Followers

25 December 2014

5 Cara Menjaga Rambut Untuk Wanita Bertudung






















Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Selamat petang.
Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Hari ni nadia nak share pasal penjagaan rambut khas untuk wanita bertudung !
Credit info kepada Aynora Nor blog !


Cara Menjaga Rambut Untuk Wanita Bertudung 


1. Antara cara penjagaan termasuk rambut haruslah dicuci secara teratur iaitu dicuci selang dua atau tiga hari sekali. Syampu yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan jenis rambut anda.

2. Selepas rambut dicuci, pastikan rambut anda dikeringkan dulu sebelum anda memakai tudung. Pemakaian tudung ketika rambut masih dalam keadaan basah akan menyebabkan rambut gagal bernafas dengan baik dan juga ia boleh mengakibatkan sakit kepala.

3. Memakai tudung menyebabkan rambut tertutup dan menimbulkan bau yang tidak enak kerana faktor kelembapannya. Oleh itu rawat rambut anda dengan ramuan rempah ratus sebulan sekali agar ia dapat mengekalkan keharuman rambut anda.

4. Pemilihan tudung daripada material kapas adalah sangat disarankan kerana ia mampu memberi pengaliran udara yang baik agar kulit kepala dapat bernafas dengan baik. Hendaklah juga sentiasa memastikan tudung sentiasa berada dalam keadaan bersih.

5. Elakkan memakai tudung yang berlapis-lapis ketika sedang beriadah kerana semakin tebal tudung yang dipakai semakin sukar kulit kepala untuk bernafas.


Wah, tips yang ringkas je kan.
Jadi macam mana ? Jom kita amalkan !


----------------------------------------------

Psstt !
Shaklee pun ada suplemen tambahan untuk masalah rambut tau.
Haissh, ingat muka badan je nak cantik nak sihat, rambut kan mahkota wanita !

Apa kata tengok apa yang best dan istemewa set rambut sihat Shaklee ni ?
Klik atas ni tau.


With love,
Nadia Syakila
Happy working at home wife
013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com


♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

No comments:

Post a Comment

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila.blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign