Followers

27 January 2015

Dapur Nadia #1 Roti Arab

Assalammualaikum,
Apa khabar donia.. cewah ! Happy nampak ye?
Alhamdulillah.

Hari ni, pagi - pagi ni.
Nadia nak terus share pasal makanan.
Haaa, jangan krik krik sudah perutnya ye.

ROTI ARAB AKA ROTI PURI
Pernah dengar ?
Pernah makan ?

Kalau dulu masa kat UIA, memang femes roti ni.
Ada abang tu jual kat pasar malam, sekeping RM1 bersama dengan kuah kari marbeles sedap terbaik daripada ladang.

Menu simple, makan dengan sambal tumis pun jalan kott.
Jom kita buat sendiri roti arab nih.

Ok, apa bahan dia ?

500 GRAM TEPUNG GANDUM
2 SUDU BESAR MARJERIN / PLANTA
2 SUDU BESAR MINYAK MASAK (dipanaskan dulu)
2 SUDU BESAR GULA
GARAM SECUKUP RASA
AIR SUAM 350 ML
1 SUDU KECIK YIS (masa nadia buat ni letak tapi better tak payah)

Caranya ?






















PERTAMA
a) Masukkan tepung dalam bekas
b) Bancuh air suam bersama marjerin , garam , gula sampai larut
c) Campur semua bahan termasuk minyak masak
d) Uli sampai sebati
e) Biarkan selamat 30 minit

KEDUA
Bulat - bulatkan doh , ikutlah nak besar mana. 

KETIGA
Canai doh sampai nipis.
Jangan nipis atau tebal sangat, yang sedang2 saja.

KEEMPAT
Pastikan minyak masak banyak dan betul betul panas.
Masukkan roti kemudian tunggu dia gelembung dulu baru terbalikkan.

---------------------------------

Tadaaa, siap !
Boleh dimakan bersama kuah kari,  asam pedas dan sambal tumis !







Eh, eh.
Ada Lecithin?
Lecithin tu wajib la.
Sebab ada marjerin bagai dalam ni, nadia dan suami macam mengembang dengan sempurna je gayanya.

Jadi, wajib bakau lemak dengan Lecithin !





Dengan cinta,
Nadia Syakila
Happy working at home wife
Facebook : Nor Nadia Syakila
013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com


♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

No comments:

Post a Comment

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign