Followers

21 May 2015

Dia.. Suami Luar Biasa

Ini bukan al kisah tentang drama tau,
Ini cerita saya dan tentang 

Dia... Suami Luar Biasa

--------------------------------------------------

Assalammualaikum, salam sejahtera.
Wah, berhabuk sikit belog nadia ni. Maaf ya.
Sebelum mula lebih lanjut, nak bagi amaran siap - siap.
Entri kali ini panjang tau dan mungkin penuh dengan taman bunga sakura dan wangian yang melampau ~ hehehe.


Inilah suami nadia yang luar biasa itu.
Dia bukan luar biasa pun untuk siapa - siapa pun, hanya untuk nadia.
Di mata orang mungkin dia orang yang sangat biasa dan mungkin tiada apa.
Tapi bukan di hati dan jiwa seorang isteri bernama nadia syakila ni.

* Gambar menunjukkan perubahan wajah dan saiz badan dari bujang sampai kahwin, jelas ketembaman di situ ya. haha. 

Seorang yang hanya mempunyai PMR dalam taraf pendidikan.
Pelbagai kerja yang dilakukan untuk mencari duit belanja untuk diri sendiri dan keluarga saat mudanya dulu. Ingat lagi, dia pernah cerita kerja kat Marry Brown sehari je sebab tak biasa dengan kerja mudah cenggitu. hehe. 

Kemudian, mendapat peluang untuk berkhidmat sebagai tentera. Alhamdulillah, lebih kurang 11 tahun berkhidmat dan bakal menamatkan perkhidmatan pada tahun hadapan.
Sebab apa? Sebab dia nak. Kerana ada amanah dan tanggungjawab lebih besar pada mak dan keluarganya sejak abah pergi menemui Ilahi.

Macam mana dengan nadia? 
Bagi nadia, itu hak dia untuk buat keputusan. Untuk nadia sendiri, nadia tak kisah selagi mana dia tahu tanggungjawab dia sebagai seorang anak, suami dan bakal ayah. its great !
Lagi pulak, memang nadia sendiri prefer untuk kami kerja sendiri dan nadia tahu di awalnya pasti penuh dengan cabaran kan, tapi nadia yakin. Dengan izin Allah, yakeen !

KENAPA DIA ?
Nadia tak da kuasa untuk menetapkan siapa jodoh nadia. Dia sendiri datang sebagai seorang kawan yang mana hanya tempat nadia untuk meluahkan cerita.
Boleh la kalau nak tahu cerita cinta dua orang yang biasa ni ye.


Simple, mudah, polos, penyayang antara sifat yang ada pada si suami luar biasa ni.
Yang nadia pandang lah waktu tu. Percaya atau tidak, sebenarnya ramai orang di sekililing nadia mempertikaikan hubungan antara kami, lebih2 lagi dalam hal sekufu atau tidak.

Mampu ke dia bagi nadia makan ?
Mampu ke dia faham diri nadia ?
Mampu ke dia bimbing nadia nanti, dari tahap pendidikan dan perkembangan ?

Tapi nadia kagum dengan pendirian mak dan ayah.
Ayah kata, itu semua tolak tepi selagi mana dia taat pada mak ayah dia dan seboleh2nya jaga solat. Mak pun beri pendapat yang sama.
Bila doa dan restu mak ayah dah diberi, maka nikmat akan sentiasa mengelilingi kan.
Alhamdulillah.

Menginjak setahun lebih dalam perkahwinan,
tak pernah sehari pun dia biarkan nadia kelaparan..
tak pernah sehari pun dia lupa ucapkan sayang..
tak pernah sehari pun dia lupa untuk berikan nadia kata semangat untuk buat Shaklee..
tak pernah sehari pun dia kurang yakin dengan diri nadia..
tak pernah sehari pun dia lupa untuk usaha menjadi yang terbaik buat nadia..

Dia cuba penuhi segala keperluan dan kehendak nadia,
dia cuba.. dapat atau tidak belakang kira.

Terima kasih Allah, 
terima kasih mak dan ayah,
terima kasih abang.

Tolong doakan suami nadia ya?
Semoga dipermudahkan segala urusanya dunia dan akhirat.



 






























Terima kasih untuk semua abang, 
segala - galanya, dari awal sampai bila - bila.
Abang suami luar biasa di mata ayang selalunya.

Dengan seadanya kita sekarang, alhamdulillah..
walaupun nasi putih dengan ikan masin, kita tetap berdua.
walaupun hari cuti dihabiskan di rumah, cukuplah mata ini bertamu sesama kita,
walaupun perit, ada jiwa kita untuk meresa bahagia,

Semoga kita terus berusaha,
Semoga selamanya kita bersama, 
biar berpisah nyawa tapi tetap menuntun berdua ke syurga.

I love you !!

--------------------------------------------------

Nadia nak ambil kesempatan ini,
untuk ucap dan menghargai sangat-sangat setiap pertolongan yang telah diberikan kepada suami nadia ini, apa sahaja.

Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.
Semoga Allah limpah ruahkan rezeki kalian dan rahmati kehidupan kalian dunia dan akhirat.
Ameen ya Rabb.


♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

3 comments:

  1. SO SWEET !! muni doakan semoga rumahtngga kak nadia kekal selamanya ya :)

    ReplyDelete
  2. semoga berkekalan hingga akhir hayat
    romantik gitu... :)

    ReplyDelete
  3. hai

    kalau cari idea DIY yg murah & super cute boleh visit blog/ig kami
    ada paperbag, sticker, tag & card :)

    tq tuan tanah

    Our blogshop, cardbymyan.blogspot.com click >>CARDBYMYAN or instagram kami @begkertas. click >>@begkertas


    tq :)

    ReplyDelete

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign