Followers

3 April 2015

Tips Habiskan Bacaan Al Kahfi

Assalammualaikum,
Salam hari kames malam jumaat !
Korang, tahu tak yang surah Al Kahfi sangat dituntut untuk kita baca dan tadabbur apabila sampainya hari Jumaat ? Ada yang tahu, ada yang tak.

Takpe, jangan risau. 
Nadia pun baru jugak tahu masa belajar kat universiti dulu.
Tapi sangat jarang di praktikkan disebabkan surahnya terlalu panjang.
Jadi, kerap terlupa, ohhh ~ teruknya daku.
Tapi takpe, hari ni nadia share tips ok.

Sebelum tu,
Tahu tak apa kebaikan / fadhilat baca surah Al Kahfi ni?
Antaranya ialah dipancarkan cahaya pada dirinya di hari kiamat kelak, dari kaki hingga ke langit + diampuni dosanya antara dua Jumaat + diselamatkan dari fitnah Dajjal :)

Rugi kan kalau kita lepaskan peluang ni?
Jadi, jom kita follow tips macam mana nak habiskan surah Al-Kahfi ni.


Cara pertama : 6x Baca

Jumlah muka surat surah al-Kahfi adalah dua belas muka.
Kita digalakkan habiskan baca sebelum maghrib kerana masuk saja maghrib, sudah dikira hari sabtu bukan lagi jumaat. Jadi kita nak kejarkan fadhilat membaca hari jumaat, maka set target asar mesti dah settle. 

Waktu Subuh = 4 ms
Waktu Dhuha = 4 ms
Waktu Zohor = 2 ms
Waktu Asar = 2 ms

Siap !


Cara kedua : 4x Baca

Pecahkan kepada tiga bahagia, ikut waktu yang sama kena habis pada waktu Asar hari Jumaat, macam mana ea?

Kita bahagi 4 bahagian, mengikut 4 cerita yang terkandung didalamnya.

1) Ayat 1 - 31
2) Ayat 32 - 59
3) Ayat 60 - 82
4) Ayat 83 - 110


Cara ketiga : Minda Yassin

Perasan tak, kalau baca yassin kita boleh je habiskan terus ? 
Kalau Yassin boleh, maka tak de masalah la dengan Al - Kahfi. 
Yassin ada enam muka, Al-Kahfi pulak dua belas muka. 
Kira kita buat macam baca Yassin dua kali je. Mesti rasa mudah dan cepat kan.


INFO TAMBAHAN yang kita wajib tahu tau.
Apa asbab nuzul / sebab turunnya Al-Kahfi ni?

Jom kita luangkan masa tengok video ni.
InshaAllah ~ akan diberi ganjaran pahala oleh Allah, mudah2an.




Semoga bermanfaat.

Dengan cinta,
Nadia Syakila
Happy working at home wife
Facebook : Nor Nadia Syakila
013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com


♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

No comments:

Post a Comment

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila.blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign