Followers

30 April 2015

Kebaikan Herbal Blend® Multi-Purpose Cream

Assalammualaikum semua.
Haa, semoga dalam keadaan sihat.
Korang, ingat lagi tak entry nadia pasal cara merawat kulit kaki merekah ?
cara semulajadi tu.

haaaaaaaa. ini ada lagi cerita best.
cara merawat kulit kering, kulit kering, gatal2 sepantas A B C.
gituuu.

Guna je ni.
Bebas PARABEN itu yang penting.



















Herbal Blend Shaklee ni best sangat tau.
Sebab boleh digunakan untuk banyak benda.
Sebelum tu, kena la tengok dulu apa kandungan dia kan.

Penting tau tahu kandungan before guna !





Ramuan#1 Sage (Salvia officinalis)
Sage, atau Salvia officinalis saintifik dikatakan tumbuh liar di sekitar abad ke-16 di beberapa kawasan di Sepanyol dan Yugoslavia.
Terdapat juga negeri dari Sage Mediterranean mempunyai rasa dan bau yang lebih lazat daripada iklim lain.
Sage adalah herba yang manakah mempunyai jangka hayat yang panjang dan Sage sering diekstrak untuk digunakan sebagai pembasmi kuman.
Sage daun mengandungi astringen Itulah yang terbaik untuk Mengecutkan liang terbuka dengan mendapatkan bahan-bahan kosmetik itu tidak dibersihkan dengan betul.
Jika bijaksana daun dalam campuran ke dalam bilik mandi, ia dipercayai untuk mengurangkan bau peluh.
Beberapa kajian perubatan menunjukkan daun sage boleh Tenangkan dan menyembuhkan ulser mulut
Membantu dalam penghadaman lemak dan daging selera jika bercampur dengan makanan.




Ramuan #2 Horse Chesnut (Aesculus hippocastanum)
Horse Chestnut Seed Extract merupakan agen antiradang, 
Menyelesaikan masalah rheumatism atau penyakit sendi




Ramuan #3 Yarrow (Achillea millefolium)
Bagus untuk kulit sensitif,
Melegakan ruam atau kulit terbakar
Antiseptik
Anti radang atau anti inflammation
Mempunyai keupayaan yang tinggi untuk penyembuhan luka





Ramuan #4 Rosemary
Meredakan sakit sendi dan keradangan pada sendi tulang
Baik untuk melegakan gigitan serangga
Banyak digunakan dalam merawat ekzema
Amat berkesan dalam penyembuhan luka


===========================================================

Keadaan Yang Memerlukan Anda Menggunakan Herbal Blend
Herbal blend sememangnya sesuai untuk kegunaan seisi rumah. Jika anda masih was-was apakah yang menyebabkan saya katakan semua orang memerlukan Herbal Blend ni, saya akan bongkar keadaan yang sesuai anda sapu krim ajaib ni ya:

Digigit nyamuk atau serangga
Ruam lampin/pampers bayi
Tumit merekah dan kasar
Kulit kasar kerana kerja berat
Anak mengalami eczema
Kesan terbakar
Terkena minyak atau air panas
Gatal-gatal disebabkan habuk
Losyen yang mesra alam
Kelegaan untuk lutut yang sakit

BEST KAN ?
Mesti nak . mesti !

Boleh roger nadia di fb @ whatsapp 0132558600
Nak bagi harga kasih sayang bersama konsultasi terbaik, inshaAllah !

Wassalam.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

29 April 2015

Video ; Kompem Gelak !

video


Memang sangat comel,
Dah jadi viral pun kan ?

Sampai teringat2 perkataan dia.
Haaaa, moh la amalkan. 
Ini doa yang disarankan baca lepas solat subuh tau.

Ummu Salamah R.A  menceritakan bahawa Nabi SAW selepas mengucapkan salam selesai solat subuh, beliau membaca (do'a):

اللهم إني أسألك علما نافعا ورزقا طيبا وعملا متقبلا 

ALLAHUMMA INNII AS ALUKA 'ILMAN NAAFI'AN WA RIZQAN THAYYIBAN WA 'AMALAN MUTAQABBALAN

Yang membawa maksud:
Ya Allah sesungguhnya aku meminta kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rizki yang baik dan amal yang diterima..." 

(Sahih, HR Ibnu Majah: 925)

Pakat share la okeyh !
Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

22 April 2015

Menghayati Keistimewaan Rejab



Dengan izin Allah SWT, kita sudahpun berada di bulan Rejab dalam tahun Hijrah 1436 ini. Jika diperhatikan, manusia berbeza-beza dalam menyambut kedatangan bulan Rejab setiap tahun.

Ada yang langsung tidak menyedari datang dan perginya Rejab kerana terlampau sibuk dan kurang peka pula pada perjalanan takwim Islam. Tidak kurang yang menyambut kedatangan Rejab dengan penuh gembira dan bersemangat serta mempertingkatkan amalan di dalamnya.

Ada pula yang menyambutnya dengan terlampau mempermasalahkan dan mempertikaikan keistimewaannya dan kewajaran menambahkan amalan padanya.

=====================================================

Kita merasakan bahawa mereka yang paling beruntung adalah mereka yang memahami dan mengenali Rejab serta menunaikan hak hari-harinya sebagaimana yang selayaknya tanpa melampau atau mencuaikan.

Bagi kebanyakan mereka yang meraikan kedatangan Rejab, bulan ini dirasakan begitu istimewa kerana ia menandakan hampir ketibaan tetamu agung, Ramadan al-Mubarak.

Ramadan sudah tentulah dirindui dan dinanti-nanti oleh setiap mereka yang beriman dan para pencinta Allah SWT dan Rasul-Nya SAW. Tempias kecintaan kita kepada Ramadan turut terkena pada Rejab dan Syaaban sebagai pengapit dan pendamping setia kepada Ramadan.

Keterkaitan dalam keberkatan bulan-bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan terlihat dalam sepotong doa yang diriwayatkan oleh Anas r.a daripada Rasulullah SAW yang bererti,

“Ya Allah, Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadan”.

(diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dalam al-Syua’aab, Ibn Abi al-Dunya dan Ibn Sunniy).

Sebenarnya keistimewaan Rejab turut disebut di dalam al-Quran dengan menyenaraikannya sebagai salah satu daripada empat bulan haram. Allah berfirman yang maksud-Nya:

Sesungguhnya bilangan bulan disisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram….

(at-Taubah: 36)

Para ulama bersepakat Rejab adalah antara bulan yang dimaksudkan oleh Allah SWT dalam ayat ini dan beberapa ayat lain. Jelas bahawa Allah SWT sendiri di dalam al-Quran telah memuliakan bulan Rejab dengan mengisytiharkannya sebagai salah satu daripada bulan-bulan haram.

Mengikut pandangan yang masyhur di kalangan ulama, Allah SWT juga telah memuliakan bulan Rejab dengan berlakunya di antara peristiwa terpenting dalam sirah Nabi SAW iaitu peristiwa Israk dan Mikraj di dalamnya.

Sebagai golongan hamba-Nya yang terpilih, keistimewaan bulan Rejab tidak terlepas daripada pandangan ulama baik dahulu dan sekarang. Mereka telah menunjukkan contoh serta menggalakkan kita mempertingkatkan amalan dengan bersangka baik dengan Allah SWT bahawa dengan keberkatan bulan ini ganjaran amalan dan rahmat Allah SWT akan berlipat ganda.

(Imam Ibn Jarir al-Tobari ada meriwayatkan pandangan Ibn Abbas r.a mengenai hal ini dalam tafsirnya).

Jika dikira hubungan Rejab, Syaaban dan Ramadan memang sesuailah kita lebih banyak berpuasa dan solat sunat, tilawah al-Quran, berzikir dan bersedekah sebagai membina momentum ke arah penghayatan Ramadan yang lebih cemerlang.

Sebahagian ulama menganjurkan kita membanyakkan istighfar di bulan Rejab dengan semangat al-Takhalliy iaitu untuk mengosongkan atau membersihkan diri kita. Ini disusuli penganjuran kita memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi SAW di bulan Syaaban sebagai fasa al-Tahalliy yang bererti mengisi atau memperhiaskan diri sesudah diri kita dikosongkan dan dibersihkan dengan istighfar dan taubat.


941559_468243523255924_1227337440_n

 Sesudah kita bersiap dengan membersih dan memperhiaskan diri barulah layak untuk kita bertaqarrub langsung dengan Allah SWT (al-Tajalliy) dengan memperbanyakkan tilawah al-Quran, sepanjang Ramadan.

Jika direnungi, anjuran para ulama ini sangat mendalam falsafah dan hikmahnya demi membantu kita menghayati bulan-bulan yang mulia ini dengan lebih bermakna.

Jika menjadi keyakinan setiap mukmin bahawa hidup dunia ini sebagai suatu ujian atau peperiksaan besar, maka Ramadan dan segala hari dan bulan yang istimewa dalam Islam bolehlah dianggap sebagai kelas-kelas tambahan atau ujian-ujian latihan. Ia akan mendorong kita sentiasa peka dan siap-siaga dalam mengharungi proses ujian tersebut.

Dengan segala kelemahan yang ada pada diri insan adalah sukar untuk menempah kejayaan dalam ujian kehidupan ini jika kita tidak dapat menumpang belas ihsan dan rahmat Ilahi. Dan sememangnya Allah SWT maha kaya dengan sifat rahim, ihsan dan adil serta segala sifat-sifat kesempurnaan.

Di antara gambaran ihsan dan keadilan Allah SWT bagi kita para hambanya yang diletakkan dalam ujian yang getir ini, kita tidaklah dibiarkan sendirian tanpa panduan. Selari dengan fitrah manusia sukakan kepelbagaian, silih-berganti hari dan bulan Islam berserta dengan kaitannya dengan sirah Nabi memberi ruang untuk kita memperkukuhkan tautan kita dengan Allah SWT dan Rasul-Nya SAW.

Di bulan Rejab ini banyak masjid, surau dan institusi mengambil peluang mengadakan ceramah dan majlis Israk Mikraj. Perbuatan ini jika dianggap sebagai suatu adat dan tradisi untuk menghimpunkan orang ramai bagi mendekatkan diri mereka dengan agama tanpa dianggap sebagai suatu pensyariatan adalah suatu amalan yang terpuji dan tidak bercanggah dengan mana-mana usul agama.

Malah para pendakwah dan mereka yang cintakan agama sepatutnya sentiasa mencari munasabah bagi menghimpun orang-ramai dalam majlis-majlis yang dipenuhi dengan penambahan ilmu, peringatan, doa dan zikir.

Inilah antara pandangan tokoh besar ulama dunia Islam, al-Muhaddith Dr. Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki al-Hasani r.a dalam tulisan khususnya mengenai Israk dan Mikraj bertajuk al-Anwar al-Bahiyyah min Isra’ wa Mi’raj Khayr al-Bariyyah.

Beliau turut menegur golongan yang menentang penganjuran majlis sedemikian dengan katanya: “Memanfaatkan perhimpunan orang ramai dengan memberikan peringatan, petunjuk, nasihat dan mengarahkan mereka kepada kebaikan adalah lebih utama daripada menghalang, menolak dan mengingkari perhimpunan mereka dengan alasan yang tidak ke mana. Selama ini pun, apa yang dapat dilihat tegahan mereka tidak pun memberikan sebarang kesan”.

Sememangnya peristiwa Israk dan Mikraj menyajikan pelbagai pengajaran untuk memperkukuhkan lagi ikatan iman umat. Selain antara mukjizat besar yang membuktikan kenabian Nabi kita SAW, ia telah menjadi saat umat Islam dianugerahi ibadah solat sebagai Mikraj roh kepada Allah setiap hari.

Ia juga memperjelaskan keistimewaan kedudukan kita sebagai umat Nabi SAW dengan sebab menumpang keistimewaan dan keutamaan Nabi SAW yang menjadi Imam segala Nabi dan Rasul. Melalui peristiwa tersebut kita juga diperingatkan realiti kehidupan akhirat dengan balasan azab dan nikmat yang akhirnya meletakkan segala yang kita lalui dan punyai dalam kehidupan ini dalam perspektifnya yang sebenar.

Inilah sekadar segelintir perkara iktibar di sebalik kehadiran bulan Rejab dan peristiwa Israk dan Mikraj yang wajar diperincikan lagi dan diulang-ulangkan.

Malangnya ada juga penceramah yang kurang berhati-hati lalu dalam membicarakan tentang peristiwa ini turut membahaskan isu-isu kontroversi seperti mensabitkan tempat dan sifat bagi Allah SWT, Maha Suci Allah daripada menyerupai makhluknya.

Tokoh ulama mutakhir, Sheikh Yusuf al-Dijwi ada menegur tentang perkara ini dalam himpunan tulisan dan fatwanya.

Beliau menegaskan, adalah tidak wajar ayat-ayat mutashabihat berkaitan dengan isu ini dibicarakan kecuali di dalam majlis-majlis khusus di kalangan para ulama berdasarkan keperluan.

(Maqalaat wa Fatawa al-Shaikh Yusuf al-Dijwi, (Kaherah, Dar al-Basoir, 2006) Jld 2, ms.724)

Semoga kita dikurniakan kesedaran, kesihatan, semangat dan himmah yang tinggi dalam naungan taufik untuk menunaikan hak setiap hari yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita.

Semoga bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan kita tahun kita lebih baik daripada tahun sebelumnya.

  



=====================================================


Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

15 April 2015

Shaklee Skincare : ENFUSELEE vs NUTRIWHITE
























Tahukah anda bahawa Shaklee juga mempunyai produk untuk penjagaan kulit / wajah?
Haaaa, baru tahu ye? Kalau dah tahu alhamdulillah. Kalau belum, meh nadia nak cerita.

Skincare Shaklee terbahagi kepada dua brand seperti diatas,
Boleh terus rujuk gambar di atas untuk perbezaan bagi kedua2 jenis.

Macam mana kita nak tahu kita sesuai pakai yang mana?

Perkara pertama yang anda perlu tahu ialah samada anda masih mempunyai masalah jerawat atau tidak.

Perkara kedua ketahui samada kulit anda jenis kering, berminyak keseluruhan muka, atau berminyak di zone T sahaja. 

Sekiranya anda telah kenal pasti dua perkara ini, anda boleh hubungi pengedar Shaklee anda untuk mendapatkan cadangan set kecantikan Shaklee yang bersesuaian dengan anda. 


Pilihlah set kecantikan yang bersesuaian dengan jenis kulit anda, bukannya pilih secara ikut suka sebab rasa minat lah ye.

Kulit adalah bahagian yang sensitif dan perlu dijaga dengan rapi. 
Pemilihan set yang betul adalah penting supaya set kecantikan anda boleh membantu merawat kondisi kulit anda dan bukannya menjadikannya lebih teruk.

SET NUTRIWHITE ➻ Kulit Normal
SET ENFUSELLE NORMAL-DRY ➻ Kulit Kering yang berjerawat
SET ENFUSELLE NORMAL-OILY ➻ Kulit Berminyak yang berjerawat

PENTING !
Cari pengedar Shaklee yang berilmu untuk membantu anda dan boleh memberikan konsultasi kepada anda.
Er. er. Macam nadia kot, inshaAllah !

---------------------------------------------------------------
Shaklee always SAFE | Shaklee always WORKS | Shaklee always GREEN


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
♥ Nadia Syakila
Happy working at home wife

Facebook : Nadia Syakila
Shaklee Independent Distributor
ID 1028241  | 013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

12 April 2015

Senang Aku, Susah Aku..

Assalammualaikum,

Hidup tak selalunya indah, 

Laut tidak selalunya tenang,
dan hari tidak selalunya cerah. 

Namun susahnya hidup, 
geloranya laut dan mendungnya hari,
bukanlah pencacat sebuah diari kehidupan. 

Ada cerita disebaliknya. 
Kita perlu bersedia untuk menghadapinya dan mencari maknanya supaya kita sentiasa ingat kepada Yang Maha Kuasa.

- Putaran Kehidupan






















Bila tengok bait atas kat atas, 
nadia termenung jauh teringatkan kehidupan nadia sepanjang 25 tahun ni.
Betullah kata orang, dunia ni macam roda ~ ada kala kita di atas, dan ada kala kita di bawah. Dan nadia rasa terpanggil untuk coret kan perkongsian tentang kehidupan nadia.

Nadia harap sangat, yang mana buruk jangan dicerca malah doakan nadia agar menjadi lebih baik dan jadikannya sebagai sempadan. Dan yang pasti, yang baik itu di ikutilah.
Nadia sekadar ingin berkongsi rasa dan pengalaman tentang kehidupan nadia yang sangat biasa ini dan InshaAllah, akan menjadi luar biasa nanti.

INTAN PAYUNG
Nadia adalah anak bongsu dan tunggal perempuan.
Sejak daripada kecil, mak dan ayah serta abang2 menatang nadia ibarat minyak yang penuh. Membawa ke alam sekolah dan terus bersambung ke alam universiti. 

Apa yang nadia nak, rasanya semua nadia akan dapat. Tak kisah lambat atau cepat.
Pasti dapat ! Best kan? Yang tak bestnya ialah dari segi menguruskan keewangan dan ekonomi, nadia memang boros dan tak pandai menyimpan.

Sampai ke alam universiti pun sama, pernah lah juga sementara nak tunggu ayah masukkan duit tu berpuasa dua tiga hari sebab ayah nak bagi pengajaran tapi tetap buat benda yang sama.

Sebab apa ye? Sebab nadia merasakan nadia ada tempat untuk bergantung. Anytime boleh minta duit kat ayah, topup kat abang - abang dan kebetulan pula semasa tahun akhir nadia ada buat perniagaan kecil - kecilan seperti tudung dan Shaklee (secara main-main), memang duit belanja mewah, tapi sekali lagi, bila kita tak uruskan keewangan dengan baik memang akan ada masalah jugak.

Tapi nadia tak risau, ayah kan ada..

HIDUP MACAM RODA
Semua berubah bila mak jatuh sakit, kesihatan mak semakin hari semakin berkurangan, bila mak tak sihat dan dibawa ulang alik dari rumah - hospital, duit simpanan yang mana ada pun semakin berkurangan dan tidak cukup. 

Tambahan lagi, angah nadia yang tinggal serumah juga ada masalah dalam perniagaan (kontraktor). Rumah masa tu di diami oleh 10 orang , walaupun masa ni nadia dah berkahwin, nadia masih tinggal di rumah mak ayah di Melaka. 

Kami betul2 kesempitan dari segi ekonomi, namun nadia, ayah dan angah tetap bersyukur sebab walaupun masalah yang datang bertimpa2 tetap ada jalan penyelesaiannya. Dan lagi pulak kediaman / rumah tidak disewa, kereta semua tiada hutang.
Hanya perlukan belanja seharian.

Dalam kesulitan Allah uji lagi, dalam fasa ini baru dapat tahu yang ayah ada gout. 
Bila gout menyerang, ayah memang duduk di rumah je. Tak boleh nak kesana kemari untuk tambah sumber pendapatan. Untuk pengetahuan ayah tidak berkerja tetap, ayah pandai dalam bisnes, tapi adat orang bisnes dan kerja sendiri ini kena bergerak kan.

Dan saat ini nadia ambil kata putus untuk cari kerja, Allah mudahkan.
Nadia berkerja sebagai pembantu tadbir di JRS Event dengan gaji (tempoh percubaan) RM900 sebulan. Dengan gaji nadia, nadia bantu ayah dan angah dalam perbelanjaan rumah, bahagian nadia bayar elektrik, bil tm, bil astro dan beli keperluan mak.

Masa ni nadia masih buat Shaklee juga, tapi memang tak konsisten dengan alasan tak sempat, huh ! sedih sangat bila dikenangkan padahal boleh je sebenarnya !

Selepas 3 bulan gaji nadia naik kepada RM1300 dan sekali lagi, bila gaji besar, nadia akan besarkan jugak portion untuk belanja rumah.

ANAK TAK GUNA
Sepanjang nadia kerja, mak dan ayah pernah dimasukkan ke hospital. Tapi nadia tak dapat jaga pun, sebab nadia berkerja. Kekangan masa yang gila - gila sebab nadia punya company adalah syarikat event yang weekend kebiasannya ada program.

Kalau nadia tak kerja, macam mana pulak nak bantu ayah dan angah kan?
Tapi nadia betul betul rasa useless, pernah satu malam tu, nadia menangis gila-gila sebab tak dapat nak jaga mak ayah dengan tangan sendiri.

Nadia nak bagi mak ayah kehidupan yang lebih baik, 
Dalam masa yang sama nadia nak jaga diorang ~ mana aku nak dapat peluang ni?
soalan yang nadia selalu akan tanya pada diri.

HIDUP BERDIKARI
Setelah 5 bulan berkerja, nadia mengambil keputusan untuk pindah ikut suami di Johor.
Kenapa ? Sanggup nadia tinggalkan mak ayah ? Sebab musabab tu, biarlah nadia dan suami simpan sampai mati :')  Dan inshaAllah, ia terbaik untuk semua :)

Awal bulan 11 nadia pindah ke Johor, niat di hati nak cari kerja untuk bantu ayah dan suami sekaligus tapi memang susah nak dapat kerja kat sini. Akhirnya satu peluang tiba, RM700 sebulan dan perjalanan tempat kerja dan rumah dalam 15 - 20 minit serta dalam keadaan kami yang hanya ada 1 pengangkutan. Serabut !

Kami putuskan untuk biarkan peluang tu,
Nadia pulak tanya pendapat pasal kerja pada kawan2 dan mereka cadangkan lebih baik nadia fokus berbisnes sebab nadia pernah dapat RM1500/sebulan hanya dengan bis Shaklee sebelum ni.
























Allah hadirkan idea dan hidayahNya, dan nadia ?
Nadia tanam azam dan tekad ! 

Walaupun pada awal 2 bulan pertama, kehidupan nadia dan suami ada ada dan tak da,
pernahkan sampai minum air kopi sahaja untuk menghilangkan lapar dan dahaga.

tapi kami tak pernah putus asa dan takkan putus asa.
Bukan sebab kami sendiri sebab kami ada mak ayah dan keluarga yang perlu nadia dan suami bantu !

dan selagi kami mampu, kami takkan susahkan orang lain :')

IBU BAPA DAN KELUARGA ADALAH BIG WHY KAMI !

Inilah keluarga nadia yang nadia sangat cinta, walaupun dari segi fitrahnya kami tiada pertalian darah, namun cinta dan sayang mereka kepada nadia lebih dari segala - galanya.

Mak dan ayah, moga Allah kayakan nadia. Moga Allah beri nadia masa !


Berjubah hitam adalah ibu yang telah melahirkan nadia, yang menanggung perpisahan saat nadia berumur 3 hari.
Berhempas pulas melahirkan nadia bertarung nyawa, banyak urat - urat ibu putus. Nadia nak bahagiakan ibu !
Mertua adalah umpama mak dan ayah nadia juga, sebab mereka lah telah membesarkan suami nadia yang baik, rajin dan penyayang ini. Nadia ralat sangat sebab arwah abah dah pun meninggalkan kami. Ada sorang je mak yang perlu kami jaga sebaik mungkin. Mak, nadia dan abang akan jaga mak sebaik-baiknya !







































CUKUP KE DENGAN BIS SHAKLEE?
Nadia dapat juga soalan2 macam ni daripada kenalan mahupun keluarga terdekat.
Yakin tak yakin je kan ? Alhamdulillah, nadia dah ada contoh terdekat, mak Shaklee nadia sendiri gaji dah lebih fresh grad degree, nenek Shaklee nadia sendiri bakal mencecah 10 angka. 

Kalau anda tengok mereka, memang sangat tekad orangnya.
Semua dijaga, amalan rohani, strategi. Sebab kita tahu kan, mana ada jalan mudah nak jadi senang ? mencuri yang berdosa tu pun perlukan rancangan yang rapi dan kemahiran.
Apa push factor mereka? Lebih kurang sama, keluarga, suami dan anak.


Berbalik semula, mencukupi dengan bonus Shaklee nadia daripada dua angka sampai empat angka sekarang, nadia dapat bagi mak dan ayah tanpa MISS !

Ingat lagi awal2 dulu, bonus Shaklee dalam RM30.
RM 10 topup untuk ayah, RM 10 untuk buah - buahan mak sebab mak suka makan buah.
RM 5 untuk belanja anak buah aiskrim dan RM 5 untuk nadia topup.

Tak banyak kan RM30 ?

Tapi cukup buat anak2 gembira, ayah berlinangan air mata dan mak jadi berselera.

Ini kan pulak peluang nak buat duit lebih banyak lagi terbuntang depan mata,
Nadia takkan biarkan ! Takkan , inshaAllah.

JANJI ALLAH ITU PASTI
Alhamdulillah ala kulli hal. Kehidupan nadia dan suami bertambah baik.
Suami dengan bisnes nya sambil berkerja. Dan nadia dengan Shaklee nadia ni. 
Man jadda wa jadda, Allah takkan ubah nasib kita kalau kita tak ubah sendiri kan?

Bisnes Shaklee menawarkan kebebasan keewangan dan kebebasan masa.
Bila - bila masa nadia nak balik Melaka atau Batu Pahat nadia boleh balik.
Nadia nak usaha untuk dapatkan kebebasan keewangan, biar nadia senang.

Senang nadia nak belikan mak ayah vitamin dan ubatan, 
Senang segala - galanya. Moga Allah bagi nadia kesempatan.
Antara impian terbesar nadia nak hantar mak dan ayah the best hospital yang ada,
nak bagi semua benda yang paling best dan yang terbaik.

Macam mak dan ayah beri nadia yang terbaik dalam dunia,
Tak kasi nyamuk pun gigit nadia, terbayang2 mak tak tidur bila nadia demam.
Allah, nadia kena berjaya dan kaya ! 

Dan Nadia boleh bantu abang2 nadia terutamanya Angah.
Yang belikan nadia segala keperluan belajar, baru cakap hari ni esok dah dapat.
Sampai mati nadia tak dapat balas jasa angah, nadia akan buat yang terbaik untuk anak2 angah nanti.

Kawan - kawan nadia yang nadia nak bahagiakan, kawan - kawan suami yang banyak membantu dalam arus bergelora dan badai kehidupan kami.

Dari yang mendoakan, memberi apa sahaja atau meminjamkan walhal 1 sen pun.
Semoga Allah membalas jasa kalian.

==========================================================

Allah, nadia tak boleh berlengah lagi.
Nadia wajib berjaya. Wajib !

Nadia nak mudahkan orang-orang yang macam nadia,
atau mungkin lebih susah dari nadia. I will !

Doakan nadia maju dengan bis Shaklee nadia.
Biar nadia dapat capai impian nadia dan dapat capai orang lain capai impian mereka.
Benarkan nadia.

#notakaki

Nadia sedang menanti bonus Mac lepas 4 angka untuk memberi manfaat pada orang lain, yeay ! alhamdulillah ~ dapat belikan mak Vivix yang best ni.

Nadia Syakila
Memberi Selagi Ada
Berdoa Selagi Bernyawa

Ingin menjadi luar biasa,
Bukan untuk dibanggakan, tapi untuk dimanfaatkan.

Salam sayang untuk anda semua, lillahi taala.



Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

11 April 2015

Kebaikan Memelihara Kucing..

Assalammualaikum,

Siapa sini suka kucinng ? Sila angkat tangan sekarang.
Wah, ramai ramai. Bagus ! 

Jangan risau, yang tak berapa suka atau takut,
nadia faham sangat keadaan korang tau. Nadia ada kawan - kawan yg sangat takut dengan kucing dan kebiasaannya mereka yang takut dengan kucing ni pernah ada kes satu masa dulu. I will respect you guys no matter what ! Korang pon mesti tak nak jadi takut macam tu kan sebab kucing ni kan comey lotey..

Nadia ?
Nadia suka gila !
Alhamdulillah, suami pun suka gila.




















Here is our belang. 
En somi ambil dari dalam kem tempat dia berkerja.
Dia ni kira kucing pertama nadia dan suami lepas duduk kat rumah sendiri la.

Rumah nadia kat melaka memang banyak kucing.
Korang boleh refer " projek kucing " nadia untuk kemas najis yang bersepah2 tu.
Dan ada 3 cara / petua untuk tak nak bagi kucing berak merata > refer sini ok.

------------------------------------------------------------------------------------

Apa ea kebaikan memelihara kucing ? 

Kalau sebelum ni nadia memang pelihara kucing sebab suka je.
tapi rupanya ada kebaikan dia dan dalam masa yang sama, kita pun tahu kan Rasulullah pun pelihara kucing, so ia sunnah !


1. Menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan serangan jantung
Sebuah kajian dari University of Minnesota mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai kucing adalah antara 30 dan 40 peratus lebih tinggi untuk meninggal akibat penyakit yang melibatkan sistem kardiovaskular daripada mereka yang mempunyai kucing. Risiko untuk seorang pemilik kucing mati akibat serangan jantung juga adalah sangat rendah

2. Meningkatkan fungsi sistem imun (Daya Tahan Penyakit)
Membela kucing dapat membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh anda. Hubungan antara kucing dan pemilik kucing dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh seseorang pemilik kucing.

3. Mencegah Alergi
Jika anda akan mempunyai bayi, mungkin anda patut mempertimbangkan untuk membela kucing . Membela kucing dapat membantu anda mencegah alergi pada anak anda. Ada beberapa kajian yang baru lahir yang hidup dengan haiwan kesayangan dapat mengelakkan alahan berkembang.

4. Membantu mencegah asma pada anak
Selain membantu untuk mencegah alergi berkembang terhadap anak anda, ada beberapa bukti bahawa hidup dengan kucing juga boleh membantu mencegah asma pada anak-anak. Memiliki kucing pada usia awal anak anda dapat membantu mereka untuk mengelakkan risiko menghidap asma. Ini kerana sentuhan antara anak anda dengan kucing dapat membantu mengatasi masalah pernafasan.

5. Mengurangkan Tekanan Darah
Percayakah anda dengan hanya dengan mengusap-ngusap kucing dapat membantu menurunkan tekanan darah. Mereka yang mempunyai haiwan kesayangan, menurut State University of New York di Buffalo kajian, lebih cenderung memiliki tekanan darah lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.

6. Menurunkan Kolestrol
Berdasarkan kajian pemilik kucing memiliki kolestrol lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai kucing sendiri. Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan bahawa memiliki kucing sebenarnya lebih berkesan dalam menurunkan kolestrol daripada memakan ubat-ubatan kimia.

7. Mengurangkan risiko Mendapat Stroke
Prospek mempunyai stroke adalah menakutkan. Jika anda prihatin tentang mengalami serangan stroke, anda boleh mempertimbangkan untuk membela kucing. Memiliki kucing dapat mengurangkan risiko stroke. Sebuah kajian di Universiti Minnesota mendapati bahawa pemilik kucing dapat mengurangkan risiko mendapat stroke.

8. Mengurangkan stress (tekanan perasaan) dan rasa cemas
Memiliki kucing boleh membantu mengurangkan stress dalam hidup anda. Banyak manfaat psikologi jika kita membela kucing, dan salah satunya adalah menghilangkan stress. Dengan menjaga binatang atau berbicara dengan kucing anda, boleh membantu anda merasa lebih tenang dan mengurangkan tahap stres. Kehadiran seekor kucing bersama anda dapat membantu anda menenangkan diri anda kerana anda menikmati cinta tanpa syarat dari seekor kucing.

9. Menjadikan mood anda dalam keadaan “cool”
Dalam banyak kes, berinteraksi dengan haiwan kesayangan boleh membantu memperbaiki mood anda. Ini termasuk kucing. Memiliki kucing dapat membantu anda merasa lebih baik secara umum, dan meningkatkan mood anda.

10. Dapat membantu pesakit-pesakit Autis

Mereka dengan autisme mempunyai kesulitan berkomunikasi dalam cara yang sama seperti orang lain. Memiliki kucing benar-benar dapat membantu dalam kes ini. Ada kejadian di mana kucing telah berperanan dalam terapi untuk anak-anak autis.

11. Mengurangkan Kesepian
Hubungan persahabatan antara manusia dan kucing dapat membantu mereka yang kesepian. Hanya dengan memiliki kucing di rumah dan menghabiskan masa bersama boleh membantu mengurangkan rasa sunyi.

------------------------------------------------------------------------------------

Awak, cer  share kucing awak gi mane rupanya meh ?

-
-
-
-

♥ Nadia Syakila
Happy working at home wife

Facebook : Nadia Syakila
013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

10 April 2015

Motivation & Recognition Rally

Assalammualaikum,

Alhamdulillah.. 
hari ni berkesempatan nak tulis blog sampai habis.
dua tiga menjak ni selalu mood menulis macam di carik carik tau,
walaupun sebenarnya banyak benda nadia nak kongsikan dengan kawan2 ni ha.

Baiklah, hari ni nadia nak share pasal MOTIVATION AND RECOGNITION RALLY.
Siapa anjurkan? Haruslah Shaklee betul tak?
Dah nadia ni Shaklee Independent Distributor yang anda-anda boleh percayai, inshaAllah.

Apa benda sebenarnya ni ea?
motivation rally ni adalah majlis dimana Shaklee meraikan leader yang naik rank bersama - sama dengan pengedar Shaklee di kawasan2 tertentu. Contohnya macam sekarang ni nadia ni kira kawasan Melaka la.

Ada majlis penyampaian sijil , ada perkongsian daripada master dan last sekali makan - makan, haaa. part ni yang best. memang lambakan makanan ok. tak terhabis2 pulak tu.
dan semuanya adalah FREE !!

Jom kita share gambar sikit nak? 


Bread pudding yang sangat yummy ! 


Ada mee goreng, makaroni cheese, pizza roti jala dan ayam bako !


Barisan Supervisor Melaka, ada lagi ramai kot !

Tada ! Suami nadia datang masa ni, tapi dia ni pemalu.
Takpelah, nadia naik dengan anak buah je.
Nanti nadia naik stage as COORDI dan keatas dia wajib naik !



Here is SPARKLE Empire yang dibawah SENIOR COORDI Athirah (yang tudung coklat baju pink)
Mak nadia yang beg merah, SENIOR SUP Farah dan Nadia yang comel2 tu.

Alhamdulillah, dalam ni bukan setakat ada WORKING AT HOME WIFE ok, yang jadi cikgu as kerjaya pon ada.
Siapa kata bis SHAKLEE menghalang kita kerja? Pilihan di tangan kita, pilihlaaaah !


Sangat best ! Alhamdulillah sebab Allah bagi nadia peluang !!
Ada lagi banyak gambar sebenarnya, tapi kan dalam album fb.
Nak tengok? 

> SHAKLEE MOTIVATION & RECOGNITION RALLY <

Semua orang boleh tengok k, nadia dah public kan.
Sehingga ketemu lagi !

===================================================
Join me,

♥ Nadia Syakila
Happy working at home wife

Facebook : Nadia Syakila
Shaklee Independent Distributor
ID 1028241  | 013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

5 April 2015

DTX Complex



























Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula, seperti contoh serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung tanpa bioleh diperbaiki / bina semula dengan sendiri, tetapi tidak dengan hati.

HATI boleh membina dan membaiki semula strukturnya.
HATI boleh dianggap sebagai industri pemprosesan dalam tubuh manusia, menjalankan fungsi2 kritikal membaiki dan membina.

Penting kan orang yang bernama hati ni?
Agak-agak macam mana kita nak jaga hati ni?
Cukupkah dengan sekadar pemakanan yang kita makan sekarang ni?

Alhamdulillah, 
Kalau anda dah ambil makanan sunnah seperti madu dan kurma.
Apa kata kita upgrade lagi nak?

Dengan tambahan makanan tambahan Shaklee !


















Nadia Syakila
Happy working at home wife

Facebook : Nadia Syakila
Shaklee Independent Distributor
ID 1028241  | 013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com
Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

4 April 2015

Kurus Dengan Berkesan

Set Diet Asas dengan Cinch Shaklee

Lumrah dunia bila cerita bab kurus, turun berat berkilo-kilo, ramai yang teruja nak tahu apa rahsianya. Baik yang solo, berkahwin dan ibu menyusu memang mengidamkan badan kurus, ramping dan langsing. Siapa yang tak mahu kuruskan? Wanita mahu pun lelaki memang mengidamkan bentuk badan kurus sepanjang zaman. Awas! Pastikan kita mengamalkan program diet yang betul untuk mencapai kurus yang sihat.






Shaklee ada vitamin yang boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan secara ideal. Tapi apa yang penting, kita haruslah berdisiplin dalam menjaga pemakanan, minum air 3L sehari (ini sememangnya keperluan asas setiap manusia, juga membantu untuk membakar lemak ) dan untuk mendapat kesan yang cepat.

3 cara untuk menurunkan berat badan dengan Shaklee


Pertama: Detox

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Untuk detox vitamin yang sesuai adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak.


Kedua: Memecahkan Lemak

Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega Guard. Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak itu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak daripada melekat pada dinding membran. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Walau apa jua supplemen yang kita makan untuk kurus, kita wajib menjaga pemakanan seharian. Jangan makan sesuka hati. Kurangkan lemak dan minyak serta rajin bersenam dan banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 3L sehari.


Ketiga: Membina Otot dengan Protin

Protin sangat diperlukan untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, perkembangan otot, mengawal nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protin dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Kenapa perlu mengambil protin? Untuk menguraikan lemak daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Pastikan protin terkandung dalam setiap makanan jika kita sedang berdiet. Contoh makanan yg kaya protin ialah kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu, kekacang, avokado, ayam, dan tauhu,

Untuk protin terbaik, saya cadangkan Cinch Shake Shaklee. Cinch Shake Shaklee membantu kurus dengan lebih berkesan. Ibu yang menyusukan anak tidak digalakkan ambil Cinch Shake ni, tetapi gantikan ia dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)






Mari kita mengenali keistimewaan Cinch Shake Shaklee ini:

Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa santapan manis
Mengandungi Cinch Pro iaitu suatu campuran protin eksklusif diperkaya dengan asid amino leusina
Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot
Terdapat 24 gram protin dalam setiap sajian
Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
Soya bukan GMO


Kredit info :

===================================================

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
♥ Nadia Syakila
Happy working at home wife

Facebook : Nadia Syakila
Shaklee Independent Distributor
ID 1028241  | 013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

3 April 2015

Tips Habiskan Bacaan Al Kahfi

Assalammualaikum,
Salam hari kames malam jumaat !
Korang, tahu tak yang surah Al Kahfi sangat dituntut untuk kita baca dan tadabbur apabila sampainya hari Jumaat ? Ada yang tahu, ada yang tak.

Takpe, jangan risau. 
Nadia pun baru jugak tahu masa belajar kat universiti dulu.
Tapi sangat jarang di praktikkan disebabkan surahnya terlalu panjang.
Jadi, kerap terlupa, ohhh ~ teruknya daku.
Tapi takpe, hari ni nadia share tips ok.

Sebelum tu,
Tahu tak apa kebaikan / fadhilat baca surah Al Kahfi ni?
Antaranya ialah dipancarkan cahaya pada dirinya di hari kiamat kelak, dari kaki hingga ke langit + diampuni dosanya antara dua Jumaat + diselamatkan dari fitnah Dajjal :)

Rugi kan kalau kita lepaskan peluang ni?
Jadi, jom kita follow tips macam mana nak habiskan surah Al-Kahfi ni.


Cara pertama : 6x Baca

Jumlah muka surat surah al-Kahfi adalah dua belas muka.
Kita digalakkan habiskan baca sebelum maghrib kerana masuk saja maghrib, sudah dikira hari sabtu bukan lagi jumaat. Jadi kita nak kejarkan fadhilat membaca hari jumaat, maka set target asar mesti dah settle. 

Waktu Subuh = 4 ms
Waktu Dhuha = 4 ms
Waktu Zohor = 2 ms
Waktu Asar = 2 ms

Siap !


Cara kedua : 4x Baca

Pecahkan kepada tiga bahagia, ikut waktu yang sama kena habis pada waktu Asar hari Jumaat, macam mana ea?

Kita bahagi 4 bahagian, mengikut 4 cerita yang terkandung didalamnya.

1) Ayat 1 - 31
2) Ayat 32 - 59
3) Ayat 60 - 82
4) Ayat 83 - 110


Cara ketiga : Minda Yassin

Perasan tak, kalau baca yassin kita boleh je habiskan terus ? 
Kalau Yassin boleh, maka tak de masalah la dengan Al - Kahfi. 
Yassin ada enam muka, Al-Kahfi pulak dua belas muka. 
Kira kita buat macam baca Yassin dua kali je. Mesti rasa mudah dan cepat kan.


INFO TAMBAHAN yang kita wajib tahu tau.
Apa asbab nuzul / sebab turunnya Al-Kahfi ni?

Jom kita luangkan masa tengok video ni.
InshaAllah ~ akan diberi ganjaran pahala oleh Allah, mudah2an.




Semoga bermanfaat.

Dengan cinta,
Nadia Syakila
Happy working at home wife
Facebook : Nor Nadia Syakila
013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

2 April 2015

Makan Shaklee, Selera Makan Bertambah...



Assalammualaikum,
Hari ni nadia nak share topik best !
Boleh share tau kalau mungkin dengar kawan2 dok komplen isu yang sama.

Betul ke makan Shaklee menyebabkan selera makan bertambah?
Pernah dengar atau ada kawan - kawan nadia kat sini merasainya?

Macam nadia ambil Shaklee dah terbuang 12 kg, 
Tapi ada je kawan yang lain dan para customer kata dia ambil Shaklee, makan semakin membuak - buak pulak, acane ni ?

Haaa, jangan panik.
Soalan ni memang biasa kami sebagai pengedar Shaklee terima.
Yang paling banyak ialah B-Complex, Vita C mahupun ESP.
Masa awal - awal dulu join bis Shaklee, jadi cuak ok. Risau sangat.
Tapi, oohhh.. ada penerangan dia.

Baiklah,
biasanya kalau anda pernah dapatkan Shaklee daripada mana-mana SID mesti dia akan bagi konsultasi cara makan dan dalam masa yang sama akan suruh korang minum air dengan banyak at least 2 liter sehari, betul tak?

Kalau TAK, hmmm. 
Kena recheck balik ni dengan pengedar.
Sebagai pengedar Shaklee, lepas je barang sampai kat tangan, HAK customer perlu tahu cara makan dan apa tips2 tambahan yang ada tau.

Haaa, kalau susah sangat, beli dengan Nadia je ok lain kali ? heeee.
Konsultasi percuma, ada tips tambahan dan kadang2 dapat free gift lagi, alhamdulillah !







Meh nadia nak cerita,
Alkisahnya, TIPS MINUM AIR YANG BANYAK ni bukan sahaja boleh dipraktikkan hanya pada Shaklee je, tetapi untuk semua jenis suplemen, atau ubat - ubatan sekalipun.






Bila kita mengambil vitamin, ianya tak sama macam makan makanan biasa. 
Kebanyakan vitamin adalah dalam bentuk tablet/capsule, jadi dosnya adalah pekat. 
Oleh sebab itu, badan kita perlu mencairkan dan melarutkan nutrien ini untuk memudahkan pengangkutan dan penyerapan.

Jadi, bila kita tak cukup minum, sel2 tubuh kita akan 'dahaga' lalu ia menghantar isyarat ke otak. Tapi, isyarat dari sel yang kehausan itu diterima oleh otak sebagai isyarat lapar. Maka otak menghantar pesanan kepada sistem kita untuk cari makanan.

Sedangkan sebenarnya kita tak perlu makan pun, cuma sel tubuh kita yang haus. Dan biasanya kita pun cari makanan dan makan sampai kenyang. Masa inilah tubuh kita menerima protein, karbohidrat dan lemak berlebihan.

Maka jika anda berada dalam situasi ini, anda mungkin asyik rasa lapar, nak selalu makan dan mungkin boleh gemuk. Justeru, bila anda mengambil vitamin :

(1) Minum air sekurang2nya 3 liter sehari
yang terbaik setiap 25kg berat = 1 liter air, cuba kira berapa liter badan korang perlukan air.

(2) Kawal pemakanan, jangan ikut sangat nafsu
Ini benda biasa, heee. jangan tertukar nafsu dengan keperluan tau.

(3) Tukarkan karbohidrat kepada sumber low GI

▶ GI = Glisemix Index (atau dalam bahasa Melayunya indeks glisemik)
▶ Indeks glisemik = Indeks pengukuran mengenai kesan makanan yang mengandungi karbohidrat ke atas paras glukosa dalam darah.

Maknanya, makanan yang kita makan, akan ditukarkan menjadi glukosa dan akan diserap ke dalam salur darah. Makanan dalam kategori GI tinggi akan menyebabkan glukosa darah meningkat dengan cepat.

Manakala makanan yg GI rendah, glukosa lambat dicerna dan diserap. Ini akan meningkatkan paras glukosa dan insulin secara berperingkat dan telah terbukti bermanfaat pada kesihatan, termasuklah dalam pengawalan berat badan dan mengawal selera makan dan menambatkan rasa lapar. macam ESP

Makan Shaklee, selera makan bertambah? Oohh..patut la jadi lapar. Baru tahu kenapa asyik rasa nak makan jek. Hihi.. Satu cara nak membezakan sama ada kita benar-benar laparkan makanan ataupun tidak adalah dengan minum air. Bila dah minum air tu, tetap rasa lapar maka bolehlah ambil makanan tapi pastikan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Ada faham semua? Harap sangat entry kali ni membantu semua tau.

=
=
=
=
=
=

Jangan lupa dapatkan promosi APRIL 2015 tau.
DTX COMPLEX
CINCH SHAKE

Dengan cinta,
Nadia Syakila
Happy working at home wife

Shaklee Independent Distributor
ID 1028241  | 013 255 8600 | nornadiasyakila90@gmail.com

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign