Followers

20 November 2014

Officially W.A.H.W

Assalammualaikum,
Selamat malam kawan blogger dan kawan pembaca :)

Semoga kalian dalam keadaan ceria dan tersenyum. Yang cuti esok, apa rancangan? Yang masih berkerja, selamat menunaikan tugas !

Nak mengomel malam la pulak.
Asyik siang je kan. Lepas ni baru pergi berblog walking ke teratak2 berdekatan, cepat tinggalkan jejak dan komen ya !

OFFICIALLY W.A.H.W @ W.A.H.M
Alhamdulillah, lepas je melepaskan jawatan sebagai Pegawai Tadbir pada bulan lepas (Oktober) Nadia dengan rasminya bergelar working at home wife bersama SHAKLEE. Belum ada rezeki lagi nak gunakan mother, tolong doakan ye.

2 minggu bergelar WAHW sangat indah dan menerujakan.

Seawal 5 pagi dah tercelik mata, bersilat di dapur untuk bekalan suami.
Kemas rumah, basuh baju benda biasa sebagai suri rumah lain.

Cuma as WAHW, Nadia ada kerja lain tau. Iyelah, dah namanya berpendapatan - haruslah kena kerja. Akulah BOSS Akulah KULINYA.

Seronok dalam penat.
Puas hati dalam tekanan yang sihat.

Ada masa untuk suami.
Ada masa untuk keluarga.
Ada masa.....

InshaAllah, selepas ini mendapat kebebasan keewangan pula.
Dari Melaka ke N.Sembilan ke Johor bila2 masa tiada masalah. Amin ya Allah.

TAK RASA RUGI KE?
Belajar tinggi tapi tak kerja..
Tak. Kenapa? Senang nak cerita, Allah dah atur baik2 perjalanan hidup Nadia ni. Nadia dah berpindah ke Batu Anam Segamat. Sebelum decide betul2 untuk berkerja dari rumah, semua pelusuk tempat Nadia apply kerja.
Temuduga pun dah pergi, tapi semua kerja setakat gajinya sampai kelulusan SPM sahaja.

Bukan merendahkan.
Tetapi kalau dengan berkerja dari rumah buat Shaklee ni dah melebihi gaji yang Nadia akan dapat, lebih baik Nadia duduk rumah. Betul tak?

As for study, InshaAllah.
Nadia akan praktikkan. Psikologi adalah ilmu yg cukup bermakna.
Dan boleh diguna pakai in real life. Dan Nadia akan guna.

SURI RUMAH IMPIAN KEBANYAKKAN WANITA
Betul tak? Rata2 nya begitukan. Lebih2 lagi bila ada anak2 yang memerlukan perhatian kita. Nah!! Ini ada peluang terbuka. Ambillah :)

Kalau ada yang berkata, susah berkerja sendiri dan sebagainya - adakah hidup ini segalanya mudah? Allah dah kata, sebelum senang pasti ada susahnya dulu - tak gitu?

Sungguhpun begitu, tak semestinya kena berhenti kerja dalam waktu masa yg singkat dan masa itulah nak terus kerja dari rumah tetapi bina empayar kita dari awal. Kalau bukan sekarang. Bila?

WAHW / WAHM is a SUPERWOMAN
Haha. bukan setakat suri rumah je, wanita yg berkerja dan dalam masa buat kerja rumah jugak adalah super woman. Tapi lagi best kan kalau boleh kerja dari rumah?

------------------

Doakan moga Allah mudahkan segalanya untuk Nadia dan suami ya.
Dan dikurniakan anak yg soleh dan solehah.

#JUTAWANMUSLIMAH IN MAKING


♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

2 comments:

  1. Impian nk jd wahm pernah trlakar di my VB. Now da jadi realiti! Alhamdulillah.

    Tahniah nadia. Moga trus kuat. Sbr dan xmudah menyerah!

    ReplyDelete
  2. suka tgk akak akak shaklee ni very comitted & dah berjaya jadik WAHW / WAHM. seronoknyaaaaaa!!

    i can't wait to be like you guys! gituuu :p

    ReplyDelete

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign