Followers

16 June 2015

Ramadhan Checklist

Assalammualaikum,
Alhamdulillah ~ esok dah boleh mula terawih.
Tak sabarnya nak mulakan ramadhan ni.

Semoga kita istiqamah dan eksaited,
bermula dari awal hinggalah ke akhirnya, inshaAllah.

Seperti yang nadia janjikan nak share,
nadia nak share pasal Ramadhan Checklist yang mana kita boleh google, print dan tampal.
Lepas tu pulak jangan tampal sahaja tau, kenalah update setiap hari.

Sebenarnya, kadang - kadang benda yang dalam bentuk visualize ni sedikit sebanyak membantu dalam meningkatkan action kita. Macam yang kita buat to - do list , mutabaah amal. Jadi, dia boleh jadi macam kayu ukur kita sejauh mana kita dah buat sesuatu tu.

Jadi, jom tengok contoh ramadhan checklist ni.
Lebih banyak pilihan kat google, kalian boleh pilih.
Dan ada juga organisasi atau persatuan atau pun pihak - pihak masjid edarkan pada orang ramai.


Ini contoh yang paling detail. Jadi boleh tanda setiap hari.





Ini pulak sangat sesuai untuk anak - anak kecil dan remaja, sebab fun tapi penuh isi.




Ini pulak sekadarnya, tak terlalu terperinci tak terlalu umum sangat.
so and so.

Jadi selamat memilih yang mana berkenaan di hati.
Haaa, tapi macam nadia sendiri nadia gunakan je apps yang ada dalam store tu.
Inilah yang nadia nak share, nadia pun tahu dan download lepas tengok kat status sahabat UIA jugak.


RAMADHAN LEGACY




Tengok tu, dia dah siap nanti bagitahu, kerja kita hanya updates je.
Selain tu, kita boleh set up target kita juga macam nak tahajjud ke apa.

Lagi yang best ?
Akan ada hadis / ayat akan di share setiap hari.
Lepas tu kita boleh add dan tulis status macam facebook dan socialize with kawan2 yang ada jugak benda ni ~ nanti dah download add nadia ok.
Alhamdulillah, inshaAllah. Sampai sini dulu,
mungkin nanti boleh share pulak resipi 30 hari puasa , jeng jeng !

Semoga bermanfaat, wallahua'lam ;)


♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

No comments:

Post a Comment

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign