Followers

16 December 2013

Kepentingan Vitamin dan Fungsinya


Vitamin A
Menjadikan kulit lebih halus dan membantu mengekalkan kesihatan mata.
Sumber: Tembikai, anggur, aprikot, lobak merah, brokoli, keledek, bayam, labu dan telur.

Vitamin B
Mencegah kulit daripada menjadi terlalu berminyak dan berjerawat. Selain itu, vitamin B juga dapat membantu meningkatkan kualiti rambut serta kulit, selain metabolisme badan.
Sumber: Pisang, avokada, kacang, telur, susu, bijiran, ayam, tuna dan kerang.

Vitamin C
Mengurangkan kemunculan parut, luka, dan lebam kerana berupaya menghasilkan kolagen secara semula jadi yang baik untuk kulit. Malah, vitamin C juga baik untuk sistem imun tubuh.
Sumber: Buah-buahan sitrus, beri, epal, tembikai, nanas, tomato, bayam, kubis, capsicum, brokoli.

Vitamin D
Membantu kulit memerangi masalah kekeringan, selain membantu anda memdapatkan tulang dan gigi yang sihat.
Sumber: Anda boleh mendapatkan vitamin D dengan berjemur di bawah sinaran matahari pada waktu pagi (tanpa menggunakan krim pelindung) selama 10-15 minit sebanyak 3 kali seminggu. Selain itu, vitamin D juga boleh diperolehi daripada produk susu dan tenusu, tuna dan salmon.

Vitamin E
Membantu mengurangkan parut, radang dan rengsa pada kulit. Selain itu, vitamin E juga kaya dengan anti oksidan yang baik untuk menangani masalah kulit kering dan tidak bermaya.
Sumber: Jus buah-buahan, asparagus, bayam, brokoli dan kekacang.

Credit to : Wadaah Nasuha's Blog
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

2 comments:

  1. licha ambil vitamin e untuk sapu kt kulit. vitamin c plak skg makan shaklee punya. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaaah... gud dear ! samalah kita.. nadia pon da start ambil vit c..

      Delete

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila.blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk Shaklee yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Kesan juga berbeza keatas individu.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign