Followers

3 February 2014

Tips Kehamilan

Assalammualaikum..
Apa khabar rakan-rakan blogger dan pembaca ??
Nadia harap korang sihat selalu - jaga kesihatan tau, sekarang ni memang tengah musim berangin dan cuaca yang panas..
Pastikan korang banyak minum air masak - hoi ! bukan minum air sejuk tau !

Okeh ! Setel intro..
Post hari ni nak cerita pasal Tips kehamilan atau mendapatkan zuriat..
Yes ! Nadia rasa, nadia mula faham perasaan dan naluri seorang wanita yang inginkan dirinya menjadi seorang ibu..
Siapa tak nak kan ? Nadia yang baru kahwin ni pun dah menyimpan hasrat untuk menjadi mama yang comel dan gojes ! Korang doakan tau !

Anak / Zuriat ni adalah rezeki dan amanah daripada Allah SWT..
Jangan pernah putus asa dengan Allah - selain usaha dengan macam2 pendekatan perubatan moden atau tradisional, doa jangan sekali diabaikan, jangan pandang rendah dengan kuasa doa tau..

Jom, kita kenal pasti dulu - apa faktor2 atau penyebab sukarnya kehamilan itu ?

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:

~ Tiub fallopian tersumbat
~ Endometriosis
~ Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
~ Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
~ Masalah hormon
~ Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
~ Menopous sebelum waktunya
~ Masalah tiroid
~ Fibroid

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan lelaki pula:

~ Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
~ Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
~ Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
~ Menghidap hernia
~ Gangguan hormon
~ Salur sperma tersumbat
~ Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb

Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita):

~ Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
~ Stress dan tekanan
~ Pemakanan yang tidak sihat
~ Kekurangan zat
~ Amalan merokok atau meminum alkohol
~ Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
~ Terdedah kepada pencemaran
~ Terlalu kurus atau terlalu gemuk
Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

1) Bersenam

Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

2) Mengelakkan pencemaran

Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

3) Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan

Sebagaimana yang anda tahu, Nadia pengedar sah Shaklee - confirm2 la Nadia suggest Shaklee ye dak ? So apa cadangannya?

Mari kita lihat senarainya di bawah:

Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.

Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.

Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma.

Untuk wanita, B Complex penting untuk menjaga sistem peranakan. Folic asid di dalam B complex diperlukan bagi merangsang foliccle (organ pada ovari yang merembeskan hormon untuk pelepasan ovum)

Vitamin C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vitamin C juga sangat bagus untuk kecantikan kulit :)

Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

Lecithin - digelar "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak (menyebabkan lemak terapung dalam darah) dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran. Sekaligus membantu penururnan berat badan.

Penting bagi pasangan yang ingin mendapatkan zuriat utk memiliki berat badan yang sihat. Boleh juga berikhtiar dgn pengambilan Lecithin bagi yang mengalami tiub fallopio tersumbat (tetapi jgn beranggapan akan hilang 100%)

Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma (meningkatkan penghasilan air mani)

Note: Suami akan pening jika mengambil zinc tetapi jarang melakukan seks sebab air tidak lepas (so bagus sgt2 ambil zinc supaya suami sentiasa bersama dgn anda)

Alfalfa – membantu masalah keputihan dan masalah kewanitaan.

GLA - membantu mengawal atur haid dan hormon kesuburan

CoQ10 - membekalkan tenaga, meningkatkan ketahanan tenaga batin ketika bersama terutamanya bagi suami yang merokok!

Banyak tak ?
Memang banyak - tapi itu tak bermakna kena ambil semua..
Ia kena ikut keadaan setiap orang - so jangan tunggu lagi..

:)


Jom dapatkannya sekarang dengan HARGA ISTIMEWA + JADUAL PEMAKANAN dan KONSULTASI PERCUMA..

Pm atau inbox ;
https://www.facebook.com/messages/shakleewardrobe

Berminat / Segala pertanyaan ;
013 2558600 (wassap/mesej)

Shaklee Independent Distributor
Nor Nadia Syakila Jamal
No id - 1028241

Kredit info :AinulDuha



♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

No comments:

Post a Comment

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila.blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign