Punca Wanita Tidak Subur

5:41 pm

Assalammualaikum,
Apa khabar warga Dunia.
Semoga dalam keadaan sihat dan ceria.

Salam Jumaat yang berkat,
Dah berKahfi? Cuba habis ataupun cuba biasakan membacanya pada setiap hari Jumaat ok..

Baiklah,
Hari ni Nadia nak share pasal info PUNCA WANITA TIDAK SUBUR.

Nadia memang kena ambil tahu sebabnya - Nadia mesti ada banyak info untuk bantu orang lain dengan set kesuburan Shaklee khas untuk si suami dan isteri.

Dan Nadia kena tahu juga untuk diri sendiri dan suami. Kami juga sedang berusaha :)

Jangan buang masa, jom check !

Ovulasi
Mengungguli senarai faktor kenapa wanita tidak subur adalah tiadanya ovulasi atau kekurangan ovulasi. Dalam erti yang mudah – pengeluaran telur daripada ovari adalah rendah atau tiada langsung. Penyebab biasa masalah ini ialah, PCOS atau penyakit polisistik ovari.

Berat badan
Wanita yang terlalu berat atau terlalu kurus juga dikenalpasti sebagai faktor sukar hamil. Jadi langkah terbaik adalah dengan mendapatkan berat badan unggul.

Usia
Umur sekitar  35 tahun ke atas adalah masa yang dianggap sebagai berkurangnyakesuburan wanita secara alamai. Hamil selepas 45 tahun adalah amat jarang berlaku walaupun tidaklah mustahil.

Masalah Di Tiub Fallopia
Ketidakbolehan tiub falopia membawa telur ke ke uterus daripada ovari juga menjadi punca. Mungkin sisebabkan tisu berparut atau jangkitan terdahulu atau endometrisis.

Masalah- Masalah Lain
Ini termasuklah pertumbuhan fibroid, tumor, masalah serviks dan bentuk uterine tidak tetap. Walaubagaimanapun, masalah-masalah ini agak jarang terjadi kepada wanita normal.

--------------------

Jelas tak? Jadi macam mana kita nak tahu?

Saranan Nadia is bincang dgn suami dan dapatkan kepastian drpd pakar2 kesihatan.

Contohnya mcm Nadia ada masalah berat badan, dan usahanya skrg ialah untuk mencampakkan isi2 lebihan ni. heeee.

Tapi Nadia dgn suami dah bincang juga, selepas 1 tahun setengah perkahwinan - jika belum ada lg si khalifah kecil di perut mamanya , kami akan mendapatkan khidmat pakar. Bukan saya je tetapi dgn suami sekali...

Nahhh..
Pakat elok2 ya !

Wassalam.

You Might Also Like

0 comments