Followers

24 November 2013

Tips Diet

(1) Sebelum mula pastikan kita mengambil ukuran badan seiring dengan timbang berat badan. Diet ni tak semestinya akan turun berat badan dulu sebab ada individu yang badan shape on dulu baru die turun berat badan.

(2) Kena konsisten dan jangan ingat boleh turun berat badan dalam sehari..Letak target jangka pendek 3 BULAN. 

(3) Stagnant period = normal untuk long term diet. Cuma continue diet seperti biasa sebab badan sedang shape on semasa stagnant period. 

(4) WAJIB ambil SARAPAN. Kita tidur lebih kurang dalam 6-8 jam dan sepanjang tempoh tu perut jadi berasid. Paling kurang bangun pagi tu, alas dengan segelas air untuk neutralkan asid tu. SARAPAN ni jadi penanda aras untuk tenaga sepanjang hari yea. 

(5) JANGAN SKIP MEAL - Kalau jenis nak mengunyah je, makan banyak kali tapi kuantiti sedikit. Dinner kalau tak mahu makan berat, ambil light meal walaupun sekadar biskut atau buah-buahan. Ini untuk elakkan badan bertukar kepada “starving mood” 

(6) Ambil NASI sekurang-kurangnya sekali sehari. Saya tak setuju dengan diet tanpa nasi sebab badan kita perlukan karbohidrat. Nasi adalah lebih baik daripada roti, mee dan pasta. 

(7) AIR KOSONG / PUTIH sekurang2nya 1 LITER sehari , ia terpulang juga kepada berat badan , lagi berat badan lagi banyak air putih diperlukan..

(8) Portion plate jaga : Separuh pinggan nasi +1/4 Sayur + 1/4 lauk..
Kalau lapar, tambah lauk dan sayur..Bukan tambah nasi yee..

(9) Snack between meal tu boleh sahaja tapi ambillah buah-buahan / dried fruits - benda2 berkhasiat..

(10) Ambil buah SEBELUM makan bukan sebagai dessert sebab ini kan sunnah yang mana hikmahnya dapat melancarkan sistem perkumuhan..


Selamat berdiet Nadia !!
Selamat berdiet kawan2..
XOXO..


♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

No comments:

Post a Comment

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign