Followers

10 August 2014

GLA Complex Shaklee dan keistimewaanya

Assalammualaikum Warahmatullahiwabarakatuh,
Waduh ! Waduh ! Dah lama tak menulis tinta teratak burukku..
Jangan kata berhabuk je, semua ada..
Hmmm... need to fikir dan disiplin betul2 untuk update blog selalu..

* Despite from all those Shaklee dan biz semua, mungkin blog boleh jadi diari online untuk saya berkongsi rasa dan ilmu bersama kalian. InshaAllah.

Tak nak cerita banyak.
Hari ni nak share pasal keistimewaan GLA Complex Shaklee.


>>>> Hari tu dah share apa kebaikan/manfaat dia, tak baca?
Dush ! Cepat klik >MANFAAT GLA COMPLEX<


Apa beza dia dengan produk lelain ??
~ Ini sekadar pendapat saya mengapa ia istimewa, anda mungkin ada pilihan produk anda sendiri, tapi tak salah kan berkongsi manfaat ?

Korang, pernah dengar EPO tak? Atau nama lainnya - Evening Primrose Oil?
Apa kebaikan dia ek?

Kegunaan minyak evening primrose bukanlah sesuatu yang baru, malah secara tradisionalnya ia telah digunakan oleh masyarakat asli Amerika untuk menangani masalah kulit dan keseluruhan pokoknya direbus untuk masalah batuk, sakit kerongkong, artritis, lebam dan beberapa lagi. 

Pada kurun ke-20 ahli saintis Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji evening primrose boleh diekstrak. Hasil analisis mendapati bahawa minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA).
Kandungannya yang kaya dengan GLA ini semakin mendapat perhatian dan kajian tidak terhenti begitu sahaja, malah kini ia dikenali dan digunakan di seluruh dunia.Keajaiban dan kemujaraban kandungan minyak evening primrose ini mendapat pengiktirafan banyak pihak untuk menyokong kegunaannya ke atas beberapa masalah kesihatan termasuklah sindrom prahaid (PMS), artritis reumatoid, diabetik neuropati (masalah terjejasnya fungsi saraf akibat diabetes), ekzema, kesakitan payudara, alergi, menopos dan beberapa lagi. 

Ini menjadikan tumbuhan yang berasal dari Amerika Tengah ini semakin berkembang dan lebih dikenali.
Asid-asid lemak perlu (EFA) adalah kumpulan lemak politaktepu yang penting untuk fungsi tubuh. Asid lemak perlu merupakan komponen membran sel dan sel-sel saraf. Ia juga membantu mengekalkan intergriti membran-membran sel yang membenarkan nutrien-nutrien memasuki sel-sel dan penyingkiran bahan buangan. Asid-asid lemak ini juga menyumbang kepada kebendaliran membran sel untuk membolehkan komunikasi antara sel-sel berlaku.Bagi mereka yang mengalami sesetengah masalah kesihatan seperti diabetes, pengambilannya mungkin lebih diperlukan kerana penukaran linoleic acid kepada GLA menjadi lebih sukar dan perlahan. Ini penting kerana untuk membolehkan ia digunakan sepenuhnya oleh tubuh, ia perlu ditukar kepada GLA.

Selain itu, faktor pemakanan dan gaya hidup juga boleh menjejaskan penukaran ini. Ini merangkumi makanan yang tinggi dengan lemak tepu, makanan proses, kolesterol, gula dan alkohol, stres dan peningkatan usia. Penukaran yang lemah ini boleh mengakibatkan paras prostaglandin yang lebih rendah.

Prostaglandin adalah bahan yang menyerupai hormon yang bertanggungjawab kepada beberapa fungsi tubuh, termasuklah dalam pengawalan tekanan darah, merehatkan salur darah untuk peredaran darah yang lebih baik, mencegah pembekuan darah, menghalang sintesis kolesterol, mengawal tindak balas hormon dalam sistem reproduktif dan juga mengawal paras insulin dan sebagainya.Pengambilan asid lemak melalui makanan harian adalah perlu memandangkan ia tidak boleh dihasilkan oleh tubuh. Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.

Dengan itu, jika diambil kira faktor-faktor seperti peningkatan usia, faktor kesihatan, pemakanan dan gaya hidup kini, pengambilan minyak evening primrose boleh memberi manfaat kepada wanita sama ada untuk alasan kesihatan mahupun kecantikan secara umum.

Itu lah cerita EPO yang ada GLA yang mana banyak betul kebaikannya, betul tak?

Dah tu, apa kena mengena dengan GLA Complex Shaklee?
Okey, untuk pengetahuan anda - EPO hanya mampu membekalkan lebih kurang 10% - 12% GLA sahaja. 

Tetapi GLA Complex Shaklee membekalkan 17% - 25% GLA melalui / dengan menggunakan MINYAK BENIH BORAGE !


>>>> Untuk pelbagai info pasal Borage ni, inshaAllah - macam2 info ada kat sini. Klik lelaju (in English) >Borage Seed Oil Info<




Nak dapat produk2 kesihatan dan kecantikan Shaklee ?
Nak menjana pendapatan dengan Shaklee sehingga 4,5,6 angka hanya dari rumah ?

Hubungi kami ;
Shaklee Independent Distributor [1028241]
Nor Nadia Syakila Jamal
013 2558600
nornadiasyakila90@gmail.com


♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

No comments:

Post a Comment

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign