Followers

3 September 2014

Sunyi. Seorang Diri.

Assalammualaikum wbt..
Selamat malam kawan-kawan :)
Ya, memang lama betul saya tinggalkan blog ini. Dah bersarang agaknya dan mungkin ramai dah kawan2 blogger dah lama tak menyinggah disini.
Argh! Kesiannya saya. Keseorangan. Sunyi.
Ok, saya bergurau. Jangan risau kawan2. Memang silap saya tak menulis. Buat2 tiada masa kot. InshaAllah, lebih banyak cerita dan info bulan ni. Ada yg fakta dan akan ada yang merapek. Aci ye?

SEORANG DIRI
Kenapa dengan tajuk entri hari ni.
Seorang diri dan sepi?
Macam berbaur negatif je. Oh tidak !
Sekali2 tidak.
Saya sekadar nak berkongsi cerita mengenai saya yg sangat manja sampaikan bila berdikari saya menjadi seorang yg emosional.
Saya membesar dalam keluarga yg mana menantang saya bagai minyak yang penuh. Yelah, seorang je puteri comel. Manja. Dan sentiasa bergantung dan bersama2 orang disekeliling.
Dari kecik sampailah saya masuk U.
Haa. kat sini lah cerita bermula bila saya dan kawan2 masing2 perlu memilih kos sendiri.

LIMA BERSAHABAT
Saya dan 4 lagi sahabat baik berada di dalam kuliyah yg sama. Cumanya kami perlu menentukan kos yang lebih khusus.
2 org kawan saya memilih Sains Politik dan 2 org lagi memilih Sosiologi. Dan hanya tinggal daku seorang memilih Psikologi.

TERASA
Nak dipendekkan cerita, bila kos dah lain. Masa lapang dan terluang juga akan berbeza walaupun kami ada yg tinggal sebilik. Disebabkan sikap kemanjaan saya ni - saya terasa sendiri tersisih dan membawa diri (bagai harapkan dipujuk).
Lama jugak rasanya, dalam sebulan kot. Sehinggalah kami semua beruzlah (buat heart to heart sessionlah) berlima.

My mistakes in short :)

HIKMAH
Ini part penting, setiap apa perkara yg Allah jadikan/tentukan ada hikmah.
Memang, kalau ada2 yg baca rasa mcm pelik.

'' Ek eleh. tu pon terasa, mcm budak2.. ''

Yes, I was !

Tapi kalau perkara tu tak jadi dulu. Saya takkan seberdikari sekarang. Thanks a lot to my Friends yang tegur saya dengan kasih sayang.
Allah tentukan saya perlu berdikari / seorang dulu sebab lepas je habis U saya perlu pandai bawa diri dalam keluarga baru, dalam kehidupan baru.
Sekarang, saya jauh dr suami yg berkhidmat sbg tentera. Saya perlu face / berhadapan semua benda sendiri bila mana mak dan ayah tak sekuat dahulu. Dan saya sendiri / seorang berkerja dalam syarikat.

Kalau saya tak lalui dan tak terima nasihat kawan2. Mungkin sekarang saya menjadi beban pada orang.
Terima kasih kawan.
Terima kasih Allah.

Dan percayalah , kita takkan sendiri dengan adanya Allah.
Allah takkan tentukan sesuatu perkara dgn sia2...
Doakan saya agar terus berdikari !
Wassalam.


♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

1 comment:

  1. salam. kita tak bersendiri..Allah kan ada hheee :))

    ReplyDelete

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila.blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign