Followers

13 January 2015

Zuriat - Rezeki Yang Tertangguh














Assalammualaikum Wbt ;)
Hari ini terasa nak berkongsi dan terpanggil untuk cerita isu zuriat aka anak.
Alhamdulillah, dengan izin Allah - 17 Januari ni genaplah setahun nadia dah suami melayar bahtera rumahtangga selama setahun.

Alhamdulillah, kehidupan semakin baik dan tenang. Rezeki Allah yang tidak ternilai apabila ditambah lagi nikmat keluarga baru dan suami penyayang !


ZURIAT - REZEKI YANG TERTANGGUH
Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengharapkan zuriat, betul tak?
Macam tu juga nadia dan suami. 

Soalan demi soalan kerap di tanya dalam pelbagai versi ;
- Dah ada isi?
- Bila nak ngandung?
- Dah ada ke belum?

Biarlah pelbagai versi yang diberikan, mereka tetap bertanyakan maksud yang sama, bila kau nak bunting ?? heee. ada orang cepat terasa hati, ada orang rimas, ada orang tak kisah. Dan entri kali ini, bukanlah untuk mempertikaikan hal / isu orang yang bertanya.
Tapi nak bagi semangat kat bakal - bakal ibu solehah ni supaya BERGEMBIRALAH !
Jangan stress kan diri anda. Kita percaya dan beriman kan bahawa setiap PERKARA yang ALLAH jadikan ada HIKMAH. Kita beriman bukan?


BERSYUKUR, JANGAN KECEWA
Bersyukurlah, jangan kecewa. Kenapa kita melihat dan fokus satu kekurangan ini tatkala Allah dah beri 1001 nikmat yang lain. Cuba ambil iktibar dan semangat daripada kawan - kawan atau orang sekeliling kita yang mungkin lebih lama menanti cahayamata.

Alhamdulillah, sebelum kahwin nadia - nadia dah prepare otak dan pasak dalam fikiran mengenai semua ini. Sungguhpun adik beradik mak ayah dan nadia ramai - tetapi ada ahli keluarga yang mengalami rezeki yang tertangguh. Kakak dan abang nadia, menunggu 11 tahun untuk mendapat Shah Ammar Hariz dan sepasang lagi kakak dan abang nadia sedang menanti dan berusaha (dah masuk 6/7 tahun).

Bersyukur, walaupun masih tiada anak - kita ada suami , kita ada keluarga.
Fikir benda yang best - best. InshaAllah, bila kita gembira dan bersyukur Allah akan tambah lagi.


Pernah terfikir tak, memang ada orang dapat anak, tapi mungkin mereka ada kekurangan di aspek yang lain pulak. Haaaa.. kita nampak yang best - best je ye, yang tak best tak nampakk...

Ini untuk renungan kita bersama :)


MUNGKINKAH KITA BELUM LAYAK?
Soalan yang hanya kita mampu jawab sendiri.
Untuk menjadi ibu bapa yang baik tidaklah mudah. Mungkin Allah tangguhkan rezeki kita untuk mendapat zuriat kerana banyak lagi yang perlu diperbetulkan.
Mungkin dari segi ekonomi dan jati diri.
Mungkin juga dari segi kesungguhan suami isteri.

Hanya kita mampu menjawabnya.
Hanya kita.

Nadia pernah terdengar ceramah, nadia cuba cari video tapi tak jumpa.
Ustaz cakap, bersabarlah dengan penuh kepercayaan pada Allah, Allah akan bagi jika ia terbaik buat kita - dan saat dia beri, anak itu adalah sebaik - baiknya.

Haaa.. rasa sejuk kan?
Nak dapat yang terbaik , perlukan usaha dan kesabaran yang tinggi, sanggup tak?
Dan ingatlah, nikmat yang paling tidak terkira ialah nikmat ISLAM dan IMAN. ISLAM dan IMAN ini yang kita kena nakkk sangat dan inshaAllah, yang lain akan datang !

Para isteri dan bakal - bakal ibu.
Mari kita bergembira, jangan stress - stress.

Para suami dan bakal - bakal bapa.
Sokonglah isterimu, kerana kami sangat memerlukanmu.

Wassalam ;)

Notakaki : Nadia berdoa dapat baby tahun 2015 ni bersama dengan rezeki lain yang melimpah ruah ! Doakan ya !


--------------------------------------------

With love,
Nadia Syakila
Happy working at home wife
013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com


♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

4 comments:

  1. betul.Allah Maha baik.jadi marilah kite bersangka baik dgn Allah

    ReplyDelete
  2. Nice post. Blogwalking:) Do follow your junior. Hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay ! jumpaaaa junior.
      IIUM Garden Knowledge and Virtue

      Delete

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila.blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign