Followers

7 December 2013

Jom Jaga Tulang Belakang

Assalammualaikum geng !
Apa khabar teman ? Tempat kalian masih hujan ke? 
Sejak kebelakangan ni , Nadia rasa macam duduk kat Cameroon Highland bila kat UIA ni..
Sejuk yang amat ! Alhamdulillah !

Okeh , kelmarin Nadia dah cerita pasal Si Ostematrix Shaklee yang best dan mampu untuk menjaga tulang , menguatkan rambut - kuku dan macam2 lagi kebaikannya..

Jangan lupa jengah entri Kebaikan Ostematrix tau !

Hari ni plak - Nadia nak share pasal macam mana nak jaga kesihatan tulang belakang..
Fine ! Memanglah kita dah ambil Oste , tapi still ada penjagaan2 yang kita perlu ambil kira..
Bukan setakat makan Oste je tulang kita ni dijamin sihat sokmo..
Setuju ??

Jadi , jom kita cakna sikit pasal penjagaan tulang belakang yang Nadia ambil daripada blog 


Spine (tulang belakang) anda mempunyai banyak saraf, urat dan ligamen yang bertindak sebagai penghubung ke seluruh badan. Jagalah spine anda dengan baik supaya bukan sahaja bahagian belakang anda sihat malahan seluruh badan sihat dan ceria. Banyak cara mudah anda boleh lakukan untuk menjaga spine daripada cedera atau mengalami komplikasi kesakitan seperti yang saya alami sehingga terpaksa menjalani pembedahan.

1. Biarkan spine anda betul-betul rehat semasa tidur
Semasa tidur semua struktur dalam spine yang telah bekerja kuat sepanjang hari akhirnya berpeluang relaks dan menikmati kenikmatan rehat. Jangan dipaksa lagi spine anda terus bekerja untuk kepentingan anggota badan lain semasa spine perlu rehat. Berlaku adillah kepada spine terutama semasa dia perlu rehat dengan menyempurnakan keperluan rehat untuknya seperti tilam yang sesuai, postur tidur yang betul dan tiada gangguan untuk spine rehat dengan selesa.

2. Pilih Kasut yang Anda Pakai dengan Cermat
Sama ada anda berjalan untuk exercice atau berjalan biasa ke mana-mana kasut yang anda pakai memberi kesan besar kepada belakang anda. Kasut yang anda pakai memberi kesan keseimbangan, kelenturan dan keselesaan ke seluruh badan yang penghubungnya ialah semua struktur di dalam spine. Kasut yang baik menjaga bukan sahaja kaki yang memakainya malahan membantu spine dan badan kekal pada jajarannya. Ia juga membantu mengelak daripada ketegangan urat saraf dan kemungkinan kecederaan.

3. Latihan untuk Abdomen dan Belakang
Satu daripada aspek utama kesihatan spine yang baik ialah latihan (exercice). Latihan yang baik untuk menyihatkan spine ialah pergerakan terancang abdomen dan bahagian belakang badan. Latihan mudah 20 hingga 30 minit sehari secara rutin sekurang-kurangnya tiga kali seminggu semasa spine sihat atau sebelum terjadi seperti saya membantu mengelak atau meminimum kecederaan spine.

4. Duduk Tegak dengan Sokongan
Semasa duduk disc atau pelapik antara tulang belakang bahagian bawah atau pinggang atau lumber menerima beban tiga kali lebih besar daripada semasa berdiri. Jadi duduk yang lama lebih-lebih lagi dalam postur yang tidak betul dengan postur spine boleh mengakibatkan sakit belakang/pinggang dan kaki yang disebabkan oleh sciatica atau referred pain. Duduk lama di kerusi pejabat menyebabkan postur spine berubah daripada postur asal menyebabkan disc berada dalam keadaan tidak seimbang menerima beban dan boleh slip atau tergelincir dari tempatnya. Jika anda perlu duduk lama di pejabat letaklah alat sokongan kepada lumber anda supaya pistur spine kekal seperti asal.

5. Enjoy Faedah Urutan
Urutan yang baik boleh merehatkan urat saraf (muscles) dan melegakan stress. Urutan teraputik bukan sahaja memperbaiki kelenturan dan mengurangkan tekanan malahan memperbaiki aliran darah dan meningkatkan aras endorphin dalam bloodstream. Endorphin ialah bahan kimia dalam badan yang menyebabkan kita rasa sedap badan. Urutan yang baik didapati di mana-mana termasuk kerusi, tilam dan katil urut yang dijual di pasaran yang boleh dipakai di rumah atau pejabat atau tempat awam.

Kesimpulan
Topik yang saya bincang di atas adalah cara mudah untuk membantu spine anda yang masih sihat sebelum terjadi seperti yang saya alami. Bagi orang seperti saya yang telah menjalani pembedahan spine dan sedang menjalani pantang larang selepas pembedahan tentulah tidak semua cara boleh dilakukan sebelum mendapat nasihat pakar. Namun saya akan jadikan peringatan dan amalan apabila sembuh nanti.

Mampu buat macam ni ??


♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

No comments:

Post a Comment

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign