Followers

8 April 2014

3 bulan...

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !
Hola readers dan bloggers !
Ouh ! Dah lamanya tak merepek dalam blog dan dah berkurun rasa tak balas korang punya blogwalking..
Ampunkan saya ya ibu dan apak semua..

APRIL menjengah !
Kejap je kan masa berlalu - dalam masa 80++ hari je lagi kita akan menyambut kedatang bulan Ramadhan - Allahu ! Moga Allah sampaikan kita dalam bulan puasa ya...
Tak sabar sebenonya ! Nak berpuasa dan beraya berdua ! Fineeeeeee... aku duduk jauh2 kan..

Dengan kedatangan APRIL ini jugaklah lebih kurang 3 bulan usia perkahwinan Nadia dan suami..
Perasaan ? Haruslah teruja yang teramat sangat !
Tapi sebenarnya - percayalah !
Percintaan Jarak Jauh membuatkan kau berhati sensitif tapi berjiwa kental..
Hah ! Acano tuh ?

Nadia dan suami memang duduk berjauhan..
Walaupun jarak / masa perjalanan dalam 1 jam lebih tu memisahkan kami tapi lain wooo...
Dulu masa sebelum kahwin - memang ngko akan tak kisah..
Lepas kahwin - kalau boleh semua benda yang kita nak buat dia kena ada sebelah..
Tapi Nadia ada kesempatan tu tak selalu..

Pertanyaan ngko barangkali kenapa aku tak ikut dia..
KALAU BOLEH memang Nadia nak ~ ~ Siapa tak nak duduk bawah ketiak lelaki dia..
Tapi kami perlu berkorban - mak dan ayah Nadia dah tua, lebih2 lagi dengan keadaan mak yang tak berapa nak sihat..
Angah Nadia dah jaga makcik kami yang sorang lagi..
My Along dah lama pulang ke pangkuan Ilahi..
My abang Chik plak - dia kena jaga keluarga bini dia pulak..
Bahagi2 la kan..

RASA BERSALAH tau sebenarnya..
Hari tu - laki aku buat ayat taching ..
'' Yelaaa.. bini kita takde dekat kita..''
Ambooiii ! Nasib baik ngko gurau sayang..

Nadia rasa bersalah jugak dengan keluarga baru di Parit Raja, Johor sana..
Dah lama tak balik - dah laki aku asyik masuk keluar hutan je keje..
Takpe2 - Allah SWT pesan suruh bersabar..

Dan YA kawan-kawan..
Nadia nak ingatkan satu benda..
Perkahwinan itu bukan semata-mata penyatuan dua jiwa..
Tapi penyatuan banyak jiwa sebenarnya..
Jangan kita dok sibuk nak memperbaiki keluarga teras kita je tapi tak peduli keluarga kita dan mertua kita...

Dan tak salah kan yang muda berkorban demi kebaikan orang2 tua ?
Korang doakan Nadia agar dipermudahkan segala urusan k !
Korang pon sama ! Moga segala urusan korang dmudahkan oleh Allah !























Dan untuk suami tersayang..
Terima kasih atas segalanya..
I love you more than to the moon and back !

Moga hubungan Nadia dan suami serta hubungan kalian bersama suami/isteri berkekalan sampai ke syurga Ilahi.....

Amiiinnn...

p/s ; Jangan kahwin lambat2 tau !


♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

3 comments:

  1. Salam, tak terlambat nak wish kat nadia Selamat Pengantin Baru. :) hehe

    ReplyDelete
  2. Doakan kita..i will follow u..in shaa Allah..nanti nak mtk tips...hee...

    ReplyDelete
  3. Mudah3xan sis kekal ke jannah.. Zai pon coming soon mcm nadia. Hahhahah.. moge3x dikentalkan hati..

    ReplyDelete

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila.blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign