Followers

7 November 2014

Jumaat yang Malang bagi Islam di Malaysia ?

Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh,
Lama tak jumpa teman-teman, banyak nak share ni.
Tapi nak kena share benda ni, BETUL ke cerita ni?

Terkezut terbaca..
Sumber yang saya dapat dari sini > sini













HARI JUMAAT yang berkat ini dicemari satu insiden yang memalukan umat Islam dan syariat Islam keseluruhannya. Mengejutkan apabila keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan lelaki Islam berpakaian wanita sekaligus Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 adalah terbatal dengan alasan bercanggah dengan perlembagaan negara.

Lebih malang lagi apabila tiga Hakim yang menghakimi perbicaraan rayuan tersebut terdiri DUA orang hakim Melayu Islam. Apakah pertimbangan hakim beragama Islam ini hingga boleh memalukan umat Islam dan syariat Allah S.W.T.

Hari ini kemenangan besar bagi kaum yang dilaknati Allah di negara ini. Ini bukan kes terpencil tetapi "a new beggining and never ends" bagi mereka. Tidak mustahil akan ada lagi tuntutan-tuntutan kaum yang dilaknati Allah ini akan membawa kes hak asasi dan kebebasan berkaitan kaum songsang init. 

Benarlah kata orang, yang meruntuhkan Islam itu bukanlah golongan kafir tetapi penganutnya sendiri. Semoga Allah memberkati dan melindungi anak-anak keluarga Islam dan bumi Malaysia yang tercinta ini.


Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan perlembagaan.

Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menyampaikan keputusan yang mengisytiharkan Seksyen 66 sebagai terbatal.

Keputusan berkenaan secara tidak langsung mengiktiraf hak golongan transgender yang mengalami disforia gender dan berpakaian serta berkelakuan seperti wanita.

Keputusan berkenaan disambut dengan gembira oleh para penyokong dan kumpulan transgender yang hadir di mahkamah hari ini.

Kes berkenaan difailkan oleh Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani,  28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, pada 2 Februari 20122, untuk mencabar kesahakan peruntukan terbabit.

Mengikut Seksyen 66, mereka boleh dihukum penjara maksimum enam bulan penjara dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Syariah.

Mereka menamakan kerajaan negeri Negeri Sembilan, pengarah jabatan agama Islam negeri, pengarah penguatkuasa syariah dan ketua pendakwaan sebagai responden.

Mereka turut memohon perintah mahkamah untuk menghalang penahan dan pendakwaan ke atas mereka.

Makhamah Tinggi Seremban yang menolak permohonan tiga individu berkenaan memutuskan bahawa agar hak tersebut diketepikan kerana mereka dilahirkan sebagai lelaki Islam dan perlu mengikut undang-undang dan ajaran agama.

Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan hari ini turut dianggotai Hakim Datuk Aziah Ali dan Hakim Datuk Lim Yee Lan- Malaysiakini

-------------------------------------------------------------------------------

Sesiapa ada info ? Boleh tolong RECONFIRM ?
Sangat merisaukan.

Wassalam.


♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

10 comments:

  1. ya Allah.. huhuhu entah ape nak jadi dgn Malaysia skrg nih.. pelik2 sudah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. tapi betul ke benda ni ? risau betul. macam mana la zaman anak2 kita nanti kan.

      Delete
  2. inilah yg berlaku bila hukum agama dipandang ringan. semoga Allah memberi hidayah pada mereka.. dan melindungi kita semua dari bala bencana :(

    ReplyDelete
  3. tanda tanda dunia nak kiamat. orang Islam sendiri yang menjahanamkan Islam.

    ReplyDelete
  4. Habis la... lepas nie apa pulak?

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
  5. memang sangat tak boleh diterima akal Malaysia kini =(

    Salam perkenalan =) Jemput singgah dan follow

    http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/11/cara-hilangkan-sakit-badan-akibat-anak.html

    ReplyDelete
  6. Salam singgah dan follow...

    Betul ka cerita ni...? kalau betul, mmmmm.....

    ReplyDelete

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila.blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign