Followers

23 September 2014

Liebster Award

Liebster Award
Tahu tak apa kebendanya ni? By the way, in the first place - saya memang tak tahu.
Sampailah di tag oleh CIKGU FAIZ yang cute ni. Terima kasih cikgu.
Baik ! LA ni adalah rangkaian maraton (tag men taging) antara satu blogger dan blogger yang lain. Dan sesiapa yang di tag, dikehendaki untuk menjawab soalan yang telah di sediakan. Ini secara ringkaslah, nak syarat penuh - nah !

  • Sertakan nama dan URL rakan anda yang telah dicalonkan di Liebster Award ni.
  • Jawab 11 soalan yang diajukan.
  • Anda wajib mencalonkan 11 blog lain.
  • Cipta 11 soalan anda sendiri dan mereka yang tercalon wajib menjawab kesemua soalan tersebut.
  • Maklumkan kepada 11 blog yang tercalon supaya mereka menjawab soalan anda itu.

Faham? Sekarang sesi diriku untuk menjawab soalah dulu ya !

1. Kenapa korang suka berblog?
--- > Sebab saya suka menulis, yang mematahkan semangat hanyalah sifat malas. Saya suka bercerita dan yang paling penting dapat share macam2 ilmu, pengajaran pada orang lain. Sekurang2nya ada sedikit bekalan dan saham untuk dunia sana nanti.

2. Macam mana korang boleh terjebak dengan dunia blog?
--- > Macam mana? Hurm.. tak pasti tapi paling akan ingat sampai bila2 ialah masa mula2 masuk Pusat Asasi UIAM (2008) lah dunia blog ni bermula. Blog pertamaku di buat oleh kawan sedorm / seUIAMian - Khady AKA Khadijah.

3. Tempat menarik yang korang pernah sampai.
--- > Mekah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah semasa mengerjakan haji bersama mak dan ayah ketika berumur 12 tahun (2002). Memang sangat indah ! Walaupun pernah ke Korea Selatan tapi kalau diberi pilihan untuk pergi mana lagi, pasti akan ke sana semula !

4. Apa haiwan kesayangan korang?
--- > Kucing !!

5. Bila stress apa yang korang selalu buat?
--- > Menangis semahu-mahunya dan cuba draw in a paper how to solve that problem. Solat dan zikir tu memang keutamaan, selainnya akan keluar ambil angin dan tengok orang2 sekeliling.

6. Korang pakai handphone jenama apa? Apa yang menarik tentang handphone tu?
--- > Buat masa sekarang, saya pengguna tegar Samsung. Samsung GRAND yang paling besar dan awal. Apa yang menarik ? Sebab itu hadiah daripada suami. Kamera semua not bad. Buat masa ni belum hang lagi. Nak pakai sampai betul2 tak boleh pakai sebab dengan HP ni la saya buat bis Shaklee saya. Sayang kot !

7. Suka masak apa?
--- > Semua ! Saya suka memasak ! Apa2 je yang terdetik, ada bahan yang cukup memang Im the one yang akan volunteer untuk masak. Takdak bahan? Tidor. Haha.

 8. Kenangan pahit yang korang pernah alami.
--- > Tak nak ingat. Tak nak peduli. Tak perlu diberi perhatian pada kenangan pahit. Yang penting jangan dilupakan pengjarannya. Boleh gitu?

9. Suka selfie? Kenapa?
--- > Kurang. Lagi suka orang ambilkan gambar. Ala2 model gitu. Haha !

10. Filem yang paling best korang pernah tonton. Kenapa?
--- > The Narnia ! Series suka. Sebab ala-ala magic gitu dalam masa yang sama ada perang, pasal ikatan adik beradik dsb. Btw, Transformer pon i like sangat ! Sebab robot, itu aje.

11. Apa yang korang suka tentang blog Cikgu Faiz?
--- > Warna dia lah of kos ! Even pink tapi lembut. Kemudian, gaya penulisan dia. Sempoi!

Akhirnyaaa ! Setel menjawab soalan dan menyelesaikan tugasan.
Ops, tak setel lagi. 11 blog yang saya WAJIBKAN untuk buat tugasan ini ialah :-

8. http://rusukiri.blogspot.com/
9. http://terriblelyou.blogspot.com/
10. http://fiqansz.blogspot.com/
11. http://suriaamanda.blogspot.com/

** Kalau boleh buatlah ye, saya gurau je tang mewajibkan tu.
Baiklah, selesai yang tu kena cipta soalan pulak ye. Nah ! Ini soalannya :

1. Apa nama penuh dan maksud di sebalik nama anda?
2. Umur anda sekarang?
3. Siapakah anda untuk 5 tahun akan datang?
4. Aktiviti kesukaan anda?
5. Makanan kegemaran anda? Cuba explain sampai meleleh air liuq ! 
6. Kalau tertekan dan stress, apa langkah positif yang anda buat?
7. Senaraikan nama orang/benda yang anda sayang.
8. Warna kegemaran anda? Mengapa?
9. Anda ada page ? Bis online ? Tolong nyatakan berserta link.
10. Terangkan diri anda dengan 3 perkataan.
11. Cuba beri pendapat / komen tentang blog saya ni. 

Alhamdulillah, baru betul2 selesai !
Terima kasih semua...



♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

1 comment:

  1. done http://terriblelyou.blogspot.com/2014/09/liebster-award.html

    ReplyDelete

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign