Followers

8 December 2013

Perkahwinan & Permainan


Assalammualaikum Warahamatullahiwabarakatuh !
Apa khabar rakan taulan ? Penyinggah setia ? Pengomen tegar ?
Moga kalian sihat-sihat belaka..

Apa khabarlah agaknya sahabat / saudara mara kita yang dilanda banjir , Nadia setakat tahu update melalui Facebook je.. Ada berita ??

Hari ini , Nadia nak mengomel pasal perkahwinan dan permainan.. Nampak lucah ke tajuk kat atas? Tak.. kan ? Hahah! Siapa rasa lucah bila 1st time terpandang, kena check balik otak tu.. 
Jangan kuning sangat !

Jom masuk intipati..

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجاً لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ 
لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu mendapat sakinah padanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa mawaddah dan rahmah. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda(kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir
AR-RUM : 21


Selalu Nadia renungkan ayat di atas , perkahwinan adalah tanda kebesaran Allah , di dalamnya terdapat sakinah, mawaddah dan rahmah....
Tapi rasanya , rata2 depan mata kita ramai / kebanyakkan pasangan tak menunjukkan betapa bahagianya perkahwinan itu..
Duit tak cukup, bini / suami ada orang lain , anak2 buat hal , dan macam2 lagi..
Sebab apa? 
Apa pendapat kalian ?


Untuk 20 sen Nadia , Nadia berpendapat - perkahwinan bukan permainan yang kita boleh ambil ringan - ia tak mudah namun sangat senang untuk mendapat ganjaran syurga dan ketenangan kalau kita betul2 mengikut apa yang Allah arahkan..

Ini tiada kena mengena antara cinta sebelum kahwin atas selepas.. 
Ini salah satu aspek lain , sebab Nadia pun bercinta sebelum kahwin..
Tapi sejauh mana kita sedar apa kesalahan yang kita dan pasangan buat dan menyesalinya sebelum masuk ke alam perkahwinan...

As we all know, bila ada sesuatu masalah dan ujian yang menimpa kita mesti Allah nak sampaikan hikmahnya.. ye dok ?
Korang faham ? Sebab masa Nadia menulis ni pun rasa macam berbelit2 nak sampaikan..
Konklusinya, jangan tunggu selepas kahwin baru nak berubah - mula daripada sekarang..
Tak kisah la part solat / ibadah ke.. perangai ke.. tabiat ke.. BERUBAH ! untuk menjadi yang lebih baik..

Sebab apa , it will effect our entire family..
Bila kita kahwin, kita bukan sahaja hidup dengan dia, dengan family dia..
Esok2 dah ada anak , kita ni role model dia.. Mesti ada beberapa perkara yang kita tak nak anak kita ikut kita kan? Jadi kalau satu benda tu dah jadi macam kebiasaan, macam mana kita nak berubah?
It definitely change !

Dan Nadia sekarang tengah berusaha !
Pesanan khidmat masyarakat ini Nadia kongsikan untuk semua..
Ia memang untuk diri Nadia jugak..

Love u !

- Another 40 days to go -


♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

12 comments:

  1. Jom sama-sama berubah ke arah yg lebih baik...
    Chaiyok..Chaiyok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom2 sama... nak gi lawat blog awak jap.. nak lepak sane..

      Delete
  2. betul tu. jika nak pasangan yang beragama, kita yang kena ubah diri kita dulu. solat cukup, aurat terjaga :)

    http://akuhanyagadiskampung.blogspot.com/2013/12/tak-rugi-menonton-filem-kolumpo.html

    ReplyDelete
  3. whoa, betul tu :) lagipun allah dah tetapkan org yg baik untuk org yg baik je ^^ hehe, nice sharing kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes dear.. so kita kena baiki diri kita dl. in shaa Allah dapat yg baik jua.. jom usaha dan berdoa..

      Delete
  4. setuju sgt.. moga2 berkekalan perkhwinan yg bakal di bina :)

    ReplyDelete
  5. entry yang penuh manfaat. terima kasih kak nadia di atas perkongsian. doa kan tasneem bertemu jodoh yang baik ye. Aminnn :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin ya Allah... inshaAllah Tasneem :) mudah2an, bercinta sampai syurga tau..

      Delete

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign