Followers

7 January 2015

Memahami Kitaran Haid Wanita

Assalammualaikum Wbt,
Selamat rakan blogger dan rakan nadia yang tersayang.
Macam mana hari kalian anda ? Semoga Allah mudahkan urusan korang tau.
InshaAllah, Allah akan mudahkan. Terus berdoa tanpa putus asa ok.

Baiklah, 
Hari ni nadia nak share lagi ilmu yang nadia pernah belajar satu ketika dulu.
Dan hari ini nadia nak buat revision balik.

MEMAHAMI KITARAN HAID WANITA
Ini adalah salah satu isu / perkara yang penting bagi setiap wanita.
Nadia dulu masa anak dara, selalu juga didedahkan dengan perkara - perkara sebegini, 
tetapi sokmo buat bodo deng je. Yelah, anggap macam tak penting.

Tapi ianya SANGAT PENTING ye adik - adik semua.
Nak - nak bila kita dah kahwin dan merancang kehamilan.
Untuk kaum lelaki juga, kena ambil tahu benda ni - at least untuk isteri dan anak - anak perempuan awak nanti !

Ok, apakah dia kitaran haid ini ?

Kitaran haid atau lebih di kenali sebagai menstruasi berlaku apabila seorang wanita mengalami pendarahan di faraj. 
Biasanya kitaran haid barbeza pada setiap wanita dan berlaku dalam jangkamasa 3-7 hari. Kitaran haid mengambil masa dia antara 21-35 untuk ke kitaran haid yang seterusnya.

Kitaran haid yang normal biasanya berlangsung selama 28 hari. Ada wanita juga yang mempunyaikitaran haid yang sangat pendek selama 21 hari sahaja dan sesetengahnya mempunyai kitaran haid sehingga 35 hari. Kitaran yang terlalu pendek atau terlalu panjang menunjukkan bahawa kitaran haid anda adalah tidak normal, segera la berjumpa dengan doktor anda untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.


FASA DALAM KITARAN HAID WANITA
Di dalam kitaran haid wanita ,terdapat beberapa fasa yang perlu anda ketahui

Fasa pertama

Hari 1-4
Fasa pengeluaran haid (darah)


Fasa ini hendaklah di catat kerana ia adalah permulaan dimana fasa in bermula. Seelok-eloknya jika anda ingin mengandung ia hendaklah di tanda kerana anda akan dapat mengagak berapa kitaran haid anda dalam masa sebulan.

Fasa kedua

Hari 5-13

Dalam fasa ini hormone estrogen wanita meningkat dan di panggil sebagai fasa collicular dimana darah akan semakin tebal di bahagian rahim sebagai persediaan untuk mengandung. Telur yang berada di ovari semakin matang di dalam bekasnya

Fasa Ketiga
Hari 14

Pada waktu ini proses ovulasi berlaku dimana telur akan keluar dari tempatnya untuk disebabkan hormone luteinizing (TH) yang meningkat secara mendadak. Pada fasa ini telur tersebut perlu disenyawakan atau sperma tersebut akan mati. 
Sebaliknya jika disenyawakan ia kan melalui saluran tiub fallopio ke rahim.

Fasa Keempat
Hari 15-28

Fasa luteal atau secretory dimana hormone progesterone akan dirembeskan setelah telur di keluarkan dari sarangnya dan ketika ini dinding rahim semakin menebal.Apabila tiada persenyawaan berlaku maka dinding rahim akan runtuh.


* Boleh tak ? Nadia sertakan gamba rajah untuk kefahaman yang lebih jelas



































Macam mana? Nadia harap jelas sampai sini.
Untuk anak - anak dara, anda perlu tahu dan faham kitaran haid anda.

Dan memastikan ia dalam keadaan normal.

Dan untuk mak - mak dara macam iols ni.
Kitaran haid ni sangat penting dalam merancang kehamilan.
Nanti nadia akan share lagi hasil bacaan nadia mengenai cara-cara mengesan waktu subur.

Stay tuneeeddd in nadiasyakila.blogspot.com

-------------------------------------------------------
Ada masalah period tak normal ? Usaha selesaikan masalah anda di SINI
Period ok tapi masih tak hamil ?  Ikhtiar secara semulajadi di SINI
-------------------------------------------------------


With love,
Nadia Syakila
Happy working at home wife

Shaklee Independent Distirbutor
ID 1028241  | 013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com


♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

No comments:

Post a Comment

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign