Followers

12 April 2015

Senang Aku, Susah Aku..

Assalammualaikum,

Hidup tak selalunya indah, 

Laut tidak selalunya tenang,
dan hari tidak selalunya cerah. 

Namun susahnya hidup, 
geloranya laut dan mendungnya hari,
bukanlah pencacat sebuah diari kehidupan. 

Ada cerita disebaliknya. 
Kita perlu bersedia untuk menghadapinya dan mencari maknanya supaya kita sentiasa ingat kepada Yang Maha Kuasa.

- Putaran Kehidupan






















Bila tengok bait atas kat atas, 
nadia termenung jauh teringatkan kehidupan nadia sepanjang 25 tahun ni.
Betullah kata orang, dunia ni macam roda ~ ada kala kita di atas, dan ada kala kita di bawah. Dan nadia rasa terpanggil untuk coret kan perkongsian tentang kehidupan nadia.

Nadia harap sangat, yang mana buruk jangan dicerca malah doakan nadia agar menjadi lebih baik dan jadikannya sebagai sempadan. Dan yang pasti, yang baik itu di ikutilah.
Nadia sekadar ingin berkongsi rasa dan pengalaman tentang kehidupan nadia yang sangat biasa ini dan InshaAllah, akan menjadi luar biasa nanti.

INTAN PAYUNG
Nadia adalah anak bongsu dan tunggal perempuan.
Sejak daripada kecil, mak dan ayah serta abang2 menatang nadia ibarat minyak yang penuh. Membawa ke alam sekolah dan terus bersambung ke alam universiti. 

Apa yang nadia nak, rasanya semua nadia akan dapat. Tak kisah lambat atau cepat.
Pasti dapat ! Best kan? Yang tak bestnya ialah dari segi menguruskan keewangan dan ekonomi, nadia memang boros dan tak pandai menyimpan.

Sampai ke alam universiti pun sama, pernah lah juga sementara nak tunggu ayah masukkan duit tu berpuasa dua tiga hari sebab ayah nak bagi pengajaran tapi tetap buat benda yang sama.

Sebab apa ye? Sebab nadia merasakan nadia ada tempat untuk bergantung. Anytime boleh minta duit kat ayah, topup kat abang - abang dan kebetulan pula semasa tahun akhir nadia ada buat perniagaan kecil - kecilan seperti tudung dan Shaklee (secara main-main), memang duit belanja mewah, tapi sekali lagi, bila kita tak uruskan keewangan dengan baik memang akan ada masalah jugak.

Tapi nadia tak risau, ayah kan ada..

HIDUP MACAM RODA
Semua berubah bila mak jatuh sakit, kesihatan mak semakin hari semakin berkurangan, bila mak tak sihat dan dibawa ulang alik dari rumah - hospital, duit simpanan yang mana ada pun semakin berkurangan dan tidak cukup. 

Tambahan lagi, angah nadia yang tinggal serumah juga ada masalah dalam perniagaan (kontraktor). Rumah masa tu di diami oleh 10 orang , walaupun masa ni nadia dah berkahwin, nadia masih tinggal di rumah mak ayah di Melaka. 

Kami betul2 kesempitan dari segi ekonomi, namun nadia, ayah dan angah tetap bersyukur sebab walaupun masalah yang datang bertimpa2 tetap ada jalan penyelesaiannya. Dan lagi pulak kediaman / rumah tidak disewa, kereta semua tiada hutang.
Hanya perlukan belanja seharian.

Dalam kesulitan Allah uji lagi, dalam fasa ini baru dapat tahu yang ayah ada gout. 
Bila gout menyerang, ayah memang duduk di rumah je. Tak boleh nak kesana kemari untuk tambah sumber pendapatan. Untuk pengetahuan ayah tidak berkerja tetap, ayah pandai dalam bisnes, tapi adat orang bisnes dan kerja sendiri ini kena bergerak kan.

Dan saat ini nadia ambil kata putus untuk cari kerja, Allah mudahkan.
Nadia berkerja sebagai pembantu tadbir di JRS Event dengan gaji (tempoh percubaan) RM900 sebulan. Dengan gaji nadia, nadia bantu ayah dan angah dalam perbelanjaan rumah, bahagian nadia bayar elektrik, bil tm, bil astro dan beli keperluan mak.

Masa ni nadia masih buat Shaklee juga, tapi memang tak konsisten dengan alasan tak sempat, huh ! sedih sangat bila dikenangkan padahal boleh je sebenarnya !

Selepas 3 bulan gaji nadia naik kepada RM1300 dan sekali lagi, bila gaji besar, nadia akan besarkan jugak portion untuk belanja rumah.

ANAK TAK GUNA
Sepanjang nadia kerja, mak dan ayah pernah dimasukkan ke hospital. Tapi nadia tak dapat jaga pun, sebab nadia berkerja. Kekangan masa yang gila - gila sebab nadia punya company adalah syarikat event yang weekend kebiasannya ada program.

Kalau nadia tak kerja, macam mana pulak nak bantu ayah dan angah kan?
Tapi nadia betul betul rasa useless, pernah satu malam tu, nadia menangis gila-gila sebab tak dapat nak jaga mak ayah dengan tangan sendiri.

Nadia nak bagi mak ayah kehidupan yang lebih baik, 
Dalam masa yang sama nadia nak jaga diorang ~ mana aku nak dapat peluang ni?
soalan yang nadia selalu akan tanya pada diri.

HIDUP BERDIKARI
Setelah 5 bulan berkerja, nadia mengambil keputusan untuk pindah ikut suami di Johor.
Kenapa ? Sanggup nadia tinggalkan mak ayah ? Sebab musabab tu, biarlah nadia dan suami simpan sampai mati :')  Dan inshaAllah, ia terbaik untuk semua :)

Awal bulan 11 nadia pindah ke Johor, niat di hati nak cari kerja untuk bantu ayah dan suami sekaligus tapi memang susah nak dapat kerja kat sini. Akhirnya satu peluang tiba, RM700 sebulan dan perjalanan tempat kerja dan rumah dalam 15 - 20 minit serta dalam keadaan kami yang hanya ada 1 pengangkutan. Serabut !

Kami putuskan untuk biarkan peluang tu,
Nadia pulak tanya pendapat pasal kerja pada kawan2 dan mereka cadangkan lebih baik nadia fokus berbisnes sebab nadia pernah dapat RM1500/sebulan hanya dengan bis Shaklee sebelum ni.
























Allah hadirkan idea dan hidayahNya, dan nadia ?
Nadia tanam azam dan tekad ! 

Walaupun pada awal 2 bulan pertama, kehidupan nadia dan suami ada ada dan tak da,
pernahkan sampai minum air kopi sahaja untuk menghilangkan lapar dan dahaga.

tapi kami tak pernah putus asa dan takkan putus asa.
Bukan sebab kami sendiri sebab kami ada mak ayah dan keluarga yang perlu nadia dan suami bantu !

dan selagi kami mampu, kami takkan susahkan orang lain :')

IBU BAPA DAN KELUARGA ADALAH BIG WHY KAMI !

Inilah keluarga nadia yang nadia sangat cinta, walaupun dari segi fitrahnya kami tiada pertalian darah, namun cinta dan sayang mereka kepada nadia lebih dari segala - galanya.

Mak dan ayah, moga Allah kayakan nadia. Moga Allah beri nadia masa !


Berjubah hitam adalah ibu yang telah melahirkan nadia, yang menanggung perpisahan saat nadia berumur 3 hari.
Berhempas pulas melahirkan nadia bertarung nyawa, banyak urat - urat ibu putus. Nadia nak bahagiakan ibu !
Mertua adalah umpama mak dan ayah nadia juga, sebab mereka lah telah membesarkan suami nadia yang baik, rajin dan penyayang ini. Nadia ralat sangat sebab arwah abah dah pun meninggalkan kami. Ada sorang je mak yang perlu kami jaga sebaik mungkin. Mak, nadia dan abang akan jaga mak sebaik-baiknya !







































CUKUP KE DENGAN BIS SHAKLEE?
Nadia dapat juga soalan2 macam ni daripada kenalan mahupun keluarga terdekat.
Yakin tak yakin je kan ? Alhamdulillah, nadia dah ada contoh terdekat, mak Shaklee nadia sendiri gaji dah lebih fresh grad degree, nenek Shaklee nadia sendiri bakal mencecah 10 angka. 

Kalau anda tengok mereka, memang sangat tekad orangnya.
Semua dijaga, amalan rohani, strategi. Sebab kita tahu kan, mana ada jalan mudah nak jadi senang ? mencuri yang berdosa tu pun perlukan rancangan yang rapi dan kemahiran.
Apa push factor mereka? Lebih kurang sama, keluarga, suami dan anak.


Berbalik semula, mencukupi dengan bonus Shaklee nadia daripada dua angka sampai empat angka sekarang, nadia dapat bagi mak dan ayah tanpa MISS !

Ingat lagi awal2 dulu, bonus Shaklee dalam RM30.
RM 10 topup untuk ayah, RM 10 untuk buah - buahan mak sebab mak suka makan buah.
RM 5 untuk belanja anak buah aiskrim dan RM 5 untuk nadia topup.

Tak banyak kan RM30 ?

Tapi cukup buat anak2 gembira, ayah berlinangan air mata dan mak jadi berselera.

Ini kan pulak peluang nak buat duit lebih banyak lagi terbuntang depan mata,
Nadia takkan biarkan ! Takkan , inshaAllah.

JANJI ALLAH ITU PASTI
Alhamdulillah ala kulli hal. Kehidupan nadia dan suami bertambah baik.
Suami dengan bisnes nya sambil berkerja. Dan nadia dengan Shaklee nadia ni. 
Man jadda wa jadda, Allah takkan ubah nasib kita kalau kita tak ubah sendiri kan?

Bisnes Shaklee menawarkan kebebasan keewangan dan kebebasan masa.
Bila - bila masa nadia nak balik Melaka atau Batu Pahat nadia boleh balik.
Nadia nak usaha untuk dapatkan kebebasan keewangan, biar nadia senang.

Senang nadia nak belikan mak ayah vitamin dan ubatan, 
Senang segala - galanya. Moga Allah bagi nadia kesempatan.
Antara impian terbesar nadia nak hantar mak dan ayah the best hospital yang ada,
nak bagi semua benda yang paling best dan yang terbaik.

Macam mak dan ayah beri nadia yang terbaik dalam dunia,
Tak kasi nyamuk pun gigit nadia, terbayang2 mak tak tidur bila nadia demam.
Allah, nadia kena berjaya dan kaya ! 

Dan Nadia boleh bantu abang2 nadia terutamanya Angah.
Yang belikan nadia segala keperluan belajar, baru cakap hari ni esok dah dapat.
Sampai mati nadia tak dapat balas jasa angah, nadia akan buat yang terbaik untuk anak2 angah nanti.

Kawan - kawan nadia yang nadia nak bahagiakan, kawan - kawan suami yang banyak membantu dalam arus bergelora dan badai kehidupan kami.

Dari yang mendoakan, memberi apa sahaja atau meminjamkan walhal 1 sen pun.
Semoga Allah membalas jasa kalian.

==========================================================

Allah, nadia tak boleh berlengah lagi.
Nadia wajib berjaya. Wajib !

Nadia nak mudahkan orang-orang yang macam nadia,
atau mungkin lebih susah dari nadia. I will !

Doakan nadia maju dengan bis Shaklee nadia.
Biar nadia dapat capai impian nadia dan dapat capai orang lain capai impian mereka.
Benarkan nadia.

#notakaki

Nadia sedang menanti bonus Mac lepas 4 angka untuk memberi manfaat pada orang lain, yeay ! alhamdulillah ~ dapat belikan mak Vivix yang best ni.

Nadia Syakila
Memberi Selagi Ada
Berdoa Selagi Bernyawa

Ingin menjadi luar biasa,
Bukan untuk dibanggakan, tapi untuk dimanfaatkan.

Salam sayang untuk anda semua, lillahi taala.




♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

3 comments:

  1. orang kata nak jadi yg sempurna itu susah..sbb no body perfect tp ckup asalkn kita xlupa tggjwb kita :)

    ReplyDelete
  2. inpiring.. jarang ank muda berfikiran mcm nadia tau.. nanny doakan yg terbaik.. moga bulan ni nadia effctve supervisor dan empayar proaktif terus berkembang!

    ReplyDelete
  3. bergenang air mata saya berkali - kali membaca entry nadia, perenggan by perenggan.
    saya tahu awak anak yang baik, saya dapat rasakan awak menulis segala isi hati awak dengan jujur. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik kepada kedua ibu bapa awak, adik beradik dan diri Nadia sendiri.
    Selamat maju Jaya Nadia ;)

    follower #422

    ReplyDelete

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila.blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign