Followers

31 March 2015

Belajar Syukur dari Buah Tembikai


Seorang lelaki soleh pulang ke rumah dengan membawa sebiji tembikai.
Dia membeli buah itu dari sebuah pasar. 

Isterinya membelah tembikai itu dan merasanya.
Isterinya berkata ; Tawar
Dan seterusnya si isteri berterus-terusan merungut.

Melihat isterinya yg merungut itu, suami berkata: 
Saya membeli tembikai itu dari pasar

Isteri: Saya tahu

Suami: Pada pendapat awak, semasa saya membeli tembikai tadi, saya nak yang manis atau yang tawar?

Isteri: Tentulah yang manis

Suami: Ketika penjual sedang menjual tadi, agaknya mereka nak menjual yang manis atau yang tawar?

Isteri: Tentulah mereka ingin menjual yg manis

Suami terus lagi bertanya: 
Ketika peraih ingin menjual kepada penjual di pasar, mereka agaknya ingin menjual yang manis atau yang tawar?

Isteri: Mesti yang manis

Si suami diam sejenak....
Kemudian dia menyambung ;
Ketika pekebun menanam tembikainya, adakah dia mahu tembikai yang tumbuh nanti manis atau tawar?

Isteri: Tentu yang manis, pastinya.

Suami: Ketika awak membelah buah ini tadi, awak inginkan yang manis atau yang tawar?

Isteri: Mesti saya ingin yang manis. Kenapa dengan semua soalan ini?


Orang soleh itu tersenyum pada isterinya. Lalu dia berkata:
Ketika semua orang inginkan buah yang manis, sebaliknya pula yang berlaku. 
Buah tembikai itu tawar rasanya!

Isteri orang soleh itu terdiam.

Marahkan siapa?

Jadi ketika awak marah tentang rasa tembikai yang tawar, awak sebenarnya marahkan siapa? Bukankah semua orang inginkan buah yang manis. Tetapi kuasa Allah memutuskan buah itu tawar rasanya, Jadi awak marahkan siapa? Marahkan saya yg membeli, atau penjual yang menjual atau awak yang membelah atau pekebun yg menanam? Atau Allah yang menentukan rasa tawar?

Adab ketika makan: Janganlah kita mengecam, mengutuk makanan walaupun makanan itu tidak sedap. Kalau kita tak suka, kita tinggalkan sahaja.

Pengajarannya: kita faham bahawa rezeki kita dapat yang manis atau tawar, sedap atau tidak, semuanya ditentukan Allah. Jika kita mengecamnya, ramai orang akan terasa hati. Mungkin emak atau isteri yang memasak terasa hati. atau mungkin ayah yang membeli terasa hati. Dan lebih-lebih lagi tanpa kita sedar, kita seolah-olah "mengecam" Allah yg mengurniakan rezeki itu kepada kita.

Jika kita tidak bersyukur dengan yang sedikit, mana mungkin kita akan bersyukur dengan yang banyak.

Semoga bermanfaat.
Semoga mendapat iktibar.

==========================================


♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

No comments:

Post a Comment

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign