Followers

28 May 2014

Berdepan dengan masalah?


Assalammualaikum + Salam Sejahtera :)
Apa khabar teman teman? Semoga kalian dalam keadaan sihat dan ceria..
Jom nak cerita pasal masalah - Nadia ada masalah , korang plak acano ?
Betul ke orang kata orang yang takde masalah tu tak normal?

Ikutlah ye..

Nak cerita, semua orang takkan terkecuali daripada ditimpa masalah. Kecil atau besar, serabut atau berselirat, pasti di kelilingi oleh masalah..
Sungguhpun macam tu, takkan ada gunanya kalau kita lari daripada masalah - nak tak nak..
Ngko kena berdepan jugak si dia yang bernama MASALAH !

1st thing 1st macam mana kita memandang masalah tu sendiri ?
Sekadar masalah je ke atau itu sebagai tanda tarbiyah dan kasih sayang Allah?
Apa2 menda pon, ia kembali kepada ftrah kita sebagai hamba Allah kan..

Tak tipu, dua tiga menjak ni - Nadia stress sangat atas beberapa masalah..
Asyik menangis je dan rasa sangat2 serabut.. Yes dear, memang kadang2 kita tahu apa yang patut kita buat tapi kita terlalu terpaku atas keserabutan masalah tu..
Terima kasih Allah, kerana memberikan mak ayah dan suami sebagai penguat semangat dan sahabat terdekat serta keluarga Shaklee ku sebagai pembakar semangat !

Antara tips yang Nadia buat ialah ;
- Nangis semahu-mahunya
- Lepaskan / Mengadu + merayu pd Allah
- Tulis jalan2 penyelesaian

JANGAN FOKUS PADA MASALAH !
FOKUS PADA MACAM MANA AKU NAK SETELKAN NI..
disamping berdoa bersungguh2 pada Allah..

Jom, Nadia sharekan plak tips daripada JAKIM ni..


CARA MENGATASI MASALAH

1.Sandarkan Harapan Pada Allah
Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Nasyrah ayat 1hingga 8 yang antara lain maksudnya 
“ …Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan….”
"Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya 
kepada-Nya aku bertawakal."( At-Taubah: 129)


2.Minta Pertolongan Dari Allah
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." 
( al-Baqarah: 45) 


3.Jangan Sedih dan Kecewa
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman." ( al-Imran:139)
Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya, lihat maksud firman Allah di bawah:
“ ...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”( Yusuf : 12)


4. Luahkan
Luahkan masalah tersebut pada teman-teman yang dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang kamu tanggung.


5.Bandingkan
Bandingkan masalah kita dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang lebih besar dari masalah kita, perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah.


Ujian yang datang juga tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah. Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." – (al-Baqarah: 216)

Doakan Nadia ya :')


♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

No comments:

Post a Comment

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign