Followers

31 March 2015

Belajar Syukur dari Buah Tembikai


Seorang lelaki soleh pulang ke rumah dengan membawa sebiji tembikai.
Dia membeli buah itu dari sebuah pasar. 

Isterinya membelah tembikai itu dan merasanya.
Isterinya berkata ; Tawar
Dan seterusnya si isteri berterus-terusan merungut.

Melihat isterinya yg merungut itu, suami berkata: 
Saya membeli tembikai itu dari pasar

Isteri: Saya tahu

Suami: Pada pendapat awak, semasa saya membeli tembikai tadi, saya nak yang manis atau yang tawar?

Isteri: Tentulah yang manis

Suami: Ketika penjual sedang menjual tadi, agaknya mereka nak menjual yang manis atau yang tawar?

Isteri: Tentulah mereka ingin menjual yg manis

Suami terus lagi bertanya: 
Ketika peraih ingin menjual kepada penjual di pasar, mereka agaknya ingin menjual yang manis atau yang tawar?

Isteri: Mesti yang manis

Si suami diam sejenak....
Kemudian dia menyambung ;
Ketika pekebun menanam tembikainya, adakah dia mahu tembikai yang tumbuh nanti manis atau tawar?

Isteri: Tentu yang manis, pastinya.

Suami: Ketika awak membelah buah ini tadi, awak inginkan yang manis atau yang tawar?

Isteri: Mesti saya ingin yang manis. Kenapa dengan semua soalan ini?


Orang soleh itu tersenyum pada isterinya. Lalu dia berkata:
Ketika semua orang inginkan buah yang manis, sebaliknya pula yang berlaku. 
Buah tembikai itu tawar rasanya!

Isteri orang soleh itu terdiam.

Marahkan siapa?

Jadi ketika awak marah tentang rasa tembikai yang tawar, awak sebenarnya marahkan siapa? Bukankah semua orang inginkan buah yang manis. Tetapi kuasa Allah memutuskan buah itu tawar rasanya, Jadi awak marahkan siapa? Marahkan saya yg membeli, atau penjual yang menjual atau awak yang membelah atau pekebun yg menanam? Atau Allah yang menentukan rasa tawar?

Adab ketika makan: Janganlah kita mengecam, mengutuk makanan walaupun makanan itu tidak sedap. Kalau kita tak suka, kita tinggalkan sahaja.

Pengajarannya: kita faham bahawa rezeki kita dapat yang manis atau tawar, sedap atau tidak, semuanya ditentukan Allah. Jika kita mengecamnya, ramai orang akan terasa hati. Mungkin emak atau isteri yang memasak terasa hati. atau mungkin ayah yang membeli terasa hati. Dan lebih-lebih lagi tanpa kita sedar, kita seolah-olah "mengecam" Allah yg mengurniakan rezeki itu kepada kita.

Jika kita tidak bersyukur dengan yang sedikit, mana mungkin kita akan bersyukur dengan yang banyak.

Semoga bermanfaat.
Semoga mendapat iktibar.

==========================================

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

30 March 2015

Get Clean Water Pitcher

Assalammualaikum,

Alhamdulillah, kejap je masa berlalu.
Tak lama lagi nak masuk bulan April ~ dah masuk 5 bulan dah nadia hidup sendiri dengan suami tercinta. Banyak benda juga yang nadia belajar ni.

Korang, hari tu nadia dah share pasal ''kegilaa'' seorang isteri bernama nadia syakila ni kan dalam memenuhkan aset alatan dapur dia kan?
Ok, nadia dah dapat AVON MASTER COOK yang super duper best tu.
Kalau korang nak tahu review nadia, pergi sini.

Kononnya lepas tu, 
nak kumpul benda lain ~ tapi lepas tengok benda alah ni.
Nadia tak jadi nak kumpul benda lain, nadia nak dia dulu.
Apa yang nadia nak?

GET CLEAN WATER PITCHER
Apa benda ni ? Cek gambar dulu jom.





















Haaa, inilah yang nadia cakap.
Penapis air atau dikenali sebagai GET CLEAN WATER daripada SHAKLEE
Kenapa nadia nak sangat ye benda ni?

Sebab yang pertama ialah nadia tak dapat sumber air yang bersih.
Kat sini, kebanyakkanya penapis air yang biasa kat kedai tu RO.
Jadi rasa nya lain dan nadia tak pasti kebersihan dia.

Yang keduanya,
Nadia dan suami kuat minum air masak ni,
dalam sehari nak boleh habiskan dalam 3 liter dan suami dalam 2 liter.
Jadi kalau dikira2 balik, memang lebih jimat dengan adanya penapis air ni.

Dan yang paling ialah,
ia portable ! Nak pergi mana - mana nanti senang, tak perlu dah nadia nak beli air mineral ke apa, bawak je benda ni, tadah air paip dan minum.

Eeeeewwww? tak masak?
Jangan risau, penapis air Shaklee ni 99% berkesan menapis kuman bahkan semua jenis chemical mcm klorin, plumbum semua. 






















Ha, ini komponen dia tau.
Kita boleh dapatkan set penapis air untuk dua pilihan.

Pilhan pertama
a) Jug
b) Housing kit
c) 1 Penapis

Pilhan kedua
a) Jug
b) Housing kit
c) 4 penapis

Kalau tanya nadia, mana lagi worth it.
Nadia prefer pilihan kedua kalau ada rezeki lebih.
Sebab sangat jimat.

1 filter boleh menapis sehingga 303 liter @ air.
Then, dia tak perlu guna elektrik dan yg paling best ada ni.
Penanda aras automatik !
















Senang kan?

Nadia memang highly rekemeeeen sangat dekat kawan - kawan yang ada masalah nak dapatkan sumber air bersih, jenis tekak tak boleh minum air rasa klorin dan adik2 uni ke kolej ke yg sokmo kena beli air mineral dan bawak naik bilik / hostel.

Ada ni kan senang ?

Kalau nanti, sekiranya korang nak tahu pasal harga,
apa - apalah pertanyaan, anything !

Roger nadia ok.
Bawah ni nadia bagi details siap2 tau.

>
>
>

Dengan cinta,
Nadia Syakila
Happy working at home wife
Facebook : Nor Nadia Syakila
013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

26 March 2015

Diari Suri Rumah

Diari Suri Rumah

Promote Your Page Too

Assalammualaikum,
Baiklah ~ hari ni nadia tak nak mengomel panjang tau. Tapi nadia nak ajak kalian semua like page kat atas, boleh tak?

DIARI SURI RUMAH
Sebenarnya macam ni, page kat atas ni nadia buat sendiri untuk kumpul segala tok nenek resipi, share yang berlambak - lambak dalam fb tu kan. Nak share kat wall sendiri rasa terlampau banyak pulak kan, heeee.

Jadi kita buat la page ni untuk kemudahan nadia dan semua orang.
Dalam masa beberapa hari, mencanak2 orang like tau.
Semoga kalian dapat manfaat la ok dari segala perkongsian kat sini.

LIKE LIKE LIKE LIKE

Eh, jangan lupa add friend nadia ok.
Salam perkenalan !

======================================

Dengan cinta,
Nadia Syakila
Happy working at home wife
Facebook : Nor Nadia Syakila
013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com
Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

25 March 2015

H.U.D.U.D



































What say you ?

InshaAllah, nadia rasa semua orang Islam yang beriman akan sokong hudud.

Nak cerita, ini bukan cerita pasal politik ok.

Tapi mungkin akan ada yang berpendapat dengan hujah mengenai masa dan tempat tu, itu satu cerita lain ~ macam PU Rahmat kata.

Kritik boleh, tapi dengan hujah.
Tapi itu bukan bermakna menolak hudud dengan totally nya, itu memang dosa kot.
kan ?

Allahua'lam.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

24 March 2015

GST dan Shaklee
















Assalammualaikum,
Oklah pagi ni nadia nak cerita pasal GST ?
GST lagi ke nadia? Isu kontroversi?

Taklah, nadia bukan nak kupas bagus ke tidak,
rakyat terbeban ke tidak (walaupun terasa keberatannya) tapi nak bagitahu kat korang bahawa harga semua produk Shaklee walhal yuran keahlian dia seumur hidup NAIK OK !

Nadia sebagai pengedar sah Shaklee yang anda percayai,
nak menyusun sepuluh jari ~ rata2 nadia bagitahu customer tersayang semua macam blur dan ye la, nak jaga kesihatan pun semakin mahal kan. Apa boleh buat?

Buatlah apa yang kita termampu,
Masing - masing kena jalankan peranan masing - masing ok.

Tapi jangan risau, di saat anda membaca entry ini ada 4 hari lagi,
hanya 4 hari lagi untuk anda dapatkan stok / produk Shaklee korang dengan kadar pantas dan segera. Terus je hubungi nadia ok.

SEBELUM 28/03/15 JAM 3 PETANG

Nadia harap dapat bantu dan mudahkan urusan korang untuk dapatkan produk Shaklee yang korang nak. PM kat Facebook Nadia Syakila boleh, nak whatsapp kat +60132558600 pon tiada masalah.

Roger tau?














Dan ada lagi satu peluang yang nadia nak bantu,
khasnya buat suri rumah dan pelajar yang mana nak bantu suami / mak ayah dari segi ekonomi. 

Nak bantu diri sendiri dalam masa yg sama bantu gak orang lain?
Jom buat bis Shaklee, yuran keahlian RM90 seumur hidup.
Tak perlu simpan stok ke apa ke, modal yang paling terbesar adalah usaha dan kerajinan.

Nadia pasti, termasuk nadia,
ramai yang rasa agak sempit hidup dalam zaman yang penuh dengan kacau bilau ni kan?
At least, nak buat main - main pun sebulan RM500 ke RM1K siapa nak bagi?
Do contact me ok, nadia akan terangkan sampai anda faham !
InshaAllah.

==================================================

Dengan cinta,
Nadia Syakila
Happy working at home wife

Facebook : Nor Nadia Syakila
Shaklee Independent Distributor
ID 1028241  | 013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

23 March 2015

Rumah Oh Rumah..

Assalammualaikum,

Hai semua ~ semoga kalian dalam keadaan sihat dan ceria ok.
Malam ni nadia nak kongsi cerita pasal rumah oh rumah !
Dah kenapa?

Dah jadi satu kebiasaan bila kita dah menjengah alam kerja atau nak kahwin mahupun dah berkahwin kita mesti nak cari rumah kan?
Rumah tu kira macam aset kita la kat dunia ni.

Alhamdulillah,
macam nadia sendiri ~ lepas je kahwin ayah nadia memang serahkan rumah pada nadia. 
Cumanya ~ yela seorang isteri tu perlu berada disisi suami kan, suami tentera jadi nadia ikut suami. Dan inshaAllah, lepas dia tamat perkhidmatan , he prefer to stay at his hometown which is Batu Pahat, Johor.
















Inikah rumah yang nadia nak duduk tu?
Tentulah tidak. Nadia dan suami tak tahu lagi nak cari rumah macam mana dan kat mana.
InshaAllah, dalam awal tahun depan akan daku mula mencari !

Sama ada rumah taman ke, cari tanah buat rumah ke nadia dan suami pun tak pasti.
Tapi kami sangat bercita - cita dan nak sangat rumah yang ada 4 atau 5 bilik.
Wah ! besarnya ??

Sebabnya,
Nadia nak mak ayah nadia dari Melaka duduk dengan nadia,
Mak suami pun duduk dengan nadia (arwah abah dah meninggal, so tinggal mak je)

Jadi kalau itu je dah kena ada 3 bilik kan?
Lagi dua bilik untuk tetamu atau anak-anak2, inshaAllah.

Korang nak tengok tak floor plan yang nadia suka?
Meh nadia nak share..


















Nadia ambil kat Google je, ini rumah setingkat 5 bilik.
Suka sangat sebab bilik - bilik tidur belah belakang, tidaklah malu bila tetamu datang rumah. heeee.

Yang ni pulak pilihan kedua, at least 4 bilik.
Nah floor plan dia.

















Nadia ada masa setahun dari sekarang nak perkukuhkan cash flow dalam my bis Shaklee,
InshaAllah, boleh dengan izinNya !

Korang doakan eh?
Jangan lupa tinggalkan link blog korang tau, nadia nak terjah balik.
Sehingga ketemu lagi, barakallahulakum !

Dengan cinta,
Nadia Syakila
Happy working at home wife
Facebook : Nor Nadia Syakila
013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

22 March 2015

10 Orang yang WAJIB Dapatkan ESP Shaklee


Assalammualaikum,
Oh mai gad ~ nadia nak cerita pasal ESP lagi ke? 
Oh tidak, taklah. Nadia taknak cerita dah pasal fakta ESP tapi nadia nak cerita dan nak bagitahu korang yang 10 orang yang WAJIB dapatkan ESP Shaklee.

Siapa ? Orang yang ada masalah ni.


1. Kulit wajah kusam.tona tak sekata
----
2. Wajah ada bekas jerawat yang hitam atau parut2 jerawat
---
3. Rambut sering gugur
----
5. Cepat penat dan tak bertenaga jalankan tanggungjawab sebagai isteri, ibu,pekerja
----
6. Menyusu atau hamil
----
7. Cepat lapar atau asyik nak mengunyah
----
8. Gastrik
----
9.Dah makan macam2 vitamin tapi masih takde kesan optimum
----
10.Luka lambat sembuh atau lepas pembedahan

Haaa, ada tak kawan - kawan orang mengalami masalah ni?
Kalau ada kena rebut 1 tin ~ eh eh, 2 tin terus lah bulan ni.
Sebab promosi March 2015 adalah ESP, harga memang dasat.
Dan rebut sekarang sebelum GST menyerang !

Nanti roger nadia tau.

Dengan cinta,
Nadia Syakila
Happy working at home wife

Facebook : Nor Nadia Syakila
Shaklee Independent Distributor
ID 1028241  | 013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

21 March 2015

9 Tanda Ketidakseimbangan Hormon Wanita

Sebenarnya bagi wanita, banyak perubahan yang paling ketara bagi kes ketidakseimbangan hormon ini.
Ia terjadi semasa mereka berumur dalam lingkungan 40-an hingga 50-an, tetapi tidak mustahil juga ia boleh dilihat seawal pertengahan 20 hingga 30-an.

Banyak faktor yang menyebabkan ketidakseimbangan hormon, bukan sahaja datang daripada gaya hidup dan pemakanan kita, malah juga terhadap pencemaran, toksin dan xenoestrogens (bahan kimia sintetik yang bertindak sebagai estrogen dalam badan kita) yang terdedah kepada kita setiap hari.



9 Tanda- tanda ketidakseimbangan hormon bagi wanita:

Berat badan meningkat
Gaya hidup, pemakanan dan aktiviti fizikal adalah komponen penting dalam mengekalkan berat badan yang sihat. Ramai wanita yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon menyebabkan sukar untuk mengekalkan berat badan yang sihat.

Lemak di bahagian perut dan kehilangan jisim otot
Apabila sistem endokrin anda stress, hormon tertentu akan kurang dihasilkan dan hormon lain (selalunya cortisol) akan dihasilkan lebih banyak. Ini menyebabkan badan menyimpan lemak menyebabkan meningkatnya lemak di bahagian perut.

Masalah penghadaman
Gas, kembung dan pencernaan perlahan adalah masalah hormon yang biasanya tidak dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormon, tetapi boleh dikaitkan dengan makanan yang tidak sihat, tidak mengunyah makanan dan makan terlalu banyak.

Keletihan
Belum tengahari dah lemau? Bukanlah sesuatu yang normal jika anda selalu berasa lesu, dan tidak teratur.

Kebimbangan, cepat marah dan kemurungan
Kebimbangan dan kemurungan adalah petunjuk bahawa anda mempunyai ketidakseimbangan hormon, keracunan, bekerja terlalu keras, tertekan, dan berkemungkinan besar tidak memberi badan anda nutrisi yang diperlukan.

Kurang bernafsu
Salah satu tanda yang paling ketara ketidakseimbangan hormon adalah nafsu yang kurang, yang bermula dari tidur yang terganggu. Tanpa tidur yang berkualiti pengeluaran hormon seks boleh berkurangan.

Insomnia dan corak tidur yang tidak teratur.
Insomnia menyebabkan tekanan dan meningkatkan tahap kortisol, yang secara langsung menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Kitaran tidur yang tidak sihat menggangu sistem biologi badan kita.

Berpeluh
Bagi kebanyakan wanita, berpeluh malam dan hot flashes adalah tanda pertama bahawa sesuatu tidak kena. Ini bukan masanya untuk memulakan terapi hormon gantian, tetapi memulakan jurnal makanan dengan mencatat apa yang anda makan dan minum, bagaimana anda rasa secara fizikal, dan emosi.

Mengidam
Sebab-sebab biasa mengidam dan makan berlebihan adalah kerana keletihan adrenal, rintangan insulin, dan ketidakseimbangan hormon lain. Mengurangkan gula, alkohol, tenusu dan karbohidrat, bukan sahaja akan membantu keinginan kawalan, tetapi membantu memelihara sistem pencernaan kita juga.


Antara Tip-Tip Mengatasi Ketidakseimbangan Hormon

Katakan Tidak Pada Kafein
Kafein menyebabkan kelenjar adrenal menghasilkan hormon berlebihan dan menghalang penyerapan zat dan khasiat ke dalam tubuh badan kita.

Selain mengamalkan tip-tip sihat di atas, lengkapkan kesihatan kita dengan pengambilan suplemen dan vitamin yang semulajadi dan selamat untuk kesan kesihatan berpanjangan.

Pengambilan Makanan Kaya Omega 3
Pengambilan buah, sayur dan kekacang dalam diet makanan mampu menjana kesihatan hormon yang lebih baik. Lebihkan makanan yang kaya Omega 3 atau ambil 500 gram minyak zaitun sehari untuk membantu menstabilkan hormon dan agar membran sel menjadi lebih responsif dan sihat.

Dapatkan OMEGA GUARD 

Dapatkan GLA COMPLEX
* tekan link untuk info

Jauhi Stress
Kurang rehat bagi seseorang bakal mengundang stress. Ramai antara kita yang mengalami gaya hidup yang terlalu sibuk sehingga tidak memberikan cukup rehat kepada tubuh badan sendiri. Lakukan riadah ringan, nikmati keindahan alam, solat dan zikir mampu meringankan stress kita.

Elakkan makanan yang mengandungi karbohidrat, bergoreng, berlemak, makanan segera dan minuman ringan dan minuman susu bukan organik/ semualajadi.

Tidur yang Cukup
Sekurang-kurangnya dapatkan waktu tidur 6 – 8 jam sehari untuk mengimbangi kepenatan badan daripada kerja seharian.






========================================================

Dengan cinta,
Nadia Syakila
Happy working at home wife
Facebook : Nor Nadia Syakila
013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

19 March 2015

Bersyukur, walaupun sekecil perkara..

Seringkali terlupa nikmatMu,
Datang tiada jemu,
Bila terhimpit mulalah,
Mencari dan menyebut namaMu,
Barulah merasai makna sebenar erti syukur..

- Erti Syukur, UNIC

=======================================================

Terngiang - ngiang kat telinga nadia ni dengan lagu UNIC - Erti Syukur.
Allah , Assalammualaikum wbt kawan - kawan yang ceria !
Semoga kalian sihat dan sejahtera sokmo..

BERSYUKURLAH, WALAUPUN SEKECIL - KECIL PERKARA
Sikap yang selalu kita lupa kan? Kebiasaanya..

Baru tengok slip gaji, dah rasa gaji bulan ni tak cukup.
Bila nak makan, dah rasa makanan tu tak cukup,
Kita selalu pertikaikan itu,
Kita selalu cakap kalau, kalau, kalau.
Kan ??

Sejujurnya, nadia pun tak pernah lepas dari buat kesilapan ni.
Bila bonus Shaklee masuk, rasa macam eh, alah... tak cukup nak beli itu ini.
Semoga Allah ampunkan dosa nadia, inshaAllah.

Tetapi percayalah, 
Bila Allah dah tarbiah, kita akan terkesima.
Haaaaa, patutlah rezeki aku susah nak masuk,
sebab aku kurang atau tidak bersyukur walaupun benda kecik !

Jom kita bersyukur,
bersyukur walaupun dapat untung 10 sen,
bersyukur dapat makanan walaupun order lambat sampai,
syukur dan syukur dengan semuanya !

=======================================================

Dan hari ni, nadia nak share rasa SYUKUR nadia tau.
Sebab nama nadia dan suami keluar dalam majalah Shaklee yg disebarkan keseluruh Malaysia ~ heee, takdelah jual kat mana2 kedai, dapat free je pong.
 












































Alhamdulillah, bersyukur tak terhingga.
Sebab dapat lepas tangga pertama sebagai SUPERVISOR SHAKLEE.
Nama dengan suami pulak tu, heeee.

Masih ada banyak lagi tangga yang nadia nak daki,
Masih ada ramai lagi orang yg nadia bantu, dari segi kesihatan dan ekonomi,
Masih banyak,  masih ramai.
Doakan nadia tau !

>>>>>>>>>>>>>>>>>

Dan ini pulak jemputan untuk pergi SHAKLEE MOTIVATION DAN RECOGNITION RALLY.
Ala - ala NATIONAL CONFERENCE SHAKLEE tapi untuk kawasan MELAKA je.

Nak sedut aura, nak dengar perkongsian ilmu daripada mentor2 hebat.
Tak sabarnya, inshaAllah.
























Ada orang Melaka nak pergi ?
Jomlah pergi sama2, nanti roger nadia tau.
Jangan lupa add fb nadia <3

Dengan cinta,
Nadia Syakila
Happy working at home wife
Facebook : Nor Nadia Syakila
013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

18 March 2015

Menakjubkan dari 30kg non gmo soy terhasilnya 850gram ESP !!

Nak tahu tak?

1 canister ESP SHAKLEE yang 850 gram tu dihasilkan daripada 30kg soya nonGMO berkualiti tinggi. 

Wow. Sangat halus serbuk ESP Shaklee tu tau.
Tu yang kalau konsisten makan memang halus gebu tulus mulus.

Mudah benar nak dapat sumber protin untuk badan.






















Jom awak. awak dan awak.
Rebut promosi ESP bulan Feb ni.

With love,
Nadia Syakila
Happy working at home wife

Facebook : Nor Nadia Syakila
Shaklee Independent Distributor
ID 1028241  | 013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

17 March 2015

Review : Avon Master Cook

Assalammualaikum wbt,
Selamat malam warga dunia walau dimana pun anda berada.
Malaysia dah masuk tengah malam dah pun saat ni.

Ok, entri kali ni khas untuk orang puan kot.
Takpon lelaki yang suka masak memasak.

AVON MASTER COOK

Ha, rasanya semua tahu kan produk Avon..
Kalau dulu biasanya kalau sebut pasal Avon orang akan ingat minyak wangi dia, 
payung dia, beg dia dan banyak lagi  ~ sekarang ni boleh tambahkan pulak periuk belanga!

Pening - pening lalat macam mana rupa dia?
Nah tengok gambar ok.
Siap harga kalau korang nak beli sendiri kat Avon nanti.
Bawah ni katalog latest !
































Duta dia, tak lain tak bukan ialah Dr. Fazley.
Ok, apa kelebihan produk ni ea?

Macam biasa,
tak melekat macam periuk2 yg best yang lain.
tapi yang buat nadia tertarik ialah MULTIFUNCTION dia.

Yang jenis tak melekat tu satu hal.
Tapi jenis boleh buat kek, bakar roti, kukus dalam periuk ni yang buat den tergamam.
Rasa macam, uish ! ralatnya tak ambil. haha, orang pempuan kan!

Kata my jiran merangkap yang jual produk ni kat nadia.
Dia tak cakap je ok, tapi biasanya dia memang akan tunjuk demo,
nadia respek dia as bis woman sebab mmg kalau kita borak dgn dia,

memang boleh closed deal kot !

Berbalik pada apa yang dia kata ~
Ada dua je periuk ni, dah boleh buat macam2 dan dah cukup untuk nak mulakan hidup.
memang nampak macam mahal, dan memang mahal tapi berbaloi.

Ada ni, 
tak perlu oven, tak perlu pengukus, tak perlu pemanggang.
so kita dah save kan kat situ ?

Jadi secara rasminya,
13 / 03 / 15  ~ fry pan (28cm) dan wok (32cm) menjadi milikku,
alhamdulillah, nadia dapatkannya dengan hasil bonus Shaklee bersama komitmen jugop !
ala - ala macam main kutu tu.




Hari nadia try guna, goreng burung wak - wak.
Alhamdulillah, cepat dan mudah.
Basuh pun tak perlu guna berus ke apa, span je.

Memang rasa sayang kot nak guna, dush !
Dah kalau tak guna, takkan nak buat perhiasan ye dak?

Tak kisah la mana2 jenis periuk yang tak melekat, 
dia ada banyak cara penjagaan contohnya mcm ;

- jangan guna senduk / sudip besi
- letak minyak dulu before 1st guna
- bukak api sederhana / kecik 
(sebab bila dah panas, dia akan maintan je panasnya tapi tak hangus)

dan banyak lagi la.
senang cerita, ia senang dan mudah !

yang paling best, 
ada penanda kalau wok / pan kita ni dah panas dan ready untuk masak,
macam ni ;






















Alhamdulillah,
kalau mak sihat lagi ni, mesti mak suka beli periuk2 macam ni.
rindu nak tengok mak sihat, rindu masakan mak.
huhu ~ moga Allah permudahkan segala urusan mak !!

Jadi, 
korang rasa berbaloi tak dapat kan sebiji dua biji ?
haaaaa....

Dengan cinta,
Nadia Syakila
Happy working at home wife
Facebook : Nor Nadia Syakila
013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

9 March 2015

5 Cara Mudah Merawat Kulit Kaki Merekah

Sumber Wanista.Com

Tumit kaki merekah amat tak cantik dipandang apatah lagi kalau pemilik kaki itu adalah wanita. Berjalan di atas simen sejuk, atau menggerutu akan membuatkan ia bertambah teruk dan biasanya kebanyakkan wanita mengalami masalah yang sama. Jadi kami kongsikan lima cara mudah untuk menyembuhkan tumit kaki pecah atau merekah. Selamat mencuba.


----------------------------------------------------------

1. HOME PEDICURE / RAWATAN KAKI DI RUMAH
Rawatan pedicure di rumah taklah sama seperti di salun kecantikan. Caranya mudah iaitu anda hanya perlu rendamkan kaki anda di dalam air suam yang bercampur garam dan syampu untuk 10 minit. Kemudian lapkan sehingga kering dan sapukan krim kaki.


2. KRIM RAWATAN
Di kedai banyak terdapat krim antiseptik untuk tumit kaki merekah. Sapukan krim itu sebelum anda tidur. Jika mahu ke tandas, pakai selipar tandas supaya krim tidak tertanggal atau hilang.


3. MINYAK ZAITUN
Jika anda tidak berminat menggunakan krim tumit, minyak zaitun merupakan salah satu alternatif lain yang boleh anda cuba. Sapukan sedikit minyak zaitun pada tumit kaki dan pakai stokin. Jadi kulit akan lebih mudah meresap vitamin yang ada dalam minyak zaitun.


4. PISANG
Tahukah anda, anda boleh gunakan pisang yang masak untuk merawat tumit kaki? Hancurkan pisang tersebut dan letakkan pada tumit anda yang merekah selama 15 hingga 20 minit. Selain boleh merawat tumit merekah, ia juga boleh melembap dan menyejukkan tumit anda. Bersihkan sebelum anda tidur.


5. AIR ROS DAN GLYCERIN
Campurkan air ros dan glycerin dalam mangkuk. Sapukan pada tumit anda setiap hari selama 15 hingga 20 minit dan bersihkan dengan air. Selepas sebulan, insyaAllah anda pasti akan lihat hasilnya.


----------------------------------------------------------

Haaa, boleh cuba tau semua cara di atas.
Kalau nak lagi mudah, ikut je saranan nombor dua tu.
Tak tahu krim terbaik? Apa kata cuba HERBAL BLEND SHAKLEE.
Tak percaya ?? Percayalah !!




Kata pelanggan :
SAYA BAGI 10 BINTANG !
NAK REKEMEN PADA ORANG LAIN PULAK !

Hebat betul penangan krim ni kan..
Siapa lagi nak HERBAL BLEND SHAKLEE?
Untuk tumit pecah, kulit keras, luka2 ringan keeee..
Nak buat lotion pon boleh..

Kan dah cakap, harga bukan RM100.
Bukan RM60, RM50 dan bukan RM40 pon.
Dan bukan RM30 jugak !

----------------------------------------------------------

With love,
Nadia Syakila
Happy working at home wife

Facebook : Nor Nadia Syakila
Shaklee Independent Distributor
ID 1028241  | 013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

3 March 2015

10 Kesalahan Suami Terhadap Isteri

Sekadar Hiasan


Dewasa ini, kita banyak mendengar tentang berita-berita kes penceraian dalam keluarga Melayu Islam di Malaysia. 

Ada yang baru berkahwin tak sampai 2 minggu pun dah bercerai. Padahal, bercinta bertahun-tahun boleh pulak tahan. 



Mungkinkah ini kesalahan-kesalahan suami terhadap isteri yang mana menyumbang kepada peningkatan kes penceraian di Malaysia? Mungkin.


SATU Tidak Mengajarkan AGAMA dan HUKUM syariat kepada isteri
Banyak kita dapati para isteri tidak mengetahui bagaimana cara solat yang betul, hukum haid & nifas, bertingkahlaku/berperilaku terhadap suami secara tidak syar’ie & tidak mendidik anak-anak secara Islam. Bahkan ada yang terjerumus ke dalam pelbagai jenis kesyirikan. Yang menjadi perhatian seorang isteri hanyalah bagaimana cara memasak & menghidangkan makanan tertentu, cara berdandan yang cantik dsb. Tidak lain semua kerana tuntutan suami, sedangkan masalah AGAMA, terutama ibadahnya tidak pernah ditanyakan oleh suami.

Padahal Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Hai orang–orang yang beriman, peliharalah dirimu & keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia & batu, penjaganya malaikat – malaikat yang kasar, keras & tidak mendurhakai Allah terhadap apa yg di perintahkan-Nya kpd mereka & selalu mengerjakan apa yang diperintakan” {Al-Quran, Surah At-Tahrim:6}

Maka para suami diminta untuk tidak sesekali mengABAIkan hal ini, kerana semuanya akan diminta dipertanggungjawapkan keatasnya. Hendaklah benar-benar mengajarkan agama kepada isterinya, baik dilakukan sendiri atau melalui perantara. Antara lain yang dapat dilakukan; menghadiahkan buku-buku tentang Islam & hukum-hukumnya serta berbincang bersama-sama, kaset/cd ceramah, mengajak isterinya menghadiri ke majlis-majlis ILMU yang disampaikan oleh orang-orang yang berilmu dsb.. (yang paling praktikal.. ajaklah solat berjemaah di rumah atau di surau/masjid misalnya)


DUA Suka Mencari Kekurangan & Kesalahan Isteri
Dalam suatu hadith riwayat Bukhari & Muslim, Rasulullah s.a.w melarang lelaki yang berpergian dalam waktu yang lama, pulang menemui keluarganya di waktu malam, kerana dikhuatirkan akan mendapati berbagai kekurangan isteri & cela isterinya. Bahkan suami diminta bersabar & menahan diri dari kekurangan yang ada pada isterinya, juga ketika isteri tidak melaksanakan kewajipannya.Kerana suami juga mempunyai kekurangan & celaan seperti sabda Rasulullah:

“Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.” {H.R. Muslim}


TIGA Memberi Hukuman yang Tidak Sesuai Dengan Kesalahan Isteri
Ini termasuk bentuk kezaliman terhadap isteri, antara lain iaitu:

(a) Menggunakan pukulan di tahap awal pemberitahuan hukuman 
{sila rujuk Al-Quran, Surah An-Nisa : 34}

(b) Mengusir isteri dari rumahnya tanpa ada kebenaran secara syar’ie 
{sila rujuk Al-Quran, Surah Ath-Thalaq : 1}

(c) Memukul wajah, mencela dan menghina.

Dalam as-Sunan dan al-Musnan dari Mu’awiyah bin Haidah al-Qusyairi bahawa ia berkata: “Ya Rasulullah, apakah HAK isteri atas suaminya? Nabi s.a.w menjawab:

“Hendaklah engkau memberinya makan jika engkau makan, memberinya pakaian jika engkau berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menjelek-jelekkan & tidak menghajar(boikot) kecuali di dalam rumah.” 
{H.R. Ibnu Majah disahihkan oleh Syeikh Albani}

EMPAT Culas Dalam Memberi Nafkah Kepada Isteri

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.” {Al-Quran, Surah Al-Baqarah : 233}

Isteri BERHAK mendapatkan nafkah, kerana dia telah membolehkan suaminya bersenang–senang kepadanya, dia telah mentaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengasuh & mendidik anak-anaknya. Dan jika isteri mendapati suaminya culas dalam memberi nafkah, bakhil, tidak memberikan nafkah kepadanya tanpa ada pembenaran syar’ie, maka dia boleh mengambil harta suami untuk mencukupi keperluannya secara ma’ruf (tidak berlebihan) meskipun tanpa sepengetahuan suaminya.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya sedangkan dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.” {Muttafaq ‘alaih}


LIMA Sikap Keras, Kasar, Tidak Lembut Terhadap Isteri
Rasulullah s.a.w bersabda: “Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik–baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” {H.R. at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani}

Maka suami hendaklah berakhlak baik terhadap isterinya dengan bersikap lembut & menjauhi sikap kasar.


ENAM Kesombongan Suami Membantu Isteri Dalam Urusan Rumahtangga
Ini kesalahan yang paling banyak MENJANGKITI para suami. Padahal lelaki yang paling UTAMA yakni Rasulullah s.a.w tidak segan silu membantu pekerjaan isterinya.

Ketika Aisyah r.ha ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w di rumahnya, beliau menjawab:

“Beliau membantu pekerjaan isterinya & jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat.” {H.R. Bukhari}


TUJUH Menyebarkan Rahsia dan Aib Isterinya

“Sesungguhnya diantara orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang menggauli isterinya & isterinya menggaulinya kemudian dia menyebarkan rahsia-rahsia isterinya.” {H.R. Muslim}

Dalam hadith ini diHARAMkan seorang suami menyebarkan apa yang terjadi antara dia dengan isterinya terutamanya di tempat tidur. Juga diharamkan menyebutkan perinciannya, serta apa yang terjadi pada isterinya baik berupa perkataan mahupun perbuatan lainnya.


LAPAN Sikap Terburu-buru Dalam Menceraikan Isteri
Wahai suami yang mulia, sesungguhnya hubungan antara engkau & isterimu adalah hubungan yang kuat lagi suci, oleh keranyalah Islam menganggap penceraian adalah perkara besar yang tidak boleh diremehkan kerana penceraian akan menyeret kepada kerosakan, kacau bilaunya pendidikan anak dsb. Dan hendaknya perkataan cerai/talak itu tidak digunakan sebagai bahan gurauan/mainan. Kerana Rasulullah s.a.w teleh bersabda:

“Ada 3 hal yang kesungguhannya dan gurauannya sama-sama dianggap sungguh-sungguh iaitu: NIKAH, TALAK (cerai) dan RUJUK.” 
{H.R. Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah, dinilai “hasan” oleh asy-Syeikh Albani}

Memang perselisihan antara suami isteri sering terjadi kadang sampai mengarah kepada penceraian. Akan tetapi penceraian ini tidak boleh dijadikan sebagai langkah pertama dalam penyelesaian perselisihan ini. Bahkan harus diusahakan berbagai cara untuk menyelesaikannya, keran kemungkinan besar akan banyak rasa penyesalan yg ditimbulkan dikemudian hari kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian ia mengutus para tenteranya. Maka tentera yang paling dekat dengan Iblis adalah yang paling besar fitnahnya (penyesatannya). Maka datanglah salah satu tenteranya dan melapor: Aku telah melakukan ini dan itu, maka Iblis berkata: Engkau belum melakukan apa-apa, kemudian datanglah tentera yang lain dan melapor: Aku telah menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya. Maka Iblis pun mendekatkan tentera syaitan ini di sisinya lalu berkata: Engkau tentera terbaik.” {H.R. Muslim}


SEMBILAN Berpoligami Tanpa Memperhatikan Ketentuan Syari’at
Menikah untuk kedua kali, ketiga dan keempat kali merupakan salah satu perkara yang Allah syariatkan. Akan tetapi yang menjadi catatan di sini bahawa sebahagian orang yang ingin menerapkan syariat ini/telah menerapkannya tidak memperhatikan sikapnya yang tidak memenuhi kewajipan serta tanggungjawab terhadap isteri. Terutama isteri pertama & anak-anaknya.

“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinlah) seorang sahaja.” {Al-Quran, Surah An-Nisa : 3}

Sikap ini merupakan KEADILAN yang diperintahkan Allah s.w.t. Memang benar berpoligami merupakan syariat Islam, tetapi jika seseorang tidak mampu melaksanakannya dengan baik & tidak memenuhi syarat-syaratnya atau tidak boleh memikul tanggungjawabnya, hal ini boleh menjuruskan kerosakan sesebuah rumahtangga, menghancurkan anak-anak & menambah permasalahan keluarga & juga kepada masyarakat. Maka fikirkanlah akibatnya & perhatikanlah dengan saksama perkaranya sebelum masuk ke’dalam’nya.


SEPULUH 
Lemahnya Kecemburuan
Para suami memBIARkan keelokan, keindahan & kecantikan isterinya DINIKMATI & DIPERTONTONkan oleh ramai orang. Dia memBIARkan isterinya menampakkan auratnya ketika keluar rumah, membiarkan berkumpul dengan lelaki-lelaki lain. Bahkan sebahagian ada yang BANGGA kerana telah memiliki isteri yang cantik yang boleh dinikmati ‘pandangan’ kebanyakan orang. Padahal wanita dimata Islam adalah makhluk yang SANGAT mulia, sehingga keindahan & keelokannya hanya diperuntukkan atau DIKHUSUSkan buat suaminya sahaja tidak sesekali di’jaja’ kemana-mana pun.

Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap istrinya tidak akan membiarkan isterinya berjabat tangan dengan lelaki lain yang BUKAN mahram.

“Ditusukkan kepala seorang lelaki dengan jarum dari besi lebih baik daripada dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.”
{lihat dalam ash-Shahihah : 226}

Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya, dia akan memperhatikan sabda Rasulullah s.a.w:

“Janganlah kalian masuk menemui para wanita.” lalu seorang Ansar berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan al-hamwu (kerabat suami)?” Beliau mengatakan, “Al- hamwu adalah kematian.” {Muttafaq ‘alaih}

Perhatikan juga ancaman Rasulullah s.a.w terhadap lelaki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga (isteri):

“Tiga golongan yang Allah s.w.t tidak akan melihat mereka pada hari kiamat iaitu seseorang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts” {H.R. An-Nasa’i dinilai ‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah : 674}

Dan ad-Dayyuts (dayus) adalah LELAKI yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarganya.

Semoga bermanfaat buat kita semua..

-Amekaw-
Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign