Followers

27 February 2015

Sakit Perut [1]

Assalammualaikum semua,
Apa khabar ? Nadia harap kalian semua dalam keadaan sihat walafiat.
Dan senantiasa ceria dalam apa jua keadaan. 

Alamak, hari tu cerita pasal najis.
Hari ni nak cerita pasal sakit perut pulak ke nadia?
Aahla, nadia nak cerita pasal sakit perut dan apa yang nadia lalui.





















Tapi just nak bagitahu korang bahawa jangan main - main dengan sakit perut ok.
Nauzubillah min zalik, kadang - kadang kita rasa sakit perut tu biasa je, tapi kerap berlaku dengan pantasnya sila pergi jumpa doktor.

Dalam nadia sakit perut ni, nadia banyak jugak google pelbagai info, 
dan banyak sangat versi sakit perut yang sebenarnya adalah penyakit kronik seperti kanser perut !

Hati hati tau !

==================================================

Alkisahnya,
nadia ni memang kerap sangat sakit perut.

sejak zaman sekolah, sebab perut sangat sensitip masa tu.
makan kari mamak memang konfem cirit birit dan muntah !

Kemudian,
sama jugak kalau makan pedas. 
Sebab nadia ni memang suka sangat makan pedas.

Nak cerita, 
sebulan lepas, nadia kerap sakit perut dan macam angin.
dah pergi klinik dan doktor cakap angin, still tiada perubahan.
minggu lepas, dalam 3-4 hari, 
terasa perut tegang dan penuh sampai ke ari - ari.
ditambah pulak dengan rasa ngilu di bahagian atas kemaluan.


Suami nadia risau sangat,
terus ambil pelepasan kerja dan bawa daku ke hospital. 

Lepas cerita dengan doktor semua, 
terus kena buat macam - macam test. 

UPT 
Darah 
Vaginal Swab

UPT 
Ok, mungkin belum rezekinya lagi, negatif.

Darah
Semua ok dan normal dan sihat lagi tau !

Vaginal Swab 
Keputusannya seminggu, VS ni untuk kesan kalau ada kuman kat bahagian bawah tu.
Tapi memang tak pernahla experience gatal-gatal semua.

==================================================

Jadinya,
masih tak tahu lagi sebab apa,
tapi ikut doktor dia still assume nadia ni gastrik.
Dapatlah ubat gastrik sebotol.

Nadia buat keputusan untuk makan jugak ubat gastrik warna putih tu,
then dalam masa yang sama ambil Peppermint Ginger Shaklee.
Alhamdulillah, rasa angin2 getting better.

Cuma rasa ngilu dan berat pada ari2 masih ada.
Kita tunggu keputusannya nanti. 

Tapi memang syiokkkk bila ambil Peppermint Ginger Shaklee tu,
perut rasa lapang dan angin keluar meletup2 !

Doakan nadia baik2 sahaja ok !
Till then, assalammualaikum.

Dengan cinta,
Nadia Syakila
Happy working at home wife
Facebook : Nor Nadia Syakila
013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com


♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

No comments:

Post a Comment

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign