Followers

29 October 2014

Denggi




Apa itu Demam Denggi?
Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.


Bagaimanakah penyakit ini merebak?
Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika. Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.

Pemindahan penyakit:
Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.
Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).
Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).
Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.
Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.


Bagaimanakah terjadinya demam denggi?
Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina. Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.


Apakah penyebab demam denggi?
Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.

Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.


Bagaimana cara untuk mencegah denggi?

1. Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk :
Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.

2. Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang :
Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.

3. Musnahkan tempat pembiakan nyamuk :
Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak.


Nyamuk Aedes
Nyamuk Aedes merupakan sejenis nyamuk yang biasanya ditemui di kawasan tropika. Namanya diperolehi daripada perkataan Greek aedes, yang bererti "tidak menyenangkan", kerana nyamuk ini menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam denggi. Ae. albopictus merupakan species yang sering ditemui di Asia. Kakinya berbelang hitam putih. Ae. aegypti juga terkenal sebagai penyebar denggi dan demam kuning.

Kitaran hidup nyamuk aedes bermula dari telur hingga dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu.


Tabiat nyamuk aedes
Aedes senang dikenali dengan belang hitam putih pada badan dan kakinya
Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan waktu senja
Aedes membiak dalam air jernih yang bertakung, sama ada di dalam atau luar rumah



Tempat pembiakan nyamuk aedes

Dalam Rumah :
Akuarium
Perangkap semut
Timba
Kolam (Kolah) mandi
Tempat air peti sejuk
Tempayan

Luar Rumah :
Tayar buruk
Tempurung kelapa
Botol/gelas pecah yang mengandungi air
Salur air hujan
Tempayan
Pokok pisang
Pokok keladi
Longkang yang tersekat
Tangki septik (terdedah)


Pencegahan pembiakan nyamuk aedes
Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru
Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk
Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur
Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam
Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir
Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk
Peliharalah ikan seperti ikan gapi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik.
Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali.





Apakah rawatan yang diberi untuk demam denggi?
Tiada rawatan khusus untuk demam denggi.
Dalam kes demam denggi dengan atau tanpa renjatan, cecair yang diberi secara oral sudah memadai untuk menggantikan kehilangan cecair badan akibat demam kuat, anoreksia dan muntah-muntah.
Ubat antipiretik mungkin boleh digunakan untuk meredakan demam. Walau bagaimanapun, salisilat (sebatian yang mengandungi analgesik untuk melegakan kesakitan, antipyresis - mengurangkan demam dengan menurunkan suhu badan dan aktiviti anti keradangan seperti aspirin) perlu dielakkan kerana ia diketahui boleh menyebabkan pendarahan. Pesakit perlu diawasi dengan rapi bagi mengesan tanda-tanda awal renjatan.
Untuk pesakit-pesakit sindrom renjatan denggi, penggantian awal dan segera plasma yang hilang dengan plasma, penambah plasma dan/atau larutan elektrolit dan cecair akan menghasilkan kesan yang menggalakkan.


Rawatan bukan farmakologi

Rawatan termasuk:
Meningkatkan pengambilan cecair.
Meningkatkan bekalan oksigen.



Pesakit demam denggi perlu berehat dan minum lebih banyak air untuk segera sembuh. Pesakit yang mengalami renjatan ketika demam perlu diberi cecair secara intravena (melalui salur darah vena). Oksigen juga perlu diberikan. Untuk pesakit demam denggi berdarah, penggantian cecair badan yang hilang mungkin mampu menyelamatkan nyawanya. Bagi sesetengah kes, pemindahan darah perlu dilakukan bagi mengawal pendarahan.


Rawatan farmakologi

Tiada ubat khusus bagi merawat demam denggi. Rawatan adalah untuk menghilangkan gejala yang timbul.


Apakah jenis pemantauan yang perlu dibuat?
Apabila sahaja pesakit disahkan mendapat demam denggi adalah menjadi tanggung jawab doktor yang merawat untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan mengenai perkara ini kerana denggi merupakan penyakit yang perlu dilaporkan. Laporan ini penting supaya tindakan lanjutan seperti di bawah ini dapat dijalankan:
Kawasan dan persekitaran di mana pesakit disyaki dijangkiti perlu dilakukan pengasapan (fogging) oleh pihak berkuasa.
Memantau kawasan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes supaya ianya tidak merebak ke tempat lain. Jika tempat pembiakan ditemui pemilik rumah akan didenda.
Apabila pesakit telah keluar dari hospital, beliau dan ahli keluarganya perlu mengambil langkah-langkah pencegahan dan bertindak untuk mencegah penyakit ini dari berulang. Ini kerana pesakit yang pernah mengalami denggi jika ia mendapat semula penyakit ini, kesannya adalah amat teruk.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

28 October 2014

Pentingkah Vitamin C Untuk Badan ?





Ouh, penting rupanya Vitamin C ni, ingatkan tak penting kan.
Jadi macam mana kita nak dapatkan Vitamin C yang secukupnya?
Antaranya dalam buah-buahan / sayurs-sayuran seperti di bawah..




Susah nak cukupkan ke? Takpe, jangan risau. Vita C Shaklee kan ado.
Nak yang chewable (khas buat kanak-kanak) atau yang telan (sustained released) pon boleh. Sangat murah harganya !

Dapatkan Vitamin C anda secara semula jadi sekarang.
Roger saya di 013 2558600 :)
Dan like FB : Gudang Vitamin.Com

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

26 October 2014

Gudang_NZ : Cadar Patchwork

Assalammualaikum, salam 1 Malaysia dan Dunia.
Apa khabar ? Selamat bercuti pada mereka yang bercuti.
Dan selamat beribadah kepada mereka yang berkerja.

Hari ni Nadia nak berceloteh pasal bisnes saya dan suami kejap.
Saya Pengedar Shaklee Malaysia..
Suami Pengedar Simkad Ajaib Tone Excel Malaysia..
Dan kami juga ada bisnes bersama yakni hanya melalui INSTAGRAM SAHAJA iaitu GUDANG_NZ

Ada instagram tak? 
Follow kami cepat.
Selain kami promosikan produk Shaklee dan simkad Tone Excel,
Kami juga berikan banyak pilihan kepada kaki shopping online.
Ada baju, dress, tshirt, blouse dan macam-macam2 lagi.
Selain tu, kami juga menjual cadar patchwork menjadi kegilaan ramai suri rumah sekarang!

HARGA BERPATUTAN SANGAT !
Jadi terjah sekarang !

----------------------------------------------------------------------------------------






















Dan sekarang baru je RESTOCK CADAR PATCHWORK !
Dan stock sangatlah terhad !
Terjah IG kami sekarang :)

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

25 October 2014

Rasa itu aku, bukan kau !


---------------------------------------------------

Jangan pernah kau menyimpul kata dan rasa,
Bila kau tak pernah berjalan dengan kasut aku..

Jangan pernah kau mengata-ngata,
Bila kau tak pernah rasa keadaan aku..

--------------------------------------------

Assalammualaikum gangs, apa khabar ?
Waah, hari ini si Nadia bermadah pujangga meluahkan rasa !
Dont worry, saya takkan down dan bersikap negatif. Kalau ada, dengan cepat2 kita halau!

Tapi takkan semua orang faham kan, dia fikir rasanya dia, betulnya dia.
Dia yang terbaik !

Apa nak buat ? Kali ni kena jadi katak pekak dan bisu.
Biarlah apa orang nak kata, jom bergembira :)

Kita jangan jadi macam tu tau !
Love you. oxox !

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

24 October 2014

Segmen Blogger Cergas dan Santai


Assalammualaikum Wbt,
Selamat Tengahari dan Salam Jumaat Mubarak.
Salam Awal Muharam, jangan lupa doa-doa awal tahun akhir tahun okey!

Ok, dalam perjalanan saya blogwalking dari satu blog ke blog yang lain.
Terjumpa la entri si Izzati Amira ni, dia buat segmen blogger cergas & santai.
Nadia pun terdetik nak join sebab matlamat dia adalah nak bagi kita idea untuk update blog dan sebenarnya dapat merajinkan kita untuk berbw lepas ni.

Hah ! Panjang pulak saya terangkan, cara nya mudah - korang klik je banner kat atas.
Dan ada kena jawab 3 soalan santai, eh ! eh ! tak nak jawab pun takpe.

1. Currently, lagu apa yang korang suka ?
Buat masa sekarang ni I loikkke very much lagu RUDE + ITS ALL ABOUT THE BASS dan semua lagu kok Ping ! aka Fynn Jamal :)

2. Satu link blog yang saya wajib lawat ialah ;
Nenek Shakleeku di http://sweettyra.blogspot.com/
Macam2 benda menarik dia kongsi !

3. Post yang paling disukai ?
Kat sini Langkah Aku - ada maksud tersirat dan tersurat. Mungkin ada yang faham, mungkin ada yang tak faham. So, depends pada kalian untuk tafsirkan benda ni.


Setel ! Wassalam.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

23 October 2014

Fakta Tentang Kalori

Assalammualaikum, Salam Sejahtera !
Selamat Hari Deepavali saya ucapkan kepada mereka yang menyambutnya..

Okey,
#cabarankurus90hari #bersamaathirah masih berlangsung.
Beberapa hari lepas, saya belajar pasal metabolisma.
Jadinya, semua dah al maklum dan saya juga al maklum bila nak diet tak semestinya kena tahan makan TETAPI makan dengan lebi kerap dalam kuantiti yang sedikit.

Terlepas isu Metabolisma? Terjah sini.
Mari kita belajar pasal kalori pulak !


1. Apa yang dimaksudkan dengan kalori?
Kalori sebenarnya ialah unit ukuran untuk tenaga.

2. Adakah benar atau mitos bahawa tubuh manusia memerlukan kalori?
BENAR. Tubuh badan manusia memerlukan kalori bagi menjana tenaga, namun masalah akan timbul jika kuantiti kalori yang diambil (apa yang anda makan) terlalu banyak dan tidak pula dibakar. Akhirnya, akan bertukar menjadi
lemak yang tersimpan dalam badan. Inilah penyebab berat badan bertambah dan ianya bahaya untuk kesihatan.

3. Bagaimana saya mahu mengira jumlah kalori dalam makanan yang diambil?
Pada kebiasaanya, setiap produk yang dijual akan menunjukkan kandungan jumlah kalorinya pada bahagian
Maklumat Tentang Pemakanan.

Tetapi kiraan kalori boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi tersebut dengan nombor pekali tertentu yang disenaraikan.
Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.

Contoh:

Satu hidangan Sos Cili didapati mengandungi kuantiti:

i. Karbohidrat – 53 gram (Berat) x 4 (nombor pekali) = 212 Kalori.
ii. Protein – 1 gram (Berat) X 4 (nombor pekali) = 4 Kalori
iii. Gula (sejenis karbohidrat) -16g (Berat) x 4 (nombor pekali) = 64 Kalori

Justeru, untuk 1 tuangan sos cili kuantiti kalorinya adalah 280.

4. Berapa banyak kalori yang perlu bagi setiap lelaki dan wanita dewasa dalam satu hari?
Menurut kajian pakar diet, jumlah yang diperlukan oleh lelaki dewasa adalah 2000 hingga 2500 kalori sehari. Manakala bagi wanita dewasa pula adalah 1600 hingga 2000 kalori sehari.

5. Apa akan terjadi andainya saya makan lebih daripada kuantiti yang disyorkan itu?
Ini penting untuk anda faham. Setiap 8000 kalori yang terkumpul dalam badan (tidak dibakar) akan menyebabkan berat badan naik sebanyak 1 kilogram.

6. Maklumat tambahan sebagai panduan. Berapa anggaran kuantiti kalori dalam makanan rakyat Malaysia?

Kategori: Buah-buahan
Tembikai (sepotong) = 20 kalori
Betik (sepotong) = 45 kalori
Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
Durian (5 ulas) = 64 kalori
Limau (sebiji) = 42 kalori
Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
Nenas (sepotong) = 59 kalori
Epal (sebiji) = 63 kalori
Ciku (sebiji) = 44 kalori
Mangga (sebiji) = 103 kalori

Kategori: Kuih Muih
Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
Popia goreng (satu) = 130 kalori
Popia basah (satu) = 95 kalori
Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
Karipap (sebiji) = 130 kalori
Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
Taufufa goreng (sekeping) = 110 kalori
Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Ruji
Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
Roti putih (2 keping) = 156 kalori
Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
Nugget ayam (satu) = 60 kalori
Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
Burger keju (satu) = 425 kalori
Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori


7. Berapa banyak kalori selalunya orang dewasa makan dalam sehari?

a) Sarapan Pagi:
Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori

b) Minum Pukul 10 pagi:

Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori

c) Makan tengahari:

Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori)

+ Air Tembikai (80 kalori) = 900 kalori

d) Minum petang:

Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori

e) Makan Malam:

Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong belacan (120 kalori) = 682 kalori

Jumlah keseluruhan dalam sehari : 541 + 410 + 900 + 510 + 682 = 3043 kalori!!

8. Apa akan terjadi jika tabiat makan di atas tidak diubah selama setahun?
Ambil situasi lelaki dewasa, lelaki biasanya akan membakar kembali 2500 kalori yang diambil tetapi jika ambilan 3043 kalori sehari akan terdapat lebihan sebanyak 543 kalori setiap hari dalam bentuk lemak. Jika dihitung dengan matematik mudah 543 kalori berlebihan X 365 hari = 198,195 kalori setahun akan disimpan dan tidak terbakar. Akhirnya, dalam masa setahun berat kita akan meningkat sebanyak 24.77 kilogram iaitu kenaikan 1 kilogram bagi setiap 8000 kalori yang tidak dibakar. Darab pula dengan 5 tahun sekiranya tabiat pemakanan masih sama!

9. Bagaimana kalori berlebihan dapat dibakar?
Ubah stail hidup anda. Amalkan gaya hidup aktif, berjalan lebih pantas, naik dan turun tangga tanpa lif, mencuci sendiri kereta, lebih kerap bersukan dan bersenam. Kurangkan masa menonton televisyen atau bermain komputer kerana tubuh hanya mampu membakar 1 kalori seminit dan ianya sama kuantiti dengan kalori yang dibakar semasa tidur.

10. Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?
Jumlah kalori yang terbakar bergantung pada ketumpatan tubuh dan berat badan seseorang. Berikut anggaran kiraan kalori dibakar bagi individu seberat 68 kilogram membuat aktiviti selama 1 jam.

Aerobik = 405 kalori
Bermain bola keranjang (agresif)= 450 kalori
Berjalan pantas= 300 kalori
Berkebun= 320 kalori
Mengemas rumah= 240 kalori
Bermain golf (tanpa kedi) = 385 kalori
Bermain Pingpong = 280 kalori
Menonton televisyen = 40 kalori
Berbasikal statik= 380 kalori

Jadi, sekarang anda sudah faham dan tahu tentang konsep kalori masuk dan kalori keluar. Elakkanlah berdiet dengan skip waktu makan kerana ianya adalah diet yang kurang sihat. Akibatnya, boleh merosakkan sel-sel badan kerana kurangnya pengambilan nutrien . Anda boleh membetulkan persepsi ini dengan fakta dan maklumat yang telah diberikan di atas. Tinggalkanlah diet tidak sihat tersebut dan pilihlah makanan dengan jumlah kalori yang diperlukan dan pastikan kalori yang diambil tidak berlebihan atau pun bakar kembali kalori berlebihan tersebut dengan aktiviti riadah yang disarankan.

Tetapi, sekiranya anda ingin memastikan diet untuk menurunkan berat badan anda sihat tanpa mengabaikan nutrien dan memastikan kalori yang anda ambil tidak akan berlebihan dari sepatutnya, anda boleh mengambil ‘replacement meal’ bagi memastikan tubuh anda sentiasa kenyang dan kekal bertenaga.


Sumber : Celikvitamin.com
Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

22 October 2014

Tips Tingkatkan Metabolisma Badan

Antara punca seseorang menyimpan lemak berlebihan atau menjadi comel adalah disebabkan ;
Metabolisma badan mereka rendah.

Itu pasal lah, kalau makan. 
Kena berjaga-jaga.
Jadi salah satu cara untuk menjaga berat badan adala dengan me normalkan kadar metabolisma dalam badan.

Nah ! Ini dia kata.
Nadia pun nak cuba ni, sekarang kena gali - gali info.
#cabarankurus90hari saya telah bermula !
Kalau nak join - boleh klik link ok ;)
Atau roger saya di 013 2558600

__________________________________________

1. Makan Dengan Teratur. Apabila kita makan, secara automatiknya meningkatkan kadar metabolisme badan untuk proses penghadaman makanan. Makan sedikit tapi KERAP. Jangan sekali2 skip makan utk berdiet dan tambah pula dengan Sunnah nabi kunyah 40x makanan tu.

2. Makan Lebih, untuk jaga badan juga perlu makan lebih tapi jaga lah benda apa yang dimakan itu juga. Jangan bertindak membuang kalori dengantidak makan kerana apabila anda tidak makan akan memperlahankan metabolisme.

3. Pengambilan Protein, Rantaian protein amat sukar untuk dipecahkan oleh itu lebih banyak penghadaman dilakukan secara tak langsung meningkatkan kadar metabolisme badan.

4. Makan Ikan & Makanan Kurang Lemak, Ini akan mengalakkan penghantaran maklumat “saya kenyang” kepada otak dan membantu isyarat di hantar kepada otak untukmetabolisme membakar kalori dengan lebih banyak.

5. Makan makanan Pedas, Makanan pedas mampu meningkatkan jumlah kalori yang di bakar ketika proses penghadaman.

6. Minum air Sejuk, kerana ini akan meningkatkan kadarmetabolisme kerana badan pemanaskan air pada suhu tubuh. 

(Mandi air sejuk seawal pukul 4-5 pagi pula membantu memecahkan lemak)

7. Berjalan lebih pantas. Ini akan meransang kamu lebih berpeluh.

8. Lebih banyak otot yang di miliki, lebih banyak kalori yang akan di bakar sepanjang hari. Cubalah senaman 2 kali seminggu. jadi JOM BINA OTOT ! Ataupun boleh dapatkan ESP @ CINCH SHAKLEE untuk menegangkan OTOT !

    

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

20 October 2014

Cari kerja secara online, salahke?

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam 1 Dunia dan Selamat Pagi..
Happy Monday Awesome !

Awal tulis entry pagi ni ? Biasalah, weekend lepas kerja dua-dua hari.
Tak sempat nak tulis entry atau blogwalking pon.
Mohon tinggalkan jejak tapak kaki, tapak tangan anda ye.

Alkisah, tersebutlah kisah.
Hari ni saya nak cerita dan mengomel pasal tajuk entry yakni ;
CARI KERJA SECARA ONLINE, SALAHKAH ?

Kena tiba-tiba Nadia?
Sebab macam ni, saya sekarang sedang aktif menjalankan aktiviti pencarian kerja di Segamat dan Gemas.
Kan Nadia ni nak pindah rumah ke sana. So, memang setiap hari tu akan bukak Facebook group, website dan search pasal kerja/jawatan kosong yang ada.
Memang ramai yang mencari kerja kosong menggunakan medium FB , antaranya begini ;




Ini antaranya lah, tetapi dalam banyak2 post dan komen dalam group tu..
Ada satu isu yang buat Nadia tersentap pon ada, fikir dua tiga kali pun ada..
For me, tiada siapa betul ataupun tiada siapa salah, yang jadi masalah bila kita masing-masing salah faham antara satu dengan yang lain.

Yang si A menganggap si B (yang sedang mencari kerja) macam pemalas bila gunakan medium Facebook sebagai tempat cari kerja... Urgh ! Terasa mak jemah yang membaca.
Tapi A juga ada mengatakan untuk menulis dengan terang dan jelas, bahawa si B ni dah walk in ke merata tempat untuk dapatkan kerja, dan menggunakan medium FB sebagai medium / cara terakhir. Haaaa.. ini relevan !

Pada Nadia, YES ! Kebanyakkan orang jenis memang nak mudah nak makan suap. Cari je kat FB atau Online untuk dapatkan kerja tanpa usaha dengan cara yang lain. Itu memang hampeh!
Tapi ada orang terikat dengan beberapa masalah lain, seperti jauh dari tempat nak kerja. Contoh macam Nadia sekarang, masih berkerja di Melaka dan nak kena cari di Segamat. Memang memerlukan pengorbanan, dan esok saya cuti untuk berjalan-jalan mencari kerja !
Doakan tau :)

Dan ada jugak orang lain menggunakan medium ini bagi jalan yang terakhir selepas berusaha sebaik mungkin secara walk-in.

Whatever you 20cents, it is your preferences.
I do respect, We must respect !
Doakan saya nak IV esok !



Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

17 October 2014

Cabaran Kurus 90 Hari



Psstt.. Assalammualaikum warga blogger dan rakan reader !
Salam sejahtera !

Meh sini nak bisik, pssst...
Jangan baca kuat-kuat ok, ini rahsia saya ni..

Saya masuk cabaran KURUS 90 HARI yang dianjurkan oleh nenek Shaklee saya.
Master to Athirah Tieramiessyou - ini blog dia !

Saya nak anjurkan cabaran ni untuk orang lain ? Memang taklah oh hoi.
Tukang anjur pun kecik besar kecik besar je.

So, ada yang nak join ke?
Bolehlah roger nenek Shaklee saya tu.

Ada syarat ? Adalah..
Ingat nak kurus tu senang ea? Hanya orang yang kuat makan tahu betapa susahnya nak kurus tu kalau tak ada keazaman dan kecekalan yang kuat.

Doakan saya kuat dan cekal !
Nak bagi hadiah ni ha buat suami.

Wassalam :)

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

16 October 2014

I am the PCOS

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ni, kita nak bincang topik berat sikit.
Berkenaan PCOS atau nama panjangnya ialah POLYCYSTIC OVARY.

Nadia pernah di diognosis sebagai penghidap PCOS semasa membuat rawatan di O & G, Hospital Melaka. Series ke keadaan ini? 

Again, ia terpulang kepada keterukan / severity PCOS itu sendiri.
Untuk hal ini, kalian kena betul2 dapatkan konsultasi daripada doktor tau !

-----------------------------------------------------

Jadi, apa itu PCOS ?

´Polycystic ovary´ atau PCO adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari yang terdapat pada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. Dan apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut.

Ciri ovari yang dapat dilihat oleh doktor pakar sakit puan semasa pemeriksaan ´vaginal ultrasound´ akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar hingga dua atau tiga kali ganda daripada saiz biasa. Kelihatan ovari itu seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar ´honeycomb appearance´. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap.

Wanita yang gemuk, pusingan haid tidak teratur dan terdapat rambut pada kaki, badan atau muka, maka mereka ini haruslah berwaspada kerana mungkin mengalami masalah kilang ovari bengkak atau ´polycystic ovary´. Peratus penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita di Malaysia dan dianggarkan berada pada tahap yang agak membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.



Apa tanda-tanda PCOS ?
1. Tidak Subur atau Mandul
Kebanyakan pesakit PCO datang berjumpa doktor pakar sakit puan kerana mereka mengalami masalah sukar hendak hamil walaupun sudah beberapa tahun berkahwin - masih belum mendapat zuriat dan telah lama mencuba. Ada yang berjaya mendapat anak pertama tetapi gagal untuk hamil lagi selepas itu dan mereka ini mudah mengalami peningkatan berat badan serta berlaku secara mendadak.

2. Haid Tidak Teratur
Tanda yang biasa bagi pesakit PCO ialah kitaran haid yang tidak teratur, lambat datang haid dan kadang-kadang jarak antara haid begitu jauh sekali mencecah hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Dan ada sesetengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.

3. Gemuk
Peningkatan berat badan menyebabkan seseorang wanita itu mengahadapi masalah kegemukan atau ´obese´, malah peningkat berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur. Dan tahap kesuburan mereka sangat rendah ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.

4. Darah Haid Sedikit atau/dan Berpanjangan
Wanita yang mengidap penyakit POC akan mengalami haid yang sangat sedikit - hanya menitis selama dua atau tiga hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan hingga 15 ataupun 30 hari tanpa berhenti. Hal ini tidak terjadi pada wanita normal, seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu.

5. Tumbuh Rambut
Tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut - juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita tersebut dan merupakan satu keadaan yang sering berlaku di kalangan pengidap penyakit POC ini.

Punca penyakit PCOS ?

Punca sebenar bagi penyakit ini masih tidak diketahui. Salah satu mungkin kerana keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzim yang mengawal pembentukan hormon. Maka apabila paras hormon dalam darah dikaji, dapat dikesan wanita tersebut mengalami gangguan dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon FSH (normal), LH - tinggi, hormon estrongen - tinggi, hormon progesterone - rendah, hormon progesterone - rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) -meningkat tinggi. Peningkatan berat badan juga ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut.

Penyakit PCO juga mungkin disebabkan oleh ciri atau pengaruh kebakaan dan keturunan dalam penyakit ini malah faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohaidrat dan gula, perisa dan pengawet makanan mungkin menyumbang kepada kejadian penyakit PCO. Selain itu, faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang berlaku di pejabat dan rumah, pergeseran dan konflik di kalangan keluarga atau saudara mara dan ketika memandu juga menyebabkan masalah PCO.


Tujuan Rawatan
Tujuan pertama ialah untuk meningkatkan kesuburan kerana sebahagian besar daripada mereka berjumpa doktor dengan tujuan untuk mendapatkan anak dan kerana mereka mengalami ketidaksuburan ataupun kemandulan. Tujuan kedua ialah untuk membetulkan pusingan haid supaya jarak antara satu haid supaya jarak antara satu haid dengan yang lainnya lebih kerap ataupun normal iaitu 30 hari.


Kaedah Rawatan
1. Mengawal Kegemukan (Obesity)
Perkara yang penting sekali ialah ketabahan, disiplin serta keazaman diri pesakti untuk mengurangkan berat badan kerana sebenarnya orang yang ´obese´ atau gemuk mengalami masalah tabiat makan. Kebanyakan daripada mereka mungkin melebihi 70 kilogram dan berat badan yang sebaiknya bagi wanita yang ukuran tinggi 5 kaki 2 inci ialah kurang daripada 60 kilogram. Selain itu, kekuatan mental juga penting untuk mengawal pemakanan mereka serta mereka perlu membuat riadah atau ´exercise´ yang sistematik.

2. Meningkatkan Kesuburan Wanita
Dari segi merawat kesuburan, terdapat banyak kaedah rawatan yang sering dicuba oleh pakar sakitpuan. Diantaranya ialah pengunaan ubat seperti:

a. Ubat subur Clomiphene
Biasanya ubat subur Clomiphene atau clomid akan diberikan dalam dos yang tinggi mungkin sampai ke tahap 250 mg atau lima biji sehari untuk selama 5 hari hingga 7 hari mulai daripada hari kedua atau ketiga dari hari mula keluar haid. Tujuan rawatan ini ialah untuk merangsang ovari yang polycystic ini untuk mengeluarkan telur. Respons yang positif dan dapat mengeluarkan benih telur mungkin berlaku hanya kepada sebahagian pesakit sahaja dan sesetengah diantara mereka tidak akan menunjukkan kesan positif dari segi pengeluaran telur. Walaupun demikian setiap wanita yang menjalani rawatan kesuburan memerlukan pengawasan dan ujian yang teliti oleh pakar sakitpuan kerana jika terlalu banyak telur dikeluarkan pada satu masa ini boleh membahayakan kesihatan menyebabkan kandungan yang berganda-ganda.


b. Ubat Kesuburan Gonadotrophin
Suntikan hormon Gonadotrophin yang juga diberikan mulai hari kedua haid selama lima hari berturut-turut. Bahayanya ubat ini ialah rangsangan telur yang berlebihan menyebabkan terlalu banyak telur keluar dan ini boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kehamilan berganda.


c. Ubat Metformine
Mengikut kajian 60 peratus daripada wanita yang mengambil ubat ini akan menetas telurnya dan sebahagian besar juga akan akhirnya mengandung. Ubat metformine yang biasa digunakan untuk merawat kencing manis akan digunakan dalam jangka masa enam bulan berturut dan dos yang digunakan ialah antara 1 gm hingga 2.5 gm setiap hari sehingga enam bulan.


3. Rawatan ´Laparoscopy´ dan ´Ovarian Drilling´
Ini adalah satu kaedah baru dimana pesakit POC akan menjalani pembedahan kecil yang memerlukan bius am. Teropong laparoscopy untuk melihat ovari dan seterusnya laser drilling akan dilakukan dengan menggunakan elektrik ´cautery´ ataupun ´laser cautery´. Kaedah rawatan ini juga menghasilkan kehamilan dalam lingkungan 50 hingga 60 peratus.

--------------------------------------------------

As for Nadia sendiri, apa yang Nadia buat ialah dengan menurunkan berat badan dan mendapatkan makanan tambahan untuk meningkatkan kesuburan.

Alhamdulillah, 
Untuk berat badan, selain makanan tambahan dengan set kurus Shaklee - of kos lah kita perlu mengamalkan pemakanan seimbang dan senaman yang cukup. 
Walaupun kadang2 suka sangat termiss !


Dan untuk meningkatkan kesuburan, Nadia amalkan GLA Complex secara konsisten selama 2-3 bulan, dan period setiap bulan semakin regular. 
Cuba tengok manfaat GLA Complex di sini. 

Doakan Nadia ye.
Semua ini mengambil masa :)

Dan masa adalah ubat yang terbaik.
Jaga diri kita.

Wassalam.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

14 October 2014

Pengalaman Berkerja

Assalammualaikum.
Salam Sejahtera rakan blogger dan rakan pembaca.
Harap kalian sihat hendaknya di samping yang tersayang !

Alhamdulillah, saya secara rasminya telah menjadi graduan UIAM.
Hari ahad semalam. Banyak cerita dan banyak gambar.
Nanti saya sharekan ok !

Tetapi hari ni, saya tiba-tiba rasa nak share tentang pengalaman berkerja saya.
Mungkin pengalaman berkerja saya sikit ataupun sangat sikit berbanding dengan kawan-kawan di sana, tapi rasa nak share jugak !

Aci ? Aci kat India :)

KEDAI MAKAN
Seingat saya, berkerja di Kedai Makan abang saya adalah penglaman saya berkerja seawal belasan tahun. Bermula hanya dengan membasuh pinggan dan mengangkat cawan - pinggan kotor sehinggalah menjadi tukang order + tukang kira sekali dengan tukang simpan duit.

Berkerja di sini banyak mengajar saya untuk membuat kerja dalam masa yang pantas dan teratur !
Pernah satu ketika, hanya saya sahaja seorang pekerja yang hadir untuk menjaga order + kira + pinggan dsb. Bayangkanlah !

Saya berkerja dengan abang sehinggalah SPM. Tetapi tidak secara tetap. Mengikut waktu cuti sekolah dan jadual peperiksaan.

Walaupun abangku majikanku, tetapi saya tetap merasa perasaan berkuli tu.
Kena marah kalau buat silap itu wajib. Betul tak?

Dan terima kasih untuk abang dan kakak kerana melayan saya dengan baik sepanjang saya berkerja di sana.

Kedai makan abang semakin membesar dan sudah mempunyai ramai pekerja.
Perniagaan mereka juga semakin maju. Semoga beliau terus sukses ~

AYIE REAL ASAM PEDAS MELAKA
Ada fb tau - Facebook Ayie Real Asam Pedas


PART TIME - MAHALLAH OFFICE
Pekerja part time untuk kali pertama. Masa ni saya masih lagi menuntut di UIAM pada tahun ke 3 tak silap. Sebenarnya, Nadia takdelah mencari kerja part time secara serius semasa di UIAM, kebetulan dipelawa oleh kakak office - terus masuk kerja secara kontrak selama 4 bulan.

Kerja sebagai pembantu tadbir, tugasan sama setiap hari.
Tapi benda baru yang saya belajar ialah berkenaan filing / documentation.
Dan dengan berkerja di sini lah, saya perasan yang saya tak suka buat kerja yang sama setiap hari :)


JRS TRAINING & EVENT MANAGEMENT 
Syarikat pertama saya berkerja selepas habis belajar. 
Berkerja sebagai pembantu tadbir untuk 3 bulan pertama (tempoh percubaan).
Dan kemudian mendapat status tetap dan kenaikan pangkat sebagai Admin Exec.

Disini, saya betul-betul belajar pelbagai perkara. Daripada hal perniagaan, permasaran, perhubungan awam membawa kepada hal-hal kehidupan dengan bos / pengurus saya, Puan Rosfazila Ramli.

Mana taknya, saya SAHAJA kakitangan yang ada di syarikat itu.
Macam syarikat kecil bukan? Tetapi percayalah, syarikat ini mempunyai potensi yang besar dan saya percaya akan maju satu hari nanti.

Syarikat kini sedang mengambil 2 pelajar praktikal dan seorang pekerja tetap, semakin berkembang bukan?

------------------------------------------------------

Al-kisahnya, itulah pengalaman berkerja yang saya ada buat masa sekarang ini.
Untuk makluman kawan-kawan, sebenarnya saya akan berhenti kerja daripada kerja sekarang ni JRS Event tu, kerana saya akan berpindah ke Batu Anam, Segamat. 

Terpaksa berhenti kerja !
Susah sangat nak dapat majikan yang baik dan sangat memberi ilmu macam bos saya.

Saya sedang mencari kerja di GEMAS , NEGERI SEMBILAN atau SEGAMAT, JOHOR !
Ada rakan blogger boleh rekemen kerja?

Roger saya di 013 2558600
Terima kasih !

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

10 October 2014

ESP Shaklee berbahaya?

Assalammualaikum :)
Hello dan Hai.
Positif - positif.

Okey, saya tak nak intro panjang2.
Ingat tak perbincangan kita pasal bahayanya soya pada entri lepas ?

Bila dengar je pasal soya, orang dok teringat pasal ESP SHAKLEE.
Betul tak? 
Dah tu macam mana?

Apa yang anda perlu tahu adalah ESP Shaklee hanya diekstrak dari kacang soya non-GMO. Ingat lagi kan apa beza GMO dengan non-GMO? Yang mana baik dan yang mana buruk?

Malah kacang soya non-GMO yang digunakan oleh Shaklee telah melalui progam Identity Preserved Program (IPP). Melalui program IPP ni, Shaklee memastikan kacang soyanya adalah yang semulajadi dan bebas dari perubahan genetik. Contohnya, jika ia perlukan 9 bulan untuk matang sebelum dituai maka 9 bulanlah masa yang Shaklee peruntukkan. Ia tidak akan diberi apa-apa bahan kimia untuk mempercepatkan kematangannya. Jadi proses penanaman soya untuk Shaklee adalah secara semulajadi dan tiada apa-apa campurtangan teknologi ke apa ok.

Dan apa lagi yang bezanya ESP Shaklee dengan produk soya lain?

Apa yang anda perlu tahu kebiasaannya produk soya akan diproses menggunakan alkoholyang bukan sahaja memusnahkan kandungan isoflavene yang bermanfaat pada kesihatan kita malah boleh menyebabkan pencemaran dari bahan-bahan kimia yang digunakan.

Tapi tidak dengan ESP Shaklee ya.

Kacang soya yang digunakan dalam penghasilan ESP Shaklee dicuci dengan air untukmemastikan kandungan isoflavene dan daidzin di dalamnya yang penting untuk kesihatan terpelihara. Pada yang belum tahu isoflavene adalah antara komponen penting dalam pencegahan kanser.

Dan tahukah anda pengambilan ESP Shaklee hanya disarankan 3 sudu besar sehari. Kenapa? Supaya ia tidak membebankan ginjal kita untuk memproses. Jadi banyak ke 3 sudu besar sehari tu? Pada saya tak lah banyak pun. Tapi pada orang lain, ikut pendapat masing-masing lah kan. Pendek kata Shaklee sendiri pun tidak suruh ambil banyak ESP pun sehari. Cukup 3 sudu besar untuk keperluan harian. Bersederhana itu kan lebih baik.

Kesimpulannya memang ada betulnya soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk amalkan soya GMO dan ambil pada kuantiti yang melampau banyak. Bersederhanalah. Tidak terlalu kurang atau lebih.

Shaklee ESP antara produk berasaskan soya yang dihasilkan dari soya non-GMO dan melalui pemprosesan yang ketat untuk memastikan kualitinya terbaik. Malah cadangan pengambilan seharian sudah ditetapkan untuk memberi manfaat kepada badan dan bukannya memudaratkan badan. Jadi bukan nak promote tapi sebagai produk yang sudah 50 tahun di pasaran, jika benar ESP Shaklee memudaratkan badan semestinya dah lama ia dikeluarkan dari pasaran. Jadi fikir-fikirkan lah. Jangan terlalu percayakan cakap orang. Sebaiknya buat kajian sendiri.

Anda akan lebih yakin bila anda sendiri yang mencari jawapannya.




Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

9 October 2014

10 Perkara Tidak Patut Dilakukan oleh Penduduk Kolej / Asrama / Mahallah

Credit picture : Haneesah Ghazali

10 PERKARA TIDAK PATUT DILAKUKAN OLEH PELAJAR YANG TINGGAL DI KOLEJ

Kita tahu mana-mana universiti ada menyediakan kemudahan kolej bagi pelajar-pelajar baik lelaki atau perempuan. Namun kebanyakan pelajar tidak begitu menghargai kemudahan ini lebih-lebih lagi dalam soal penggunaan tandas/bilik air di kolej. 
Jom kita lihat apa 10 perkara - bagi pelajar-pelajar untuk JANGAN BUAT!!

1) JANGAN meninggalkan bekas/pinggan/mangkuk kamu di sinki, Lebih-lebih lagi siap dengan sisa makanan atau takungan air. Ini boleh mendatangkan bau yang tidak menyenangkan bagi pengguna sinki yg lain terutama ketika mereka menggunakan sinki utk memberus gigi.

2) JANGAN buat tempat membasuh baju seperti kamu yang punya. Konon mahu membasuh baju, di 'book' nye ruang mencuci dengan menyusun kesemua baldi yang ada, botol sabun size XXXL dan 3 gunung timbunan baju, sedangkan bukan mahu membasuh waktu itu juga,siap masuk bilik semula sambung layan movie.ish ish ish jgn buat ye!

3) JANGAN calit tahi hidung di dinding ketika anda sedang membuang air besar atau sedang mandi. Jangan terkejut memang ada yang buat! Agaknya bosan tak tahu nak buat apa ketika membuang, jd aktiviti korek hidung di jalankan. Tak salah pun, malah membersihkan hidung itu kan bagus, membantu bulu hidung menapis kotoran spt debu atau kuman dengan lebih 'effecient' . Tapi jangan la sibuk calit kat dinding, tak baik potong mood org lain masa tgh buang air ternampak calitan tahi hidung kamu!

4) JANGAN menggunakan bilik air atau tandas terlalu lama. Lebih-lebih lagi ketika kamu tiada kelas pun waktu itu, tapi mandi macam nak pergi kelas 3 hari dan tak balik-balik kolej lagi, atau buang air sambil cari ilham cipta lagu baru. Kesian orang lain yang nak pergi kelas, masa habis menunggu bilik air/tandas kesukaan digunakan oleh kamu terlalu lama!

5) JANGAN meninggalkan pakaian kamu di dalam tandas/bilik air. Kamu telah mengambil ruang org lain untuk menyangkut towel dan pakaian mereka. Juga mengganggu pandangan mata melihat hiasan yang tak berapa kreatif tu.don't don't don't!

6) JANGAN meninggalkan gulungan pad (bg pelajar wanita) di dalam tandas/bilik air. Semua penghuni kolej berhak mendapat persekitaran tandas/bilik air yang bersih.Angkat dan buang di tempat yang betul > Sanitary Bin

7) JANGAN meninggalkan sisa muntah atau kahak kamu di dalam sinki. Bertanggungjawab lah dengan apa yang lakukan. Pandai muntah, pandai la bersihkan semula!

8) JANGAN biarkan dinding bilik air dipenuhi dengan percikan buih-buih dari sabun mandi atau shampoo kamu. Siram lah dengan air sebelum kamu keluar meninggalkan bilik air apabila kamu sudah selesai mandi. Check keadaan sekeliling, pastikan kamu meninggalkan bilik air dalam keadaan yang 'CLEAN' sepertimana yg kamu juga inginkan ketika mahu menggunakannya.

9) Apabila menggunakan ruang ampaian baju, JANGAN pandai-pandai mengalihkan baju/pakaian orang lain demi menggunakan ruang tersebut untuk menyangkut baju sendiri. Orang lain pun nak keringkan baju jugak!

10) Apa pun kemudahan yang telah disediakan oleh pihak kolej, JANGAN buat mcm semua kamu yang punya. Hormati penghuni lain sebab bukan kamu sorang je yang bayar yuran kolej, ingat ye!

Semua jenis-jenis orang yang buat perkara di atas,
Rasa macam semua dah jumpa.
Jangan buat ye adik-adik :)

Sekian,
Pesanan Khidmat Masyarakat Ini dikongsi bersama oleh,
Bekas Penghuni Blok G Mahallah Asiah, UIAM.


Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

7 October 2014

Langkah Aku

Langkah Aku.
Aku harap ia diredhai.
Oleh Tuhan.
Oleh ayahanda dan bonda.

Langkah Aku.
Bukan satu pelarian.
Ia pengorbanan.
Agar aku tidak terus terluka mahupun melukakan.

Langkah Aku.
Serong dari mata orang-orang.
Terpesong mengikut kata orang-orang.
Takkan pernah aku kisahkan.

Langkah Aku.
Mencari erti kehidupan.
Memperbaiki kesilapan.
Meneropong kisah alam.

Langkah Aku.
Bukan satu pelarian.
Ia pengorbanan.
Yang tiada siapa tahu erti yang tersimpan.

Nadia Syakila
Batu Anam, Segamat.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

3 October 2014

Soya Bahaya ? Shaklee ESP Ada Soya !


CREDIT INFORMASI : LIFEFIT.MY


Assalammualaikum, 

Salam sejahtera orang kampung !
Again, ceritanya - hari ni saya nak mengomel dan berkongsi cerita mengenai SOYA.
Isu ini boleh dikatakan dah lama dah pun, tapi pada yang mungkin belum tahu. 
Ni Nadia nak cerita lah ni. Kita kongsi Ilmu sama2 okeh ! 

Bila cerita soya ini berbahaya tersebar. Semua barangan soya turut terkena tempiasnya, salah satunya TEMPE (still orang makan kan) dan ESP SHAKLEE yang best tu !

Apa manfaat ESP SHAKLEE ? ------ > SINI

Apa beza GMO dengan Non-GMO?
Kepada yang belum tahu GMO adalah singkatan kepada Genetically Modified Organisms. Ia bermaksud organisma (baik haiwan mahupun tumbuhan) yang sudah diubah kandungan genetiknya oleh manusia. Tahukah anda hampir kesemua produk makanan yang kita ambil seharian sebenarnya adalah produk GMO? Kenapa?

Sebab kita perlukan makanan lebih banyak dari yang pasaran sedia ada mampu bekalkan. Jadi pakar-pakar industri pemakanan terpaksa ubah genetik tumbuhan/haiwan supaya tanaman cepat masak, buah lebih besar, kandungan minyak lebih banyak, haiwan cepat matang dan macam-macam lagi. Jadi takde lah nak berlaku krisis kekurangan makanan.

Maka soya juga tidak terkecuali. Malah pada tahun 1999, satu kajian membuktikan pengambilan soya boleh mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung. Maka semenjak itu, permintaan soya melanjuk naik lebih dari yang mampu dibekalkan oleh pengusaha soya. Maka disebabkan permintaannya yang tinggi dalam industri makanan, minyak, farmaseutikal dan sebagainya, 96% soya di dunia adalah soya GMO. Boleh dikatakan semua produk soya yang anda ambil seharian adalah soya GMO kecuali anda memang beli soya yang bertanda ‘Organik’ atau ‘Non-GMO’. Non-GMO ini bermaksud ‘Non-Genetically Modified Organisms’ di mana kandungan genetiknya tidak pernah diubah oleh manusia.

Kenapa saya bercerita pasal GMO dan non-GMO ni? 
Anda kena faham perbezaan dua jenis soya ni barulah boleh terima akal apa yang saya nak ceritakan seterusnya. Jadi setelah saya menjelajah dari website ke website, saya setuju yang soya memang boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan badan jika
Produk soya yang dimakan seharian itu adalah GMO soya
Produk soya GMO dimakan dalam kuantiti yang terlalu banyak setiap hari

Untuk point 1, disebabkan majoriti besar soya adalah GMO dan tak mustahil apabila kita sudah ubah genetiknya, akan berlaku kesan sampingan pada tubuh kita. Ya lah, dah kita ubah kejadian Allah mestilah ada kesannya kan? Tapi menurut kajian pakar juga, peluang untuk berlakunya perpindahan DNA dari soya GMO ke tubuh manusia yang boleh menyebabkan soya bahaya pada kesihatan adalah sangat rendah dan hampir tiada. Itu kata pakar lah ya di mana anda boleh rujuk sendiri di Genetically Modified Soybean.

Tentang point ke-2 pula, sedangkan Islam sendiri pun menyuruh umatnya bersederhana dalam pemakanan. Setahu saya apa sahaja makanan pun kalau diambil berlebihan sememangnya akan memudaratkan badan kita. Jadi kalau ada yang memang makan bergelen-gelen soya GMO setiap hari, memang logik lah anda berisiko tinggi mendapat penyakit-penyakit yang dikaitan dengan soya tu. Tapi ada ke orang makan atau minum soya bergelen-gelen setiap hari? Rasanya tak ada kot.. kan????

Benarkah soya melemahkan kejantanan lelaki?
Soalan yang begitu hangat, sampaikan saya pernah dengar orang kata jangan makan soya nanti jadi pondan.. Huk aloh !
Ada yang berpendapat soya membekalkan phyto-estrogen di mana ia boleh melemahkan kejantanan lelaki (dalam erti kata lain lelaki jadi pondan). Jadi ramailah ibu hamil yang takut nak minum sebab takut nanti keluar baby boy jadi lembik. Phyto-estrogen adalah sejeniskomponen daripada tumbuhan yang seakan-akan hormon estrogen dalam tubuh manusia. Jadi anti-soya berpendapat pengambilan soya akan menyebabkan lambakan phyto-estrogen dalam badan. Bila estrogen tinggi, maka hormon perempuan lebih tinggi menyebabkan lelaki jadi lembut a.k.a pondan.

Tetapi ia sentiasa patah balik pada kuantiti. Jika anda ahli bina badan (body builder) sememangnya anda perlu kurangkan produk soya atau sebarang produk yang boleh bekalkan phyto-estrogen kerana ia boleh mengganggu hormon maskulin yang anda perlukan. Malah ramai body builder berpendapat ia menggangu otot. Tapi jika anda lelaki biasa yang cuma minum soya pada kadar sederhana rasanya takde lah sampai jadi lelaki lembut. Begitu juga untuk ibu hamil. Apa-apa pun pilih soya non-GMO dan ambil kuantiti pada sederhana.

Dan apa yang anda perlu tahu juga, pengambilan phyto-estrogen dalam kuantiti sederhana bermanfaat besar dalam mengurangkan risiko kanser terutama kanser payudara, sakit jantung, diabetes, strok, obesity dan banyak penyakit lain. Jadi takde lah soya ni bahaya pada kesihatan 100% kan? Boleh rujuk kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.

Soya mengganggu sistem pembiakan lelaki dan wanita?
Isu ini timbul disebabkan kandungan phyto-estrogen di dalam soya. Memandangkan phyto-estrogen adalah komponen dari tumbuhan yang serupa dengan estrogen (estrogen-like compounds), maka phyto-estrogen akan melekat pada reseptor estrogen dalam tubuh manusia. Jadi ini menghalang estrogen yang sebenar untuk melekat bagi menjalankan fungsinya dalam tubuh manusia. Isu ini sebenarnya 50-50 (ada betul dan ada salah).

Menurut pembacaan saya pada lelaki, risikonya tinggi jika soya yang diambil adalah soya GMO dan diambil pada kadar berlebihan. Pada wanita pula ia bergantung kepada banyak faktor. Ada kajian menunjukkan pengambilan soya (pendapat saya soya biasa yang GMO) pada kadar tinggi dari usia kecil boleh mengganggu. Tetapi pada wanita yang sudah dewasa ia sebenarnyamembantu melambatkan menopouse dan osteoporosis. Tapi seperti biasa mestilah dalam kadar sederhana dan ambillah soya non-GMO untuk lebih selamat kan. Boleh rujuk kupasan kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.

Soya menyebabkan kanser?
Ini juga disebabkan kandungan phyto-estrogen di dalamnya. Dan ini juga 50-50. Berdasarkan kajian pendedahan pada phyto-estrogen dalam kadar yang tinggi dan berterusan boleh meningkatkan risiko kanser terutama kanser payudara. Tetapi kajian juga menunjukkan pengambilan soya dalam diet harian berupaya mengurangkan risiko kanser. Ini juga selari dengan banyak kajian yang dilakukan di kalangan orang Asia yang rata-rata mengamalkan produk soya dalam diet harian. Jadi pendapat saya seperti biasa berbalik kepada apa yang Islam suruh. Bersederhana dalam apa jua yang kita ambil. Dan paling penting pastikan soya itu non-GMO. Sememangnya banyak kajian menunjukkan phyto-estrogen berupaya mengurangkan risiko kanser terutama kanser payudara. Boleh rujuk kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.

Soya mengandungi heavy metal toxic, natural toxin, gaitrogen dan bahan kimia lain yang bahaya pada kesihatan?


Ya, yang ini saya setuju sangat soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk mengamalkan produk soya GMO. Yang memang dah diubah genetiknya, dan diberi pelbagai bahan kimia lain supaya cepat masak, saiz lebih besar, lebih banyak minyak dan sebagainya. Dan ya, saya juga setuju soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk mengamalkan produk soya GMO yang diproses seperti kebiasaan iaitu menggunakan alkohol dan mudah dicemari dengan bahan kimia lain. Jadi isu ini boleh dielakkan jika anda pilih produk soya non-GMO yang diproses tanpa alkohol dan bahan kimia.

Soya bahaya pada kanak-kanak?

Memang ada yang timbulkan isu ni dan melalui pembacaan saya, pemberian susu formula berasaskan soya secara berterusan pada bayi sememangnya mendatangkan kesan sampingan pada kesihatan anak. Menjadi trend semasa untuk berikan bayi susu formula berasaskan soya kerana dikatakan susu dari susu lembu tinggi lemak, gula dan sebagainya. Tapi sebenarnya tidak ada beza pun. Nak yang terbaik? Berilah anak anda susu ibu kan… Menurut kajian, antarakesan sampingan yang timbul adalah tempoh haid dan senggugut yang lebih panjang dan berisiko tinggi untuk menghidap ‘uterine fibroid’ (fibroid di uterus). Boleh rujuk ulasan kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens. Tapi kalau sekadar beri soya sebagai sebahagian dari diet harian, tak sama macam beri susu formula kan?? Jadi pada saya soya bahaya pada kesihatan kanak-kanak jika diambil pada kuantiti sederhana dan amalkan non-GMO soya.

Jadi harap sedikit sebanyak terjawab isu soya ni? Tidak perlulah nak ditakutkan sangat dengan soya. Walaupun saya setuju point ramai orang yang mendakwa ia dakyah Yahudi gembar gemburkan kehebatan soya ni, tapi pada saya sebagai salah satu tumbuhan yang diciptakan Allah, ia ada khasiatnya pada tubuh manusia. Tapi saya juga setuju, ada jenis kacang soya bahaya pada kesihatan. Cuma kalau nak 100% selamat pilihlah soya non-GMO dan ambillah dalam kuantiti sederhana. Betul tak tuan-tuan dan puan-puan??? Tapi ini cuma pendapat peribadi saya berdasarkan kajian dan pembacaan saya.

Dah tu, SOY ENERGIZING PROTEIN SHAKLEE selamat ke tak ni ?
Saya akan kupas esok dan UPDATE linknya disini..































Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila.blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign