Followers

26 December 2013

Kembali bersarang..


7 hari = genap seminggu Nadia tinggalkan blog ini berdebu..
Eh ! Bukan debu biasa.. Debu2 cinta..

Maaflah geng ! Mesti korang menanti apa cerita terbaru eden?
PERASAN !

Beri laluan untuk Nadia exam dulu k :)
Mohon doa dan restu..

Notakaki ; Memang banyak benda nak kongsi ni..
Nantila..

Wassalam..

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

18 December 2013

A month to go..


ok ! Nadia dah mula cuak..
takpe2 , exam dulu ya Nadia..

:)

Korang , ada yang duduk Melaka ?
Jemput datang rumah laaa..
Bila lagi nak berkenalan kan..

Hai Nadia k !
Nadia bg kad nanti..

Mohon Doa dan Restu



Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

16 December 2013

Kepentingan Vitamin dan Fungsinya


Vitamin A
Menjadikan kulit lebih halus dan membantu mengekalkan kesihatan mata.
Sumber: Tembikai, anggur, aprikot, lobak merah, brokoli, keledek, bayam, labu dan telur.

Vitamin B
Mencegah kulit daripada menjadi terlalu berminyak dan berjerawat. Selain itu, vitamin B juga dapat membantu meningkatkan kualiti rambut serta kulit, selain metabolisme badan.
Sumber: Pisang, avokada, kacang, telur, susu, bijiran, ayam, tuna dan kerang.

Vitamin C
Mengurangkan kemunculan parut, luka, dan lebam kerana berupaya menghasilkan kolagen secara semula jadi yang baik untuk kulit. Malah, vitamin C juga baik untuk sistem imun tubuh.
Sumber: Buah-buahan sitrus, beri, epal, tembikai, nanas, tomato, bayam, kubis, capsicum, brokoli.

Vitamin D
Membantu kulit memerangi masalah kekeringan, selain membantu anda memdapatkan tulang dan gigi yang sihat.
Sumber: Anda boleh mendapatkan vitamin D dengan berjemur di bawah sinaran matahari pada waktu pagi (tanpa menggunakan krim pelindung) selama 10-15 minit sebanyak 3 kali seminggu. Selain itu, vitamin D juga boleh diperolehi daripada produk susu dan tenusu, tuna dan salmon.

Vitamin E
Membantu mengurangkan parut, radang dan rengsa pada kulit. Selain itu, vitamin E juga kaya dengan anti oksidan yang baik untuk menangani masalah kulit kering dan tidak bermaya.
Sumber: Jus buah-buahan, asparagus, bayam, brokoli dan kekacang.

Credit to : Wadaah Nasuha's Blog
Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

13 December 2013

Kisah kereta dan perempuan

Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh !
Apa khabar korang.. moga korang dalam kesihatan yang baik jugak dipermudahkan segala urusan olehNya okeh ! Kalau2 ada masalah, tarik nafas dalam2 - Istighfar dan just jerit dalam hati u ols yang korang BOLEH ATASINYA ! Yes, kau boleh lah kawan...

Hari ni nak merepek apa ? 
Hari ni nak bebel pasal kisah dan perempuan ! Nadia lah tu..
Kira dalam minggu ni nak masuk minggu yang ketiga kereta kesayangan rosak  dan tak bergerak..
Sedih ...


Kenapa ?? Sebab bateri kira kiap habis la.. tak boleh guna lagi dah ..
Sebabnya , Nadia tak pernah check pun bateri dan air baterinya..
Asyik periksa minyak hitam dan air biasa je..
Mana taknya.. sekarang kena tukar bateri baru terus..
Tapi kena tunggu ongkosnya dulu approved by big boss ~~ hehe ! My ayah lah..

Pengajarannya - orang selalu ada STEREOTYPICAL pasal perempuan taktahu pasal kereta..
Mungkin tak semua , tapi kebanyakkan.. gitu ?
Dan Nadia termasuklah orang yang tak tahu..
Tapi Nadia yakin boleh tahan ramai jugak kaum Hawa yang pro pasal benda ni..
Nadia SALUTEEE u olssss !!

so sekarang , siapa yang tak tahu dan tak pernah amik tahu - kita kena amik tahu daripada sekarang okeh ! walaupun takde  lesen kete lagi.. at least d basic thing..

:)

Korang ade tips nak kongsi dengan Nadia pasal kereta ? Drop your comments sayang..

Notakaki - Jangan sampai gini plak dear.. Hihik ! Sorry , usik mengusik je..



Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

10 December 2013

Shaklee : Manfaat Vita Lea aka Multi-vitamin


Assalammualaikum !
Hai kawan ! Hai blogger !
Shaklee lagi ? Aish.. jum la baca sat..
Mana tahu mungkin bermanfaat nanti kalau bukan sekarang..

Ha.. pada yang nak jadi ahli tu , boleh roger laju2 tau..
Jom lah jadi ahli Shaklee sebagai azam tahun baru..
Jom kita bina empayar bersama !

Korang ! Mesti korang selalu dengar pasal multivitamin kan..
Dan korang mesti selalu terdengar juga ramai orang ambil multivitamin..
Dalam Shaklee pon hadooo..
Harga berpatutan dan berbaloi2..

Namanya VitaLea !
Apa fungsi dia ?

Manfaat utama Vita-Lea ialah
  • Penambahan tenaga SEGERA - pemberi tenaga,kecergasan tubuh dan kekuatan mental,sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam asperk pembekajaran mahupun kerja2 seharian
  • Pelengkap nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang,terutamanya mereka yang vegetarian dan anemia.
  • Keupayaan sistem reproduktif - penting bagi kanak2 dan remaja yang sedang membesar
  • Metabolisme - Sangat membantu dalam stimulasi metabolismea dan melambatkan proses penuaan.
  • Elemen Penting pada sel tubuh - Menyediakan asas nutrisi,memastika sel hidup,pertumbuhan sel baru,membantu proses pembesaran,pertumbuhan rambut,otot,kulit,kuku dan hormon,serta menjaga kesihatan tiroid.
  • Melindungi organ - melindungi fungsi buah pinggang,jantung dan hati


Antara fungsi lain Vita-Lea ialah
  • Mengimbangi segala bahan kimia di dalam badan sebagai insuran bagi menampung kepada apa2 pemakanan yang kurang dalam diet.
  • Membantu pengambilan makanan di dalam badan kita supaya lebih berfungsi ( mengoptimumkan fungsi nutrien dr diet harian kita)
  • Membantu meningkatkan kesegaraan otak dan pertahanan terhadap jangkitan
  • Membantu kesihatan secara am

Dan JANGAN TUNGGU LAGI !!
Sms atau whatsapp ke 013 2558600

Shaklee Independent Distributor
Nor Nadia Syakila Jamal
No id - 1028241

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

8 December 2013

Perkahwinan & Permainan


Assalammualaikum Warahamatullahiwabarakatuh !
Apa khabar rakan taulan ? Penyinggah setia ? Pengomen tegar ?
Moga kalian sihat-sihat belaka..

Apa khabarlah agaknya sahabat / saudara mara kita yang dilanda banjir , Nadia setakat tahu update melalui Facebook je.. Ada berita ??

Hari ini , Nadia nak mengomel pasal perkahwinan dan permainan.. Nampak lucah ke tajuk kat atas? Tak.. kan ? Hahah! Siapa rasa lucah bila 1st time terpandang, kena check balik otak tu.. 
Jangan kuning sangat !

Jom masuk intipati..

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجاً لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ 
لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu mendapat sakinah padanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa mawaddah dan rahmah. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda(kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir
AR-RUM : 21


Selalu Nadia renungkan ayat di atas , perkahwinan adalah tanda kebesaran Allah , di dalamnya terdapat sakinah, mawaddah dan rahmah....
Tapi rasanya , rata2 depan mata kita ramai / kebanyakkan pasangan tak menunjukkan betapa bahagianya perkahwinan itu..
Duit tak cukup, bini / suami ada orang lain , anak2 buat hal , dan macam2 lagi..
Sebab apa? 
Apa pendapat kalian ?


Untuk 20 sen Nadia , Nadia berpendapat - perkahwinan bukan permainan yang kita boleh ambil ringan - ia tak mudah namun sangat senang untuk mendapat ganjaran syurga dan ketenangan kalau kita betul2 mengikut apa yang Allah arahkan..

Ini tiada kena mengena antara cinta sebelum kahwin atas selepas.. 
Ini salah satu aspek lain , sebab Nadia pun bercinta sebelum kahwin..
Tapi sejauh mana kita sedar apa kesalahan yang kita dan pasangan buat dan menyesalinya sebelum masuk ke alam perkahwinan...

As we all know, bila ada sesuatu masalah dan ujian yang menimpa kita mesti Allah nak sampaikan hikmahnya.. ye dok ?
Korang faham ? Sebab masa Nadia menulis ni pun rasa macam berbelit2 nak sampaikan..
Konklusinya, jangan tunggu selepas kahwin baru nak berubah - mula daripada sekarang..
Tak kisah la part solat / ibadah ke.. perangai ke.. tabiat ke.. BERUBAH ! untuk menjadi yang lebih baik..

Sebab apa , it will effect our entire family..
Bila kita kahwin, kita bukan sahaja hidup dengan dia, dengan family dia..
Esok2 dah ada anak , kita ni role model dia.. Mesti ada beberapa perkara yang kita tak nak anak kita ikut kita kan? Jadi kalau satu benda tu dah jadi macam kebiasaan, macam mana kita nak berubah?
It definitely change !

Dan Nadia sekarang tengah berusaha !
Pesanan khidmat masyarakat ini Nadia kongsikan untuk semua..
Ia memang untuk diri Nadia jugak..

Love u !

- Another 40 days to go -

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

7 December 2013

Jom Jaga Tulang Belakang

Assalammualaikum geng !
Apa khabar teman ? Tempat kalian masih hujan ke? 
Sejak kebelakangan ni , Nadia rasa macam duduk kat Cameroon Highland bila kat UIA ni..
Sejuk yang amat ! Alhamdulillah !

Okeh , kelmarin Nadia dah cerita pasal Si Ostematrix Shaklee yang best dan mampu untuk menjaga tulang , menguatkan rambut - kuku dan macam2 lagi kebaikannya..

Jangan lupa jengah entri Kebaikan Ostematrix tau !

Hari ni plak - Nadia nak share pasal macam mana nak jaga kesihatan tulang belakang..
Fine ! Memanglah kita dah ambil Oste , tapi still ada penjagaan2 yang kita perlu ambil kira..
Bukan setakat makan Oste je tulang kita ni dijamin sihat sokmo..
Setuju ??

Jadi , jom kita cakna sikit pasal penjagaan tulang belakang yang Nadia ambil daripada blog 


Spine (tulang belakang) anda mempunyai banyak saraf, urat dan ligamen yang bertindak sebagai penghubung ke seluruh badan. Jagalah spine anda dengan baik supaya bukan sahaja bahagian belakang anda sihat malahan seluruh badan sihat dan ceria. Banyak cara mudah anda boleh lakukan untuk menjaga spine daripada cedera atau mengalami komplikasi kesakitan seperti yang saya alami sehingga terpaksa menjalani pembedahan.

1. Biarkan spine anda betul-betul rehat semasa tidur
Semasa tidur semua struktur dalam spine yang telah bekerja kuat sepanjang hari akhirnya berpeluang relaks dan menikmati kenikmatan rehat. Jangan dipaksa lagi spine anda terus bekerja untuk kepentingan anggota badan lain semasa spine perlu rehat. Berlaku adillah kepada spine terutama semasa dia perlu rehat dengan menyempurnakan keperluan rehat untuknya seperti tilam yang sesuai, postur tidur yang betul dan tiada gangguan untuk spine rehat dengan selesa.

2. Pilih Kasut yang Anda Pakai dengan Cermat
Sama ada anda berjalan untuk exercice atau berjalan biasa ke mana-mana kasut yang anda pakai memberi kesan besar kepada belakang anda. Kasut yang anda pakai memberi kesan keseimbangan, kelenturan dan keselesaan ke seluruh badan yang penghubungnya ialah semua struktur di dalam spine. Kasut yang baik menjaga bukan sahaja kaki yang memakainya malahan membantu spine dan badan kekal pada jajarannya. Ia juga membantu mengelak daripada ketegangan urat saraf dan kemungkinan kecederaan.

3. Latihan untuk Abdomen dan Belakang
Satu daripada aspek utama kesihatan spine yang baik ialah latihan (exercice). Latihan yang baik untuk menyihatkan spine ialah pergerakan terancang abdomen dan bahagian belakang badan. Latihan mudah 20 hingga 30 minit sehari secara rutin sekurang-kurangnya tiga kali seminggu semasa spine sihat atau sebelum terjadi seperti saya membantu mengelak atau meminimum kecederaan spine.

4. Duduk Tegak dengan Sokongan
Semasa duduk disc atau pelapik antara tulang belakang bahagian bawah atau pinggang atau lumber menerima beban tiga kali lebih besar daripada semasa berdiri. Jadi duduk yang lama lebih-lebih lagi dalam postur yang tidak betul dengan postur spine boleh mengakibatkan sakit belakang/pinggang dan kaki yang disebabkan oleh sciatica atau referred pain. Duduk lama di kerusi pejabat menyebabkan postur spine berubah daripada postur asal menyebabkan disc berada dalam keadaan tidak seimbang menerima beban dan boleh slip atau tergelincir dari tempatnya. Jika anda perlu duduk lama di pejabat letaklah alat sokongan kepada lumber anda supaya pistur spine kekal seperti asal.

5. Enjoy Faedah Urutan
Urutan yang baik boleh merehatkan urat saraf (muscles) dan melegakan stress. Urutan teraputik bukan sahaja memperbaiki kelenturan dan mengurangkan tekanan malahan memperbaiki aliran darah dan meningkatkan aras endorphin dalam bloodstream. Endorphin ialah bahan kimia dalam badan yang menyebabkan kita rasa sedap badan. Urutan yang baik didapati di mana-mana termasuk kerusi, tilam dan katil urut yang dijual di pasaran yang boleh dipakai di rumah atau pejabat atau tempat awam.

Kesimpulan
Topik yang saya bincang di atas adalah cara mudah untuk membantu spine anda yang masih sihat sebelum terjadi seperti yang saya alami. Bagi orang seperti saya yang telah menjalani pembedahan spine dan sedang menjalani pantang larang selepas pembedahan tentulah tidak semua cara boleh dilakukan sebelum mendapat nasihat pakar. Namun saya akan jadikan peringatan dan amalan apabila sembuh nanti.

Mampu buat macam ni ??

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

5 December 2013

Banjir 2013


Jangan lupa doakan mereka..
Allah ..
Bantulah mereka..

:')

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

Shaklee : Kebaikan Ostematrix

Sering sakit pinggang, lenguh badan, kebas kaki dan gigi goyang? 

Itu antara tanda awal anda kekurangan kalsium dalam diet harian anda. Kalsium sangat penting, terutamanya bagi ibu menyusu, ibu mengandung, ahli sukan dan juga warga emas.

Nak tahu kalsium terbaik di pasaran? Semestinya Ostematrix Shaklee.
 Kenapa Ostematrix shaklee terbaik di pasaran?
Ini kerana Ostematrix Shaklee formulanya unik. Mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, magnesium dan boron. Semua nutrien di atas sangat perlu dalam suatu tablet kalsium bagi memastikan penyerapannya 99% dalam badan kita, dan menghalang endapan sesetengah mineral.
Kebanyakkan kalsium di pasaran tidak menepati kandungan di atas, sebab itulah kenapa, bila anda mengambil osteomatrix shaklee, anda akan dapat merasa kesan yang sangat cepat dan menakjubkan! 

Siapa yang perlu ambil kalsium ni? 
Individu yang mengalami sakit pinggang, sakit lutut dan sendi. 
Individu yang sering mengalami kebas kaki / tangan terutamanya pada waktu malam. 
Ibu-ibu mengandung, terutamanya yang sering mengalami kebas kaki. 
Ibu-ibu menyusu yang sememangnya memerlukan jumlah kalsium yang tinggi. 
Individu yang sering keletihan dan kerap outstation, dimana kalsium membantu mengurangkan keletihan. 

Manfaat utama Ostematrix Shaklee ialah: 
Menguatkan tulang, kuku, gigi dan sistem saraf. Ia juga boleh membantu merawat tulang retak, kuku rapuh, eczema, kekejangan dan gusi berdarah. 
Membantu mengatasi kekejangan dan kebas-kebas. Pengambilan ostematrix sebelum tidur dapat membantu mengurangkan kebas-kebas, kejang, sakit sendi dan juga artristis. 
Mengurangkan stress, di mana ostematrix membantu mengimbangi tekanan darah, menenangkan saraf, menggalakkan tidur lena dan membantu mood swing serta sakit kepala. 
Mengurangkan masalah haid. Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000 mg kalsium dan magnesium serentak, ia akan meringankan sakit semasa waktu haid dan membantu pembuangan air kecil. 
Membantu mengurangkan hiperaktiviti perut dan masalah gastrik. 
Membantu atlet sukan, membekalkan kalsium dan mineral penting dalam tubuh. Justeru, pergerakkan dan aktiviti lasak dapat dilakukan dengan selesa dan mudah. 

* These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. 

Credit Info

Ostematrix sangat penting badan kita , lebih2 lagi untuk mereka yang jenis tak minum susu..
Macam Nadia ni haa...

^_^


Sms atau whatsapp ke 013 2558600

Shaklee Independent Distributor
Nor Nadia Syakila Jamal
No id - 1028241

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

4 December 2013

Idea Hadiah Perkahwinan

Assalammualaikum Warahamatullahiwabarakatuh !
Hai teman , hai kawan , hai blogger..
Semoga korang dalam keadaan sihat sentiasa..
Patutlah Nadia rasa yang macam ramai je yang tinggalkan jejak.. Baru Nadia perasan yang Nadia ada sponsor 2 segmen GA di blog rakan2 blogger.. Bukan daripada Nadia as a personal , yet daripada admin online shop SHAKLEE WARDROBE !

Thanks yah !
Baiklah, hari ni - Nadia nak mengomel pasal Hadiah Perkahwinan..
Yela.. musim2 cuti sekolah ni - banyak betul masjid dibina.. Moga bercinta sampai syurga Nadia doakan..
Dan pasti , kita sebagai teman2 - akan kebingungan.. nak beri hadiah apeee ye..
Jom kongsi idea !

Ini adalah hasil pencarian daripada google dan blog blogger 
lain tau :)


1. Barangan Elektik
2. Barangan Hiasan rumah
3. Buku Alam Perkahwinan
4. Bedsheets / Comforter
5. Pinggan Mangkuk
6. Minyak wangi
7. Pakej Percutian (Honeymoon)

Dan macam2 lagi ikut ketebalan poket kalian..
Hadiah ni sesuatu yang kita beri dengan hati yang tulus dan ikhlas..
Digalakkan memberikan hadiah yang bermanfaat kepada si pengantin untuk memulakan hidup baru..

Jadinya , dengan izinNya - walimah Nadia bakal menjelang dalam sebulan lagi..
BOLEH SAYA REQUEST HADIAH ??

^__^


Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

3 December 2013

Hello December


Selamat Datang Disember...
Ada sahabat blogger yang bakal mendirikan rumah tangga di musim cuti sekolah ni ?
Barakallahulakuma..

Yang lain2 , apa perancangan kalian ?
Cuba komen sikit..
Tinggalkan jejak tau dear...

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign