Followers

16 June 2015

8 Keistimewaan Bulan Ramadhan

Assalammualaikum,
Allahumma Balighna Ramadhan.

InshaAllah dalam masa sehari dua lagi,
kita akan mula berpuasa di bulan Ramadhan,
bulan yang ditunggu - tunggu bukan ?
Awalnya RAHMAT, pertengahannya MAGHFIRAH (keampunan) dan akhirnya adalah pembebasan daripada api neraka.

Allah,
mana mungkin kita lepaskan bulan yang sangat - sangat baik ni kan?
Macam nadia, nadia nak tebus penyesalan lepas.
Rasa menyesal sangat tak baca Quran setiap waktu, 
tak mohon ampun setiap masa. Allaaaaah !
dan yang paling tak best bila terlebih tidur !

Ramadhan umpama segunung emas dan harta,
sebulan je boleh ambil free, kalau tak ambil rugi kan?

















Apa kata kita revise balik beberapa keistimewaan dan kelebihan bulan Ramadhan,
orang kata biar lebih terasa dan menghayatinya bila kita tahu kelebihan dia.

=================================================

1. Bulan keampunan, rahmat, keberkatan & dijanjikan pelepasan dari api neraka.

2. Bulan yang agung yang dipenuhi dengan pelbagai bentuk ibadah seperti puasa, solat tarawih, sedekah, i'tiqaf, tadarrus, doa, munajat, qiammulail dan bermacam-macam peluang lagi untuk direbut.

3. Bulan untuk membersihkan jiwa, muhasabah, memaafkan kesalahan orang lain dan meminta maaf daripada orang lain, inilah masanya !

4. Bulan yang di dalamnya ada Lailatul Qadr yg mempunyai keistimewaan & kebaikan lebih baik dari 1000 bulan, ini yang patut kita rebut ! Doa banyak banyak tau !

5. Bulan di mana Al Quran diturunkan

6. Bulan pintu syurga dibuka & pintu neraka ditutup

7. Bulan syaitan diikat & dibelenggu

8. Bulan pahala ibadah dilipatgandakan - amalan sunat dikira sebagai pahala fardhu. 

Amalan fardhu digandakan sehingga 700 kali ganda. Banyak sangat !!

=================================================

Apa lagi ?
Sempat lagi panaskan enjin.
Malam ni dah boleh start dah bangun Qiam,
buat checklist untuk sepanjang puasa.

Oh ya, nanti nadia akan share kan checklist dan apps yang best2 untuk ramadhan ni ok.
Jangan kita biarkan teknologi yg canggih tu, mari kita manfaatkan bersama.

Sehingga ketemu lagi.
Wassalam ;)


♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

No comments:

Post a Comment

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila.blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign