Followers

21 June 2014

Tips Perkahwinan Jarak Jauh

Assalammualaikum..
Terima kasih kerana sudi menjawab..
Terima kasih jugak sebab sudi blogwalking sampai ke mari..
Jangan lupa Google+ Nadia..

Ok then, hari ni - topik bebelan Nadia best..la kot?
Pasal Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ) ataupun kadang2 ada orang gelar Pasangan Hujung Minggu..
Well.. ini khas untuk orang dah kahwen ye, jangan dok kekapel laut selam..
Relek dulu der dan sis - esok dah kawen lagi best..




















Macam yang korang perasan, Nadia dan suami sejak nikah bulan Jan lepas - kami sempat duduk sebumbung dalam 2 minggu je..
Lepas tu terus duduk asing2, dan sekarang dia sedang berkursus di Perak..
Tapi Alhamdulillah, lepas raya ni - kami akan duduk bersama..
Adalah sebab2 penting yang kami 'terpaksa' duduk sama..
Alhamdulillah !

Tak nak bebel bebanyak - jom kita tengok tips PJJ / PHM untuk mengeratkan kasih dan sayang..
I ambil dari sini tau..

Tips pertama : Rajinlah berhubung
Dunia yang penuh canggih kini, memberi kemudahan besar kepada anda berhubung yang jauh di mana. Bagi yang berjauhan tapi masih berada di dalam negara yang sama. Itu memudahkan lagi anda berhubung antara satu sama lain. Tanyakan khabar. Tanyakan makan minum pasangan anda. Lakukan seolah anda berada di depan mata mereka. Kalau ada masa, selain dengan berhubung melalui mesej, apa kata video call dengan pasangan anda. Bukan kah comel begitu?

Tips kedua : Kejutan untuk yang tersayang
Untuk menambah manis hubungan cinta anda, cuba sesekali kejutkan pasangan anda dengan sesuatu di luar jangkaan mereka. Kerana anda masih berada di dalam negara yang sama, cuma beza negeri sahaja. Tidak lah ambil masa dua hari untuk sampai ke satu-satu destinasi. Bas ada, kapal terbang ada. Tempah tiket, dan kejutkan pasangan dengan kehadiran anda. Seperti muncul di pejabatnya tiba-tiba. Atau mungkin anda boleh pulang ke rumah terlebih dahulu, lakukan persiapan romantik di rumah seperti penuhkan wangian, pasangkan lilin, mainkan muzik romantik dan anda juga boleh kejutkan pasangan dengan memasak untuk mereka. ‘Dinner for two’ yang dilakukan khas oleh anda sebenarnya lebih bermakna dan dihargai berbanding anda membayar orang atau memilih untuk makan malam di luar.

Tips ketiga : Raikan hari istimewa dengan pasangan

Meskipun anda sibuk dengan urusan kerja/belajar. Luangkan masa bersama di hari istimewa anda dan pasangan. Cuba untuk pulang dan raikan bersama. Cuba ketepikan tugas, luangkan sehari untuk pasangan. Sebenarnya untuk anda yang terikat dengan komitmen ini, hari minggu anda juga dikira hari istimewa. Kerana hari itulah yang anda boleh luangkan bersama. Kerana itulah hari yang kedua pasangan bercuti, dan itulah juga kenapa ia dipanggil pasangan hujung minggu.

Tips keempat : Jujur terhadap pasangan
Tanpa mengira di mana anda berada, tips paling penting dalam mengukuhkan institusi keluarga adalah bersikap jujur. Jujur dengan setiap apa yang dilakukan. Kerana setelah anda berdua mengikat tali perkahwinan, sebenarnya tiada rahsia yang tersembunyi diantaranya. Berlaku jujur dan terus terang dengan setiap apa yang berlaku. Meskipun adakala kebenaran itu menyakitkan, tapi amat penting terutamanya apabila anda diberi kepercayaan penuh oleh yang tersayang. Si dia berhak mengetahui segala yang tersembunyi. Ada yang mengadu pada admin, katanya demi menjaga hati yang tersayang, ada yang perlu dirahsiakan. Cuma admin lontarkan satu soalan, apakah perasaan anda jika insan yang anda percaya dan sayang, seseorang yang berjanji sehidup semati memilih untuk tidak jujur dengan anda, alasan untuk menjaga hati. Adakah alasan itu diterima? Dengan kejujuran dalam satu satu hubungan, akan berjaya tanpa kira di mana anda berada.

Tips kelima : Percaya pada pasangan
Penting untuk terapkan rasa kepercayaan itu terhadap pasangan anda. Percaya pada mereka, jangan memilih untuk mencabar ego dengan menyoal kembali kebenaran yang telah diberikan. Kuatkan hati, percaya kepada ikatan yang kalian bina. Meskipun berhadapan dengan komitmen yang memerlukan anda berjauhan dengan pasangan, jangan pernah ada rasa sangsi. Kerana dengan rasa itu, boleh menjatuhkan rasa ragu-ragu dan terus menjadikan anda rasa tidak senang berjauhan dan sering memikirkan perkara negative yang tidak baik bakal berlaku. Mohonlah petunjuk dari Yang Maha Esa agar dipermudahkan segalanya.

InshaaAllah - boleh dipraktikkan ni..
Ada masa 2-3 bulan lagi untuk jadi PJJ..
Lepas tu , nanti Nadia kongsi plak tips lain okeh !

Yang masih PJJ bertabahlah..
Yang duduk bersama hargailah..
Yang bujang ? Piii kaweeenn laaahhh oi..

Apa2pun status kita, semoga Allah mudahkan segala urusan yang seterusnya..
Amin..


♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

1 comment:

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign