Followers

24 June 2015

Hutang Hutang Hutang

Assalammualaikum,
salam Ramadhan yang ke 6 untuk semua,
semoga selama beberapa hari ini Allah terima doa dan ibadah kita ya.




Haa, cuba tengok gambar tu ?
Hari ni nadia nak cerita pasal hutang. Walaupun nadia bukanlah ahlinya yang pakar, tapi sekadar berkongsi pengalaman dan sedikit pendapat yang biasa - biasa.

Jangan risau, nadia juga seorang penghutang.
Dan ketahuilah, sangat terseksa menjadi seorang penghutang ini.

Mengikut dalil dalil yang di kongsikan oleh Ust Zaharuddin kan,
hutang ni dalam Islam tidak digalakkan dan boleh dikategorikan sebagai amalan tidak sihat.
Nak kata, selagi boleh selagi mampu kita jauhkan lah daripada hutang.

Ada banyak kategori hutang yang dikongsikan,
mungkin kalian boleh teruskan pembacaan di sini tentang BAHAYA HUTANG MENURUT ISLAM - USTAZ ZAHARUDDIN :)

Nadia pasti rata - rata semuanya pernah berhutang,
bila berhutang ni ya Allah terasa terbeban sangat diri,
dan bila dah habis rasa sangat - sangat legakan.

Ada hutang yg kita cari sendiri , macam den.
dan ada hutang yg kita terpaksa ambil atas sebab2 tertentu,
world is about money nowadays.

Macam nadia sendiri, 
bila senaraikan hutang yg ada, rasa nak terkojot.
PTPTN , TEKUN apa lagi yang personal pun ada,
dan yang paling terasa mcm sedikit penyesalan bila ambil perkakas rumah dengan hutang,
dapat duit fikir hutang dulu sangat sangat tak best !

Dan sama jugak keadaan dengan suami nadia,
haaa. ini kena amik iktibar, both of us pada zaman muda tidak ada kesedaran untuk menyimpang duit tau, ada tapi tak lama simpannya. mungkin dalam erti kata lain takda money management yg baik.

Sekitar beberapa ketika nak kawin,
baru kami sedar akan kesilapan, dan cuba minimize banyak benda,
dan sekarang kami rancang, tahun pertama kedua yang ada adalah fasa untuk melunaskan hutang2 yang ada. inshaAllah.

Nadia dan suami sepakat untuk setelkan hutang dulu bila dapat duit lebih,
barang2 rumah yang tak penting, semua kena hold termasuklah apa2 benda yg nak dibelanjakan yang mana dalam kategori KEMAHUAN ye, keperluan tu memang kena beli la.

Lebih lagi hutang peribadi dengan family, kawan2 dan sebagainya.
Kita perlulah menghargai pengorbanan dan pertolongan mereka, 
seeloknya kita kena bayar cepat dan jangan buat2 lupa ok.

Kesempatan ni nadia ambil untuk ucapkan terima kasih pada kawan2 dan keluarga yang pernah membantu kami, alhamdulillah !

Meh nak share tips dari Tuan Zulkifli ;


7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang


Ini prinsip-prinsip yang saya gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat:

Strategi #1: Jangan buat hutang lagi.

Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.

Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.

Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.

Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! Baca artikel “Hutang Berkat, Hutang Mudarat” untuk fahami topik ni.

Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”.
Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!

Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!

Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.

Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.

Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!

Strategi #7: Bayar hutang secara automatik!

Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.

=====================================================

Semoga entry kali ini memberi manfaat.
Doakan nadia dan suami bebas hutang tahun depan ok, inshaAllah.
Kena kerja lebih lagi untuk bisnes yang ada dan projek spa yg dabomb tu.

Dan semoga kita semua dapat melunaskan hutang2 kepada yg hak.



♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

3 comments:

  1. Wow thanks for sharing . Nice one

    ReplyDelete
  2. hai

    kalau cari idea DIY yg murah & super cute boleh visit blog/ig kami
    ada paperbag, sticker, tag & card :)

    tq tuan tanah

    Our blogshop, cardbymyan.blogspot.com click >>CARDBYMYAN or instagram kami @begkertas. click >>@begkertas


    tq :)

    ReplyDelete
  3. Semmoga kita di jauhkan dari berhutang.Bayar hutang untuk kehidupan yang selesa

    ReplyDelete

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign