Followers

17 March 2015

Review : Avon Master Cook

Assalammualaikum wbt,
Selamat malam warga dunia walau dimana pun anda berada.
Malaysia dah masuk tengah malam dah pun saat ni.

Ok, entri kali ni khas untuk orang puan kot.
Takpon lelaki yang suka masak memasak.

AVON MASTER COOK

Ha, rasanya semua tahu kan produk Avon..
Kalau dulu biasanya kalau sebut pasal Avon orang akan ingat minyak wangi dia, 
payung dia, beg dia dan banyak lagi  ~ sekarang ni boleh tambahkan pulak periuk belanga!

Pening - pening lalat macam mana rupa dia?
Nah tengok gambar ok.
Siap harga kalau korang nak beli sendiri kat Avon nanti.
Bawah ni katalog latest !
































Duta dia, tak lain tak bukan ialah Dr. Fazley.
Ok, apa kelebihan produk ni ea?

Macam biasa,
tak melekat macam periuk2 yg best yang lain.
tapi yang buat nadia tertarik ialah MULTIFUNCTION dia.

Yang jenis tak melekat tu satu hal.
Tapi jenis boleh buat kek, bakar roti, kukus dalam periuk ni yang buat den tergamam.
Rasa macam, uish ! ralatnya tak ambil. haha, orang pempuan kan!

Kata my jiran merangkap yang jual produk ni kat nadia.
Dia tak cakap je ok, tapi biasanya dia memang akan tunjuk demo,
nadia respek dia as bis woman sebab mmg kalau kita borak dgn dia,

memang boleh closed deal kot !

Berbalik pada apa yang dia kata ~
Ada dua je periuk ni, dah boleh buat macam2 dan dah cukup untuk nak mulakan hidup.
memang nampak macam mahal, dan memang mahal tapi berbaloi.

Ada ni, 
tak perlu oven, tak perlu pengukus, tak perlu pemanggang.
so kita dah save kan kat situ ?

Jadi secara rasminya,
13 / 03 / 15  ~ fry pan (28cm) dan wok (32cm) menjadi milikku,
alhamdulillah, nadia dapatkannya dengan hasil bonus Shaklee bersama komitmen jugop !
ala - ala macam main kutu tu.




Hari nadia try guna, goreng burung wak - wak.
Alhamdulillah, cepat dan mudah.
Basuh pun tak perlu guna berus ke apa, span je.

Memang rasa sayang kot nak guna, dush !
Dah kalau tak guna, takkan nak buat perhiasan ye dak?

Tak kisah la mana2 jenis periuk yang tak melekat, 
dia ada banyak cara penjagaan contohnya mcm ;

- jangan guna senduk / sudip besi
- letak minyak dulu before 1st guna
- bukak api sederhana / kecik 
(sebab bila dah panas, dia akan maintan je panasnya tapi tak hangus)

dan banyak lagi la.
senang cerita, ia senang dan mudah !

yang paling best, 
ada penanda kalau wok / pan kita ni dah panas dan ready untuk masak,
macam ni ;






















Alhamdulillah,
kalau mak sihat lagi ni, mesti mak suka beli periuk2 macam ni.
rindu nak tengok mak sihat, rindu masakan mak.
huhu ~ moga Allah permudahkan segala urusan mak !!

Jadi, 
korang rasa berbaloi tak dapat kan sebiji dua biji ?
haaaaa....

Dengan cinta,
Nadia Syakila
Happy working at home wife
Facebook : Nor Nadia Syakila
013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com


♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

No comments:

Post a Comment

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign