Followers

28 March 2013

Sebuah Persahabatan

Assalammualaikum Warahamtullahiwabarakatuh :)

Apa khabar kalian? Semoga sentiasa sihat dalam izinNya..

Korang mesti memhami erti persahabatan tu kan? Walaupun definisi korang dan aku berbeza, kita tetap memahami yang kita perlukan sahabat-sahabat itu..

Entahlah, untuk hari ni.. aku terkenangkan sahabat-sahabat atau kawan-kawan yang pernah aku kenali sejak bermulanya hidup aku dalam mengenal dunia..
Fasa dalam kehidupanlah yang membuat aku mengerti apa erti seorang sahabat..

Seorang sahabat bukan hanya bersama denganmu hanya pada saat bahagia sahaja..

Dia juga tidak akan meninggalkanmu terkapai-kapai dalam kesesatan..
Dia juga tidak akan mementingkan dirinya sendiri bahkan mementingkanmu..

Allah, seorang sahabat yang baik itu terlalu banyak definisinya..

Dia akan tetap menerimamu walaupun dia tahu setiap inci keburukanmu..

Aku dan sahabat-sahabat,
juga mempunya pelbagai kenangan manis dan pahitnya..

Disaat suka, ramai yang selalu bersama...
Bertukar duka, hilanglah ia bersama suka..

Aku juga pernah melakukan kesilapan dalam bersahabat,
Aku juga pernah melukakan..

Bahkan, Allah memberikan pengajaran di saat aku dilukakan...

Ia memberikan banyak pengajaran..
Yang pasti, di antara mereka semua ada beberapa yang masih kukuh bersamaku..
Sahabat yang bukanlah aku bersama 24 jam sehari,
tetapi mereka yang selalu ada di saat aku memerlukan..

Dan aku akan selalu ada untuk mereka..
InsyAllah, biarlah ukhwah kekal sampai syurga..

Maafkan segala kesilapanku dunia dan akhirat..
Hidup ini memerlukan sahabat, tanpa ia, kuranglah nikmatnya :)




Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

10 March 2013

Terus kuat..

Hari berganti hari,
bulan terus kepada tahun..

Rasa yang tidak pernah berubah,
semangat yang tidak pernah luntur,
kadang jemu menyapa diri,
kadang putus asa menegur hati,
kuabaikan dengan keyakinan kepada sang Pencipta yang menyalurkan rasa itu..

kerana Dia pemilik hati kami,
Dia yang memberikan rasa ini,
cuma kadangkala kami lupa undang-undang yang diciptaNya,
Allah, kami berdosa..
Ampunilah kami..

Kembali mengait impian dan cita,
namun, jalannya terus berduri..
Dek rasa ego dan tidak sabar dalam diri,
Allah datang memberikan pengajaran lagi..

Ia mudah,
tapi bagi aku ia susah,
rumit..
Ini cabaran kami.

Namun aku yakin, 
Dia akan permudahkan.
Pasti.....

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

2 March 2013

Padanya ada hikmah :)


Kadangkala hati menyangka,
kisah yang terjadi kepada kita tidak ada kesenangan padanya..

Kadangkala hati juga bertanya,
mengapa Tuhan memberikan kisah yang tidak ada manisnya..

Mungkin kita lupa,
Tuhan itu Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.

Lalu pada setiap kisah yang diberikan kepada manusia,
Dia menyisipkan KASIH-NYA..

Semua itu disembunyikan pada kata yang bernama HIKMAH ♥

(Muhaya & Bahruddin, 2013)

redha Nadia !!
Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign