Ucapan Selamat Ulangtahun Kelahiran Buat Suami Tercinta

10:34 pm


Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke 29,
buat suami tercinta , inshaaAllah dunia dan akhirat Muhamad Zanudin.

Semoga Allah kurniakan abang umur yang panjang, badan yang sihat, hati yang tenang, rezeki yang melimpah ruah dan ketabahan untuk menghadapi ujian di kehidupan dunia ini. Dan dengan bertambah usia abang, moga bertambah juga keimanan dan kesabaran serta kecintaan pada Pencipta.

Terima kasih kerana sudi menjadi seorang suami yang terbaik buat ayang,
dengan izin Allah biar bersama dunia dan akhirat kelak sampai ke syurga.


Tiada hadiah yang istimewa untuk di berikan di hari lahir abang kali ni, 
sekadar sekalung doa yang berpanjangan di setiap waktu agar abang dirahmati Allah selalu, kasih sayang dan cinta yang mengalir sentiasa untuk insan bergelar suami pada diri ini heart emoticon


ILYSM sayang !

------------------------------------------
Tidak lupa, jutaan terima kasih kepada mak yang berhempas pulas telah melahirkan seorang suami dan menantu yang baik ini, terima kasih dan al fatihah untuk arwah abah kerana membesarkan seorang lelaki yang budiman untuk orang disekelilingnya.
Semoga mak dan abah sentiasa dibawah rahmat Allah, 
dari dunia sampai akhirat !

------------------------------------------

Mohon doa dan restu keluarga, saudara mara, sahabat handai serta teman2 dan kenalan berpanjangan ya. Terima kasih semua.

Wallahua'lam , wassalam.

You Might Also Like

0 comments