Followers

18 March 2014

Kisah Ayah..

Assalammualaikum & Hello..
Selamat malam - moga kalian dalam keadaan baik2 sahaja..
Malam ni, Nadia nak ambil feeling - tangkap cinta untuk bercerita tentang seseorang yang Nadia gelar seorang AYAH

Nadia pasti semua orang tahu dan mengerti makna seorang ayah itu..
Mungkin definisi ayah untuk setiap orang tu berbeza - sama mungkin tak serupa..
Bagi Nadia sendiri - ayah itu adalah orang yang melindungi dan menyayangi..

Aku adalah anak manja ayah..
Puteri tunggal dan bongsu ayah..
Kalau korang tanya - dengan siapa lagi banyak aku kongsi cerita dan mengeluh sana sini - jawapannya AYAH
Masih.. Nadia masih rapat lagi dengan mak - cumanya dengan keadaan mak yang kurang sihat, Nadia lebih banyak berkongsi rasa serta pandangan dengan ayah..

Banyak ayah ajar tentang hidup ini..
Dari perkara akademik membawalah ke hal kerja2 rumah..
Semua Nadia tahu daripada ayah..

Eh ! Dah kenapa ko nak cerita dengan kitaorang ?
Takde apa..
Nadia saja - nak cerita betapa istimewanya ayah Nadia ni..
Umurnya sudah menjangkau 70++ tahun..
Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan usia dan kesihatan badan..

Kawan2,
Hargailah ayah kita yaa..
Bila dah bekerja - ada duit jangan sekali lupa..
Bantu dia - jangan bagi dia kerja kalau boleh..
Biarlah dia berehat..
Nadia pun sedang mencuba ni..

Doakan Nadia..

Untuk yang sudah kehilangan si ayah..
Jangan pernah lupa berdoa ya..
Dia selalu menantikan doa kalian..




♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

No comments:

Post a Comment

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila.blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign