Followers

18 July 2014

Perihal Sabar

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..
Alhamdulillah, dah masuk ke 10 malam terakhir Ramadhan..
Jom banyakkan berzikir, berdoa - solat malam dan baca Al-Quran..

Before rehatkan badan, nak ambil masa sikit nak share perihal sabar..
Sabar lah !
Hehehe, biasanya apabila kita dilanda musibah, ujian umpama kematian, konflik dan macam2 lagi - orang2 yang mendengar akan memberi respons ;
SABAR atau SABARLAH..

Sampai satu tahap, kita.. contohnya kadang2 Nadia sendiri agak 'rimas' dengan jawapan sabar tu, Nauzubillah.. betul tak?
Atau mungkin skrip lain seperti ;
"Sabar ada hadnya...."
"Kau cakap sabar senanglah, cuba rasa sini...." 

Tapi percayalah, first thing first macam mana nak bagi menyuburkan rasa sabar ini ialah dengan percaya dan yakin setiap ujian atau perkara yang Allah bagi kat kita tu ADA HIKMAH !

Even benda tu nampak buruk dan menyakitkan, tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita - dan bila kita dah yakin serta percaya dengan benda ni..
InshaAllah, sabar itu akan indah , tenang dan mendamaikan..

Nadia tgh praktikkan benda ini , ada beberapa perkara yang sedang menguji dan sedang mengusutkan kepala - bila cerita pada sahabat, memang ungkapan sabar yang paling indah seindah2nya - tapi kita kena percaya yang Allah uji tanda sayang, Allah bg musibah bukan untuk menjahanamkan kita..
Mana tahu, kot-kot kita dah lama lupa kat Dia kan??

Macam Nadia ni - erk !

Dan untuk kau yang membaca,
Bersabarlah dengan solat dan doa..


Allah akan mudahkan urusan kalian ! InshaAllah :)

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

16 July 2014

1# Wordless Wednesday


Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

15 July 2014

Tutorial ; Cara Pasang Widget Pengunjung Online / Online User

Assalammualaikum Readers, Bloggers and Fann !
Eh - yang last sekali mungkin tidak kot. haha !

Okelah, hari ni tak mahu merepeka panjang..
Memang Nadia dah lama dalam dunia blogger ni , tapi tak pernah pun sekali buat entry or tuto pasal dunia blog ni semua..
Kenapa? Sebab den rasa den taklah hebat mana..

Tapi lately, terfikir..
Why not ? Lebih2 lagi keluarga Shaklee kuh perlu dapatkan tuto2 blog sebegini untuk menyerikan lagi blog diorang !
Shaklee tu apa?
Jom add Nadia terus kat FB >klik sini<

So - tanyalah macam2 k..

Tanpa lengah masa, macam mana nak masukkan menatang ni ?
Apa dia ? Dush !

 Itu haa.. Jom ikut step by step ;)

1. Pergi LINK ini
2. Kalau korang 1st timer > boleh SIGN UP terus
3. Ikut arahan dia SEPERTI notify email & register / log in semula
4. Dah siap masuk, boleh KLIK LINK CODE dan akan keluar macam ni..




5. Lepas je masuk link, korang kena isi yang ni plak tau..
Untuk part ini, korang boleh ubah la macam contoh yang Nadia bagi kat bawah ni - WARNA , REKA AYAT yang korang suka!!



SIAP ? 
6. Terus klik GENERATE CODE > CODE banyak2 akan keluar > JUST COPY !!
SYIAAAAAPPPPPPPPPPP ;)



7. Nak paste kat mana ? Mudah saja...

DASHBOARD > LAYOUT > ADD HTML > PASTE 

Oke then? Baaaii..




Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

14 July 2014

Biar - Fynn Jamal


Mata tua yang memandang aku itu--
Bundar
Pudar

Dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
Katanya, “biar”.

Wahai ayahanda
Berhentilah walau sebentar
Dan renungkan mataku yang melaut
Khabarkan yang jujur dan ujar
Apa menyerabut?

Wahai ayahanda
Bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
Akukan lemahmu
Perikan penatmu
Kisahkan jerihmu
Aku mahu tahu

Mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
Harum
Senyum

Dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
Katanya lagi, “biar”

Wahai ayahanda
Bisikkanlah walau sekali
Izinkan aku menumpangkan bahu
Berikan aku seperca dari beban kamu

Wahai ayahanda
Lihatkanlah aku
Berlari kini
Melompat tinggi
Setiapnya kerna kau tak pernah pergi

Ah, apa masih ingat lagi
Aku suka lari-lari?
Kau bagaikan tak peduli
Ku biar kau patah hati

Ah, apa masih tidak lupa
Tengking jerit sama-sama?
Makan tak mahu semeja
Sahabat lebih berharga

Ah, apa mampu kau sudikan
Ampun maaf ku sujudkan?
Bisa tidak kau teruskan
Ku sesat kau tunjuk jalan?

Ah, apa layak aku bagi?
Tak terbalas sampai mati
Kau sungguh yang paling tinggi
Istanamu syurga nanti 

- Fynn Jamal

 
Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

9 July 2014

3 Gems / Set Ramadhan Shaklee

Assalammualaikum semua..
Selamat berpuasa ! Ramadhan Kareem !
Macam mana dengan prestasi kita ?? Haaa.. jawab sendiri ya..

Ada lagi ke yang rasa lesu ? Lemah dan letih ?
Wah.. wah.. Nadia pun kadang rasa macam tu - jangan risau..
Tapi jom kita sama- sama usaha untuk buang rasa tu..

Dari segi rohaninya - bolehlah kita banyakkan zikir dan muhasabah kepada Allah..
Muhasanah sokmo yang bulan Ramadhan ni bulan yang mana Allah bagi spesial untuk hambaNya..
Doa pon tak berhijab kan, ini boleh dijadikan motivasi untuk kita. 

Itu salah satu aspek,
salah satu lagi dari segi zahir ataupun jasmaaaani...
Sahur dah sahur dah.. 
Buka dah buka dah..

Tapi badan sokmo letih..
Lebih2 lagi ada bola lagi ni..
Lagi la macam panda ye pergi kerja..
Tak bertenaga?

Haaa...
kalau gitu, moh dapatkan cadangan set 3 gems / Set Ramadhan Shaklee ni..
bukan setakat boleh pakai ir guna sensorang - satu keluarga pon boleh - takde masalah.. 

Jom dapatkan set berpuasa ini sekarang..
Boleh terus roger saya secara sms / wassap di 013 2558600
Atau terus je klik link di bawah !

http://bit.ly/ShakleeOnlineShopping


** Tapi jangan lupa dapatkan konsultasi percuma dan cara makan daripada saya !



Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

1 July 2014

Tawaran Tone Excel [Bergambar]





 Ha, jangan dok main langgar je gambar-gambar ni..
Kalau dengan telko lain agak2 dapat tak benefit semua ni?
Konfem2 - memang korang akan guna telefon sampai bila2 kan?
Dah jumpa jalan untuk buat HP jadi tempat masuk kenapa perlu jadi pengguna setia je kan?
 
 


Siapa nak ?
Hantar sms/wassap 'SAYA NAK TONE EXCEL' ke 013 2558600 / 014 8257994

Baik rebut peluang ini !!

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign