sumber makanan lain seperti daging lembu dan ayam.

6. Jus lobak merah – Jus carrot mambantu menguatkan imuniti, memperbaiki pencernaan, menormalkan metablisme dan membantu untuk membawa berat badan kembali normal (menggalakkan penurunan berat badan) jus carrot (segar)- satu ubat yang sangat baik semulajadi untuk mengukuhkan dan meningkatkan fungsi organisma hidup semua. Dalam bahasa yang mudah: penggunaan sistematik jus lobak memberikan tubuh anda ke dalam keadaan "bersedia."

Wahhh.. banyaknya... apa lagi , bolehlah cuba ya..
Nak lagi mudah ? Leceh la..

Ambil je NUTRIFERON SHAKLEE ok..
Nak info lebih lagi ? Mai sini..

Wassalam !!





♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

2 comments:

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila.blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign