Followers

10 May 2015

Kun Anta , apa maksud lagu dia ye?


Assalammualaikum,
Selamat malam !

Korang korang korang..
Nadia kan tak tahu pun daripada awal pasal trend or gelombang lagu KUN ANTA ni tau.
Walaupun nadia ada jugak perasaan yang kawan suka sangat share dan tag nadia dekat vidoe klip pendek yang memaparkan penyanyi asal dia Hummod Khuder tu.

Sebab dia hensem kan ?
Ok, hakak rasa hensem lagi laki akak. ops !

Nak jadikan cerita, start minat lagu ni baru dalam beberapa hari lepas bila tertengok video cover si Wanie ni dekat facebook ! best la. suka sangat suara adik ni.

Thenn barulah cari lagu asal dan muka penyanyi dia.
tadaaaaaaaa....


Lagi satu, yang buat nadia suka sangat dengan lagu ni ialah bait lirik dan makna di setiap lirik tu. love youself ok <3

nak lirik dia dan korang wajibbbb dengar !
tak suka tak pa, jangan kritik eh. hahaha.

============================
لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم
Ketika ingin bersaing dengan yang lain, aku ingin meniru perwatakan luar dan dalamnya.

فبدوتُ شخصاً آخر، كي أتفاخر
Jadi aku boleh jadi seorang yang lain hanya untuk berbangga

و ظننتُ أنا، أنّي بذلك حُزْت غنى
dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan

فوجدتُ أنّي خاسر، فتلك مظاهر
Tetapi yang kuperolehi hanyalah kerugian di atas perwatakanku ini.

لا لا لا نحتاج المال، كي نزداد جمالا، جوهرنا هنا، في القلب تلالا
Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan, kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini di dalam hati ia bersinar.

لا لا نرضي الناس بما لا، نرضاه لنا حالا، ذاك جمالنا، يسمو يتعالى
kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada, yang tidak sesuai dengan kita, itulah kecantikan kita, semakin bertambah hingga ke atas.

كن أنت تزدد جمالاً
Jadilah diri kamu sendiri pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada

أتقبّلهم، الناس لست أقلّدهم
Sungguh aku menerima mereka tetapi tidak pula aku meniru perwatakan mereka

إلا بما يرضيني، كي أرضيني
melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha. 

سأكون أنا، مثلي تماما هذا أنا
aku ingin menjadi seperti diri aku sendiri inilah aku

فقناعتي تكفيني، ذاك يقيني
hal ini kurasakan sudah cukup dan aku sangat pasti 

سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم
Aku akan jadi mengikut kemampuan diriku aku tidak perlukan orang lain menerimaku

وأكون أنا، ما أهوى أنا، مالي وما لرضاهم
aku akan jadi apa yang aku suka kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadapku

============================

Ok nak sambung nyanyi lagi...
wassalammm .


♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

4 comments:

  1. wah, lirik die pun maksud baik2.. p/s: penyanyi pun hensem, hehe

    ReplyDelete
  2. tu lah ,kita terus follow ig dia kak ! hahah . lagu dia semua kita download ;p

    ReplyDelete
  3. hai

    kalau cari idea DIY yg murah & super cute boleh visit blog/ig kami
    ada paperbag, sticker, tag & card :)

    tq tuan tanah

    Our blogshop, cardbymyan.blogspot.com click >>CARDBYMYAN or instagram kami @begkertas. click >>@begkertas


    tq :)

    ReplyDelete

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila.blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign