Followers

18 July 2014

Perihal Sabar

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..
Alhamdulillah, dah masuk ke 10 malam terakhir Ramadhan..
Jom banyakkan berzikir, berdoa - solat malam dan baca Al-Quran..

Before rehatkan badan, nak ambil masa sikit nak share perihal sabar..
Sabar lah !
Hehehe, biasanya apabila kita dilanda musibah, ujian umpama kematian, konflik dan macam2 lagi - orang2 yang mendengar akan memberi respons ;
SABAR atau SABARLAH..

Sampai satu tahap, kita.. contohnya kadang2 Nadia sendiri agak 'rimas' dengan jawapan sabar tu, Nauzubillah.. betul tak?
Atau mungkin skrip lain seperti ;
"Sabar ada hadnya...."
"Kau cakap sabar senanglah, cuba rasa sini...." 

Tapi percayalah, first thing first macam mana nak bagi menyuburkan rasa sabar ini ialah dengan percaya dan yakin setiap ujian atau perkara yang Allah bagi kat kita tu ADA HIKMAH !

Even benda tu nampak buruk dan menyakitkan, tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita - dan bila kita dah yakin serta percaya dengan benda ni..
InshaAllah, sabar itu akan indah , tenang dan mendamaikan..

Nadia tgh praktikkan benda ini , ada beberapa perkara yang sedang menguji dan sedang mengusutkan kepala - bila cerita pada sahabat, memang ungkapan sabar yang paling indah seindah2nya - tapi kita kena percaya yang Allah uji tanda sayang, Allah bg musibah bukan untuk menjahanamkan kita..
Mana tahu, kot-kot kita dah lama lupa kat Dia kan??

Macam Nadia ni - erk !

Dan untuk kau yang membaca,
Bersabarlah dengan solat dan doa..


Allah akan mudahkan urusan kalian ! InshaAllah :)


♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

1 comment:

  1. bersabarlah. Allah bersama-sama dengan org yg sabar

    ReplyDelete

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila.blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign