Followers

3 March 2014

Baju Pengantin

Assalammualaikum !
Apa khabar ? Amboii.. excitednya dok klik - klik entri walimah Nadia ye?
Awak on the way ye? Barakallahulakuma !
Pada yang belum - berusaha dan berdoalah.. inshaAllah, moga Allah berikan yang terbaik untuk anda..

Entri kali ini Nadia nak share pasal baju pengantin..
Baiklah ! As all you know and knew yang Nadia ni comel kan..
Jadi, memang susahlah nak fit dengan baju sewa dan andaman kan..
Keputusan dibuat - kite tempah je la..
Actually, ada 3 pasang baju Nadia tempah cumanya rezeki tak menyebelahi kami..
Baju yang ke-3 belum sempat dapat pakai sampai sekarang sebab ada perkara kecemasan tertentu..
Takpelah, tak dok rejki laaa..

Persalinan Akad Nikah
  • Kain satin putih memang dah beli siap-siap untuk pengantin lelaki dan perempuan di Jakel Bukti Piatu Melaka - jadinya, Nadia kena pergi tempah je..
  • Sampin daripada Jakel Bukit Piatu Melaka jugak..
  • Baju pengantin lelaki adalah hasil jahitan dan sulaman daripada Maya Tailor , Melaka (berdekatan dengan Nagoya, Taman Chempaka)
  • Baju pengantin perempuan pulak adalah hasil jahitan dan sulaman / beads daripada Dyang Lovely Lace siap sekali dengan VEIL sedodon - kakak ni jahit memang cantik dan ikutlah korang nak yang macam mana dan yang pasti harga bergantung pada design tau !
  • Tudung pulak - memang Nadia beli sendiri kainnya kemudian jahit tepi je :)

Persalinan Majlis Resepsi
  • Masih beli kain siap-siap di Jakel - kali ni Nadia ambil pakej dengan lacenya sekali.. Bagi Nadia senang beli kain sekali ni sebabnya warna tak lari - itupun kalau nak pengantin lelaki pakai baju Melayu jugaklah ye..
  • Sampin pun beli tempat yang sama, memang aku borong ! Heh..
  • Untuk ketiga2 baju pengantin lelaki semua Nadia hantarkan di Maya Tailor - jahitan yang teliti dan servis baik - so kalau ada orang Melaka nak buat baju lelaki atau kot atau seluar bolehlah ye ke kedai beliau..
  • Baju Nadia ? Cantik tak ? Jahitan manik / beads di baju dan tudung adalah hasil daripada salah seorang kawan Nadia ni - memang dia ambil tempahan - search her at Safia Mazrab
  • Veil pulak adalah hasil my makeup artist punya jahitan.. cantik oke ! ada bunga 3d lagi.. 
Busan Pengapit AKA Bridesmaids
Cantik kan ? By the way - bridesmaids Nadia tak cukup seorang dalam gambar ini..
Baju-baju ini mereka tempah daripada sini - Anak Mami Shoppe
Kain , lace semua siap..
Harga berpatutan - terjah jangan tak terjah !

Hihi - penyudahnya ia terpulang kepada bajet dan citarasa korang..
Selain faktor takde saiz dan kecomelan Nadia ni , salah satu faktor lain Nadia buat baju sendiri yang simple ni sebab lepas ni 3 kali raya tak perlu tempah baju raya !!
Hahaha..

Ok fine, harap2 masih di saiz yang sama..
XOXO.

Wassalam !

♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

3 comments:

  1. cantik bju bridemaid
    terletak je kt pinggang lace nye tu :)

    ReplyDelete
  2. cantik gila warna fink+biwu. fav colour tu. hehe..
    pelamin akak ohsem gila. simple but nice. :DD

    ReplyDelete

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign