Followers

10 October 2015

Saya Percaya, Saya Cantik

Assalammualaikum,

Nadia doakan sesiapa sahaja yang datang melawat blog nadia syakila ni agar senantiasa sihat, ceria serta diberkati dan dilimpahi rahmat Allah dunia dan akhirat.

SAYA PERCAYA , SAYA CANTIK

Adik kakak nadia yang kat luar sana percaya tak?
Anda percaya anda cantik? Mesti ada yang eh, macam nak percaya, tapi tengok cermin macam tak, eh. ye tak ye tak ?
















Macam nadia, 
nadia selalu tau fikir macam tu, nak2 bila kita ni tergolong dalam orang yang tidak memiliki bentuk tubuh yang ideal, huhuhuk !

Bila nak cerita , komen , tulis or borak pasal kecantikan rasa macam diri ni tak layak sangat sebab ye la, dah la tak cantik (perasaan sendiri) lepas tu tak pandai nak mekap2 ke atau bergaya so terus la berhuhu huhu menyepi bila kengkawan cerita pasal semua tu.

Tipulah kalau cakap yang tak teringin nak bergaya, nak bermake up semua,
ada je kot orang yang comel2 tapi bergaya. Tengok macam Sherry Al Hadad tu, kan comey je, tapi still rasa tak yakin. Risau dan seriau.




















Sampai lah..
Sampai satu masa yang tiba-tiba rasa yakin.
Eh, nadia rasa macam yes. Aku percaya, aku cantik sebenarnya.
Kita semua cantik tau , cantik sangat !

Sebab apa ?
Sebab Allah SWT dah cakap yang kita - manusia ni sebaik2 ciptaan Dia. betul kan?
Dan dalam diri kita adalah yang juara dan berjaya serta terpilih.

Antara percaya atau tidak,
sebenarnya kita ni secantik cantik ciptaan Allah,
cantik tu ada je pada setiap diri kita ni,
tak semestinya tang muka or kulit or saiz badan.

Personaliti kita, keluarga kita, hubungan kita,
percakapan dan akhlak kita does reflect our beauty !!
Pernah kan kita cakap walaupun orang tu tak putih ke licin kulit muka keee,
kita kata diaaa ni manisss sangat !

Haaa, ala2 skrip cerita P Ramlee,
hensem tiada, manis ada. hehe !

















Projek THE WALKING BEAUTY - SPA BERGERAK inilah titik mula nadia,
memang serius, awal2 masa Kak Tiera dan Farah bagitahu nadia untuk join projek ni,
terus tanya pada diri sindiri - layakkah aku?

Dan tanya juga pada diorang dan beberapa kawan lain,
boleh ke? layak ke? bukan projek cantik ni nak orang cantik je ke?

TIDAK SAMA SEKALI tau,
projek ni sebenarnya memang nak bantu adik kakak yang rasa tak yakin,
yang rasa macam eh nak cantik tapi tak berani nak cakap apa semua untuk kita semua jadi cantik, yakin dan sihat.

3 ni penting tau.

Then, barulah nadia faham.
Bila nadia buka bisnes ni, nadia dapat bantu wanita2 terutamanya suri rumah yang tiada masa nak pergi spa untuk dapatkan rawatan spa kat rumah.

Kemudian bantu juga mereka untuk jana pendapatan dari rumah dengan buka bisnes spa mereka sendiri dan ajar serta bantu mereka dari zero tu.

Dan bermula dari situ, berkembanglah kecantikan2 yang ada.
Kan seronok tu kan?


















Dengan projek ni, nadia dapat jadi lebih cantik , lebih sihat dan lebih berkeyakinan.
Bukan setakat cantik luaran, tapi dalaman.

Ingat lagi kata2 ayah,
Nak cantik kulit muka, nak kecikkan badan sekarang macam2 ada,
ada duit boleh buat. Tapi yang paling susah nak kasi cantik ialah hati tu, sikap, iman.

InshaaAllah,
time to time kita akan jadi lebih cantik dengan adanya kita sebelum ni tau.
Nadia bangga dapat join dis projek , asbab dis projek nadia tahu macam2 lagi pasal kecantikan tau, nak jaga itu, tips kecantikan ini.

Yang paling best ,
nadia YAKIN ! Even berbadan besar dan walaupun muka tidak sepersis ratu cantik malaysia ke apa , nadia cantik dengan cara nadia dan akan selalu cantik bersama anda di The Walking Beauty team , love u olss !

Dan nadia akan cuba juga untuk jadi sihat, 
taklah nak kurus betul asalkan BMI ideal dah cukup da, fighting nadia !









I am not a beauty queen,
I am just beautiful me !
Nadia Syakila the pretty <3










-----------------------------------------------------------------------------

Berminat untuk memiliki BISNES SPA BERGERAK anda sendiri?

Jika anda berminat untuk buka spa bergerak di kawasan anda, 
anda boleh menghubungi / whatsapp / mesej NADIA SYAKILA di +60132408600

Tawaran istimewa untuk anda termasuk :-

i. Dapat training facial + face massage secara PERCUMA. 

Biasanya di luar kursus macam ni kos RM500-RM1000 ke atas.

ii. Produk dan buku manual DISEDIAKAN

iii. Dapat akses kepada SECRET GROUP untuk bantu dari segi marketing dan konsultasi

iv. Mengetahui rahsia BALIK MODAL  dan jana pendapatan 4 ANGKA dalam masa sebulan




♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

2 comments:

  1. betul tu..semua ciptaan Allah cantik2 belaka. tahniah dah buka bisnes spa

    ReplyDelete
  2. betul .. setiap orang cantik dengan caranya yang tersendiri...

    ada yang ada wow factor, sekali pandang dah, aumm ~

    tapi, ada yang bila kita dah kenal, ohh .. cantiknya dia ni.... ^_^

    ReplyDelete

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila.blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign