Followers

9 January 2015

Love Story : Mat Dya | Part 1

Bismillahirahmanirahim.
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Semoga kalian yang sedang membaca dalam keadaan sihat serta ceria.

LOVE STORY : MAT DYA | PART 1

DISCLAIMER - Entri hari ini dan setiap entri seperti tajuk di atas adalah satu kisah cinta yang mungkin boleh dikatakan sebagai syok sendiri. hahah ! Cerita cinta saya dan suami.
Jadi, kot - kot lah terover nanti ! 

Kenapa nak diceritakan ?
Sekadar ingin berkongsi rasa gembira dan kisah kami bersama kalian.
Yang baik , di jadikan teladan. 
Yang buruk , di jadikan sempadan.
Deal ? Sila tekan butang [x] dengan pantas, sekiranya tidak mahu melayan filem cinta antara labu dan chipsmore ini . hahah !

---------------------------------------------------

MEI 2008
Bulan yang cukup menerujakan, sebab nadia diterima masuk UIAM (CFS). 
Padahal waktu ni, nadia sedang mengambil SIJIL TINGGA AGAMA MALAYSIA di Kelantan.
Ok, itu cerita lain - nak bukak satu rahsia, nadia ni daripada sekolah memang seorang CHATTER TEGAR. Tapi masa tu, tak pandai komputer - komputer macam sekarang.

Medium paling best pada waktu itu adalah chatting Celcom. 
Sampai sekarang ada lagi kot, try check bahagian 'Social Chat'

Nak dijadikan cerita, walaupun nadia chatter tegar tapi nadia tak layan private msg ni.
Borak ramai - ramai, baru syiok. Borak punya borak, sampailah satu situasi dimana ;

Nadiasyakila                         : bla.. bla.. bla.. ASTAGA !

Labu (nickname dia)            : Nak sebut tu bagi lah habis - habis, astaga2x.
Nadiasyakila                         : dah kau labu kenapa ?

Dan keadaan bergaduh ini berterusan selama beberapa jam.
Sampai satu masa, we decided to sambung gaduh kat luar !

* mungkin taktik dia - hahaha !

We changed phone no dan teruskan bergaduh sehingga seminggu lamanya.
Kemudian, decided untuk berdamai dan berkawan macam biasa.

Seriesly, kawan betul2 biasa sampailah raya aidilfitri 2008.

Nadia pernah cakap dengan dia dalam seloroh, 
KAU NI KALAU BAGI FREE PUN AKU TAK NAK - and now he is my husband !
Padan muka kau, Nadia. hahaha !


OGOS 2008
Again, we decided untuk tengok siapa di sebalik penulis sms tegar dan kaki gaduh.
Dia hantar sekeping gambar berdua, dah suruh nadia pilih. hadoi ! cuak !
Dan nadia pulak minta dia bukak , my blog untuk cari yang mana satu nadia.

Ha, korang pulak teka - yang mana satu?
















Masa ni, series tak takut kalau dia tengok nadia ni bam bam aka gemok ke apa.
Kawan kot, jadi ada aku kisah ? Walaupun sebelum ni ada pengalaman perit sebab direjek sebab kondisi badanku yang comel. Ah ! Cerita lama, tutup buku dan kasi campak dalam laut :)

Selesai bab tukar gambar, dan kami masih berkawan macam biasa.
Nadia dengan sikap chipsmore nadia, mesej2 terus hilang.


OKTOBER 2008
Dapat 1 sms terkejut beruk. Nak bercinta , nak jumpa mak ayah raya nanti.
Gigil waktu ni dan memang terkejut. Dalam hati ni berkata - kata ;

Budak ni rabun ke apa, tak nampak ke anak gajah secomel - comelnya ni.
Aish, musykil. Dan terus pop - out satu idea.

Dah dia nak, kita bawak saja jumpa mak ayah raya nanti.
Tengoklah macam mana. Kalau ok, ok je la.

DECIDED !

Hari yang dinanti tiba, raya keberapa tak pasti.
Ditemani sahabat baikku, Syuhaidah - kami pun bertemu dan terus bawak balik rumah.
Pucat lesi kulit cokelat manggis suami nadia tu bila berborak dengan ayah.

Mak sangat menyerikan suasana.
Sebaliknya ayah memang sador dan takda perasan masa tu.

Makan - makan sudah, borak - borak sudah.
Dia tanya soalan maut kat ayahanda beta, ingin berkawan dan menyunting terus anakanda sang raja. pap ! lari sang puteri ke dalam rumah. ececeh !

Pendek cerita, ayah masa tu - tak izinkan nadia ada apa - apa ikatan.
Dia suruh kawan je lah senang cerita dan jangan berharap. 
Belajar dulu ! Dan jangan kacau anak pakcik belajar, ingat lagii.. haha !

Ending up, nadia berkawan dengan suami sampai lah Jun 2010 sehingga kami memutuskan untuk mengikat tali pertunangan pada Julai 2010.
Ada yang macam tak yakin, sebab kami jauh.
Seorang di Gemas N9 dan seorang lagi di Melaka / UIAM.

Alhamdulillah, ia bertahan. 
Tentang cabaran. Biarlah ia rahsia. Tetapi alhamdulillah, tidaklah melibatkan mana - mana pihak lain.

Alkisahnya, tamatlah sudah PART 1.
PART 2 akan nadia ceritakan sedikit sebanyak tentang PENANTIAN SUATU PENYEKSAAN selama 4 tahun menanti untuk diijabkabulkan.

Syok ke baca?
So stay tune for another love story.
Doakan kami !

----------------------------------------------------

With love,
Nadia Syakila
Happy working at home wife
013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com


♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

2 comments:

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila.blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign