Followers

11 January 2015

10 Makanan Meningkatkan Kesuburan Lelaki

TAHUKAH ANDA?
Bilangan sperma - keupayaan sperma begerak - bentuk sperma
adalah antara faktor penting dalam menentukan tahap kesuburan seorang lelaki !

Bilangan sperma (Sperm Count) merupakan antara faktor terpenting dalam menentukan tahap kesuburan bagi seorang lelaki. Kajian menunjukkan lebih dari separuh masalah kesuburan dalam sesebuah pasangan berpunca dari bilangan sperma yang kurang dari tahap normal. Menurut Organisasi Kesihatan Sedunia, (World Health Organization, WHO) bilangan sperma yang normal adalah sekurang-kurangnya 15 juta sperma per ml air mani.



Antara faktor lain selain bilangan sperma yang turut menyumbang kepada kesuburan lelaki adalah motility (Keupayaan sel untuk bergerak sendiri) dan morfologi (bentuk) sperma, serta isi padu, tahap kepekatan fructose, dan pH air mani.

Faktor penyumbang kekurangan bilangan sperma
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada penurunan bilangan sperma seperti factor luaran, gaya hidup, dan perubatan. Antaranya :

1. Pengambilan dadah seperti cocaine dan marijuana
2. Alkohol
3. Penggunaan computer riba di atas riba dalam jangka masa yang panjang
4. Duduk terlalu lama, seperti memandu dengan jarak jauh, atau berbasikal terlalu lama
5. Merokok
6. Tekanan
7. Obesity
8. Faktor medical seperti ‘varicocele’, keradangan pada testicles dan prostate, masalah ejakulasi, anti-sperm antibodi, tumor, ketidak seimbangan homon, gluten intoleance dan kesan sampingan beberapa jenis ubat.

Seriau kan?
Haaa, jauhi aktiviti yang dilarang oleh agama tu tau. Ada hikmah, inshaAllah.
Yang selainnya, yang mana kita tak boleh elak, apa kata kita cuba bantu mencegah dengan pemakanan tambahan secara semulajadi.

Namun begitu, senaman dan pemakanan yang sihat boleh membantu anda untuk meningkatkan bilangan sperma. Antara makanan yang boleh diamalkan untuk meningkatkan bilangan sperma antaranya :

Buah pisang

Buah pisang sangat berkesan dalam meningkatkan bilangan sperma. Pisang mengandungi Bromelain, sejenis enzyme yang turut terdapat dalam buah nenas (terutamanya pada bahagian tengah buah). Bromelain adalah enzyme anti-inflamatory semula jadi yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran testosterone (hormon sex lelaki).

Buah pisang juga kaya dengan vitamin B1, A, dan C, yang penting dalam penghasilan sperma yang baik.
Coklat (Dark chocolate)
Coklat sememangnya mempunyai pelbagai khasiat terhadap tubuh badan. Coklat mengandungi L- arginine, sejenis amino asid yang yang diperlukan oleh tubuh badan dalam penghasilan sperma. Coklat dapat meningkatkan bilangan sperma dan isi padu air mani.

Menurut sebuah kajian dari The University of Michigan Health System, pengambilan L-arginine sebagai suplemen tambahan dalam beberapa bulan dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma.

L-arginine juga boleh menyebabkan pengembangan salur darah (vasodilation), yang meningkatkan aliran darah pada alat sulit dan seterusnya membantu dalam proses ereksi.


Bawang putih
Bawang putih mengandungi oxide synthase (NOS) yang merupakan bahan yang memainkan peranan yang penting dalam ereksi. Bawang putih juga mengandungi selenium dan vitamin B6 yang penting dalam penghasilan sperma yang sihat.


Buah delima
Buah delima mengandungi bahan anti oksida yang dapat melawan malondialdehyde (MDA), sejenis bahan kimia dalam salur darah yang boleh membunuh sel sperma. Malondialdehyde ini juga terdapat dalam air mani, yang menunjukkan sperma kurang berkualiti.

Kajian terbaru yang telah diterbitkan dalam International Journal of Medical Research and Health
Sciences (2013) telah membuktikan merokok boleh meningkatkan tahap MDA dalam air mani dan mengurangkan bilangan sperma.

Sebuah lagi kajian yang telah diterbitkan dalam Clinical Nutrition Journal menunjukkan pengambilan jus delima setiap hari boleh memusnahkan radikal bebas (free radical) dalam badan dan dapat meningkatkan quality sperma.


Daging (merah)
Daging mengandungi zat sepeti zink yang membantu menghalang radikal bebas (free radicals) dari menjadi sebahagian dari sperma, yang akan mengurangkan kualitinya. Zink juga membantu testosterone dari bertukar kepada estrogen yang akan mengakibatkan kurang nafsu syahwat.

Menurut Mayoclinic, pengambilan sebanyak 66 mg zink setiap hari dapat meningkatkan bilangan sperma dalam lelaki yang separa subur (subfertile) dan 220 mg sehari dapat membantu mengurangkan masalah mati pucuk dalam kalangan lelaki.


Notakaki Nadia :
Shaklee pun ada Zinc Complex, ya Allah.. mudahnyaaa ! 


Kacang Walnut
Selain mengandungi arginine (lihat coklat), kacang walnut juga mengandungi asid lemak omega-3 (Omega-3 fatty acids) yang dapat membantu meningkatkan aliran darah ke arah zakar. Selain itu, kacang walnut mengandungi anti oksida sebanyak dua kali ganda berbanding kacang-kacang yang lain.

Notakaki Nadia :
Omege guard ! Pop out !


Bayam
Terdapat banyak kandungan falic acid dalam bayam yang boleh membantu meningkatkan kuantiti sperma. Bahan ini juga mampu membantu menghasilakn sperma yang sihat dah tinggi motilitinya.

Notakaki Nadia :
Nak solusi lain ? Ambillah B - Complex Shaklee ! Sehari sebiji je !


Salad buah
Buah-buahan seperti oren, strawberry, ceri, dan beberapa lagi buah-bauahan yang tinggi kandungan anti-oksidan sangat berkesan dalam meningkatkan bilangan sperma. Dengan pengambilan salad buah, kita dapat menyerap kesemua nutrient yang terdapat dalam buah-buahan tersebut sekaligus. Dengan menjadikan buah-bauahan sebagai sebagai makanan harian, ia boleh menghalang sperma dari dirosakkan oleh radikal bebas. Air mani lelaki yang mengambil sehingga 1000 mg vitamin C setiap hari dapat meningkatkan motility sperma dan seterusnya dapat meningkatkan peluang berlakunya proses persenyawaan. 

Nota Nadia :
Wah ! Sebiji Vita C Shaklee bersamaan 1000 mg vitamin C.
Sebiji Vita C Shaklee, hanya RM 0.50 sen sehari. aiiisssshhh.....



Telur
Telur dapat membantu meningkatkan bilangan sperma dan memperbaiki kesuburan. Telur kaya dengan kandungan vitamin E, dimana kekurangannya boleh menyebabkan berlakunya kemerosotan tisu buah zakar.

Kesan anti-oksidan vitamin E juga dapat menghalang kesan negative radikal bebas terhadap sel sperma dan telur (ovum). Oleh yang demikian, vitamin E ini dianggap antara nutrient yang terpenting untuk meningkatkan kesuburan. 

Nota Nadia : 
Patutlah VITA E COMPLEX adalah vitamin wajib yang perlu ada dalam set kesihatan lelaki. Series, better ambil suplemen je kan, kulit pun cantik dan membantu dalam merangsang hubungan suami isteri :) 


Air kosong
Cara yang paling mudah untuk meningkatkan bilangan sperma adalah dengan minum air yang mencukupi setiap hari. Ia sangat penting bagi memastikan tubuh badan anda sentiasa terhidrat bagi meningkatkan fungsi sel-sel dalam badan, termasuklah sel sperma. Bilangan pengambilan air yang mencukupi adalah antara 8 hingga 10 gelas air kosong setiap hari.

------------------------------------------------

Daftar kata :
1) Ereksi
Keadaan zakar yg membesar, mengeras dan menegak apabila bangkitnya nafsu syahwat.
2) Ejakulasi 
Pancutan air mani pada saat puncak seksual lelaki.

Sumber:
Thenaturesfarmacy. (2014 March 5). 10 Foods that Increase Your Sperm Count.

------------------------------------------------

With love,

Nadia Syakila
Happy working at home wife
013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com


♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

No comments:

Post a Comment

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign