Followers

24 May 2015

Aku & Spa ? Macam tak percaya !


Assalammualaikum,
Sedapnya kalau hujung-hujung minggu macam ni dapat relaks berfacial masker bagai kan?
Ahhh, nak nak kalau anda seorang suri rumah kemudian dalam masa yang sama berkerja juga, seronoknya dapat relakskan diri.

Jangan risau, nadiaaa pun macam tu, walaupun daku hanya suri rumah.
Percayalah, sebagai suri rumah dan nak2 yg kerja in the same time memang kita perlukan spa bagai ni selain short escape. 
Ok, bukan suri rumah je, semua wanita la.
yang belajar ke yang kerja ke, dah kawen ke belum ke,
betul tak?

Baiklah, back to the topic nak cerita kat atas.
Nadia dan spa ? Nadia memang suka sangat spaaa oh hoi !
Memang dari zaman sekolah membawa ke zaman u, memang akan ada dalam setahun tu untuk pergi spa, sama ada berurut atau facial.

Tapiiii, awal bulan lepas dapat tawaran pelik sikit la.
Tawaran yang sangat2 nadia tak boleh nak tolak sebenarnya.

BUKA SPA BERGERAK TANPA KEDAI DENGAN MODAL YANG SANGAT RENDAH 
KELAS DAN PRAKTIKAL PERCUMA ! MARKETING STRATEGY FREE !

Haaaaa? kalau siapa kaki spa dan ada bisnes minded sikit2, 
kalau peluang ni datang kat korang, ape perasaan?
haish. memang tak boleh tolak hooooi !
Nadia terus grab je benda tu.
Pergi belajar kat rumah mentor kat Bangi, 
FREE okeyyyy ! mula2 nadia kena jadi model, kemudian nadia pulak belajar.
memang rasa nak tidurrrr sangat..

Meh cuci mata tengok gambar masa training !

Kawan ni dah nak lelap dah tau, seronok sangat ! serius !
Ini pulak masa nadia di facial kan. haisssh.
Nasib baik masa ni tengah belajar, kalau tak dah lolap da..

Lepas je kelas dan praktikal pasal facial ni selesai,
kami ada lagi satu slot untuk permasaran aka marketing termasuklah strategi.
Entahlah, nadia rasa tak tahu dah kat mana nak dapat kelas + praktikal dan ilmu PERCUMA macam ni, busuk2 pun kalau pergi kelas SPA or facial berbayar kena bayar lebih kurang RM400- RM500 untuk 1 hari. Ini PERCUMA !

Konsep dia pulak ialah HOME / MOBILE SPA.
Memang sangat mudah untuk di adakan, tak perlukan kedai dan peralatan yang banyak.
Produk dan kelengkapan macam ni je.



Daaaan makanya, 
tanpa berfikir panjang lagi. 
Nadia terus set up semua benda !
Maka terhasillah...


Tadaaaaa, jangan lupa follow oke.

Secara umumnya, spa nadia akan based di Segamat (sekitar area Batu Anam, Gemas)
Boleh datang rumah dan boleh set up appointment untuk nadia kerumah kalian.

============================

Untuk tempat - tempat lain, memang nadia sangat tengah nak cari agent ni.
Kalau korang atau ada kawan2 yang memang passion dalam area ni, 
boleh inform or roger nadia ok?
Modal dia tak sampai RM 1K pon taaaau, percayalah !

INSTAGRAM : @syakila.beautysanctuary

Terima kasih :)
Doakan nadia semoga dipermudahkan segala urusan ye..

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

23 May 2015

Review : ASUS Zenfone 6

Assalammualaikum ! 
Selamat pagi, haaa..
Pagi ni nadia nak buat review. Alang - alang kita memang guna ASUS ZENFONE 6 kan.
Basically, nadia ambil review ni dari www.bistaricorner.com jugak.
























Nadia baru 2 kurang lebih gitu la guna Zenfone 6,
Ini pun pemberian suami sebab my Samsung Grand i9082 dah tak mampu nak menampung segala aplikasi yang ada, al maklum la untuk edit gambar je dah 2 - 3 aplikasi tak masuk instagram, segala wechat, whatsapp dan telegram dan sebagainya.

Alhamdulillah,
pemberian suami yang tak ternilai, dia bagi pakai ni sebab suruh buat bisnes bebetul.
before ni Samsung tu pun dia bagi, before kahwin lagi. ok stop !

Jom review hp ni.


































Kelebihan
  • Harga murah
  • Spec memang mantap
  • Screen besar - memang puas hati lebih2 lagi yang nak bisnes tu
  • Untuk main game ? Grafik terbaik dan memang takda hang - hang
  • Tengok video HD memang cun abis - clear !
  • Rakam video pun clear tau (rakam video untuk assingment Kelab Nutrisi)
  • Macam-macam apps ASUS yang bagus (Cth: Do It Later)
  • Ada function “One Hand Mode” , sangat applicable
  • Bateri agak tahan lama. Heavy duty pun boleh sampai 1 hari
  • Dari segi support, memang ASUS selalu update dia punya firmware untuk fixed bugs. Cara update boleh baca kat sini

Kelemahan
  • Dalam sebulan mesti ada hang. Kene tekan power lama-lama untuk off dan tekan bali power untuk onkan semula. Tak tau la sebab android ke atau sebab phone.
  • Biasanya akan problem dengan facebook. Yang ni korang kena update firmware. Nanti dia akan auto delete Facebook default by ASUS. So korang kena reinstall balik facebook guna google play. Cara nak fixed boleh baca kat sini
  • Berat sikit la. Tak macam smartphone yang mahal.
  • Wireless tak berapa stabil untuk phone baru. So, kena update latest firmware. Cara update boleh baca kat sini

Bagi aku la, dari 5 bintang, aku bagi rating 4.5 bintang untuk ASUS Zenfone 6. Murah tapi spec memang terbaik. Tak tau la berapa lama boleh bertahan ni. Nak tengok lifetime lak sejauh mana ASUS Zenfone 6 ni boleh bertahan - Bistari Corner


Untuk nadia, memang sangat best ! I pun suka hp yg besar2 ni ha.
Terbaik ok, sesiapa yang bajet terhad tapi nak dapatkan hp yg spec tinggi, go for it.
Lagi pulak, ASUS punya brand not bad. - Nadia Syakila

Semoga bermanfaat !

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

21 May 2015

Dia.. Suami Luar Biasa

Ini bukan al kisah tentang drama tau,
Ini cerita saya dan tentang 

Dia... Suami Luar Biasa

--------------------------------------------------

Assalammualaikum, salam sejahtera.
Wah, berhabuk sikit belog nadia ni. Maaf ya.
Sebelum mula lebih lanjut, nak bagi amaran siap - siap.
Entri kali ini panjang tau dan mungkin penuh dengan taman bunga sakura dan wangian yang melampau ~ hehehe.


Inilah suami nadia yang luar biasa itu.
Dia bukan luar biasa pun untuk siapa - siapa pun, hanya untuk nadia.
Di mata orang mungkin dia orang yang sangat biasa dan mungkin tiada apa.
Tapi bukan di hati dan jiwa seorang isteri bernama nadia syakila ni.

* Gambar menunjukkan perubahan wajah dan saiz badan dari bujang sampai kahwin, jelas ketembaman di situ ya. haha. 

Seorang yang hanya mempunyai PMR dalam taraf pendidikan.
Pelbagai kerja yang dilakukan untuk mencari duit belanja untuk diri sendiri dan keluarga saat mudanya dulu. Ingat lagi, dia pernah cerita kerja kat Marry Brown sehari je sebab tak biasa dengan kerja mudah cenggitu. hehe. 

Kemudian, mendapat peluang untuk berkhidmat sebagai tentera. Alhamdulillah, lebih kurang 11 tahun berkhidmat dan bakal menamatkan perkhidmatan pada tahun hadapan.
Sebab apa? Sebab dia nak. Kerana ada amanah dan tanggungjawab lebih besar pada mak dan keluarganya sejak abah pergi menemui Ilahi.

Macam mana dengan nadia? 
Bagi nadia, itu hak dia untuk buat keputusan. Untuk nadia sendiri, nadia tak kisah selagi mana dia tahu tanggungjawab dia sebagai seorang anak, suami dan bakal ayah. its great !
Lagi pulak, memang nadia sendiri prefer untuk kami kerja sendiri dan nadia tahu di awalnya pasti penuh dengan cabaran kan, tapi nadia yakin. Dengan izin Allah, yakeen !

KENAPA DIA ?
Nadia tak da kuasa untuk menetapkan siapa jodoh nadia. Dia sendiri datang sebagai seorang kawan yang mana hanya tempat nadia untuk meluahkan cerita.
Boleh la kalau nak tahu cerita cinta dua orang yang biasa ni ye.


Simple, mudah, polos, penyayang antara sifat yang ada pada si suami luar biasa ni.
Yang nadia pandang lah waktu tu. Percaya atau tidak, sebenarnya ramai orang di sekililing nadia mempertikaikan hubungan antara kami, lebih2 lagi dalam hal sekufu atau tidak.

Mampu ke dia bagi nadia makan ?
Mampu ke dia faham diri nadia ?
Mampu ke dia bimbing nadia nanti, dari tahap pendidikan dan perkembangan ?

Tapi nadia kagum dengan pendirian mak dan ayah.
Ayah kata, itu semua tolak tepi selagi mana dia taat pada mak ayah dia dan seboleh2nya jaga solat. Mak pun beri pendapat yang sama.
Bila doa dan restu mak ayah dah diberi, maka nikmat akan sentiasa mengelilingi kan.
Alhamdulillah.

Menginjak setahun lebih dalam perkahwinan,
tak pernah sehari pun dia biarkan nadia kelaparan..
tak pernah sehari pun dia lupa ucapkan sayang..
tak pernah sehari pun dia lupa untuk berikan nadia kata semangat untuk buat Shaklee..
tak pernah sehari pun dia kurang yakin dengan diri nadia..
tak pernah sehari pun dia lupa untuk usaha menjadi yang terbaik buat nadia..

Dia cuba penuhi segala keperluan dan kehendak nadia,
dia cuba.. dapat atau tidak belakang kira.

Terima kasih Allah, 
terima kasih mak dan ayah,
terima kasih abang.

Tolong doakan suami nadia ya?
Semoga dipermudahkan segala urusanya dunia dan akhirat.



 






























Terima kasih untuk semua abang, 
segala - galanya, dari awal sampai bila - bila.
Abang suami luar biasa di mata ayang selalunya.

Dengan seadanya kita sekarang, alhamdulillah..
walaupun nasi putih dengan ikan masin, kita tetap berdua.
walaupun hari cuti dihabiskan di rumah, cukuplah mata ini bertamu sesama kita,
walaupun perit, ada jiwa kita untuk meresa bahagia,

Semoga kita terus berusaha,
Semoga selamanya kita bersama, 
biar berpisah nyawa tapi tetap menuntun berdua ke syurga.

I love you !!

--------------------------------------------------

Nadia nak ambil kesempatan ini,
untuk ucap dan menghargai sangat-sangat setiap pertolongan yang telah diberikan kepada suami nadia ini, apa sahaja.

Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.
Semoga Allah limpah ruahkan rezeki kalian dan rahmati kehidupan kalian dunia dan akhirat.
Ameen ya Rabb.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

10 May 2015

Kun Anta , apa maksud lagu dia ye?


Assalammualaikum,
Selamat malam !

Korang korang korang..
Nadia kan tak tahu pun daripada awal pasal trend or gelombang lagu KUN ANTA ni tau.
Walaupun nadia ada jugak perasaan yang kawan suka sangat share dan tag nadia dekat vidoe klip pendek yang memaparkan penyanyi asal dia Hummod Khuder tu.

Sebab dia hensem kan ?
Ok, hakak rasa hensem lagi laki akak. ops !

Nak jadikan cerita, start minat lagu ni baru dalam beberapa hari lepas bila tertengok video cover si Wanie ni dekat facebook ! best la. suka sangat suara adik ni.

Thenn barulah cari lagu asal dan muka penyanyi dia.
tadaaaaaaaa....


Lagi satu, yang buat nadia suka sangat dengan lagu ni ialah bait lirik dan makna di setiap lirik tu. love youself ok <3

nak lirik dia dan korang wajibbbb dengar !
tak suka tak pa, jangan kritik eh. hahaha.

============================
لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم
Ketika ingin bersaing dengan yang lain, aku ingin meniru perwatakan luar dan dalamnya.

فبدوتُ شخصاً آخر، كي أتفاخر
Jadi aku boleh jadi seorang yang lain hanya untuk berbangga

و ظننتُ أنا، أنّي بذلك حُزْت غنى
dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan

فوجدتُ أنّي خاسر، فتلك مظاهر
Tetapi yang kuperolehi hanyalah kerugian di atas perwatakanku ini.

لا لا لا نحتاج المال، كي نزداد جمالا، جوهرنا هنا، في القلب تلالا
Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan, kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini di dalam hati ia bersinar.

لا لا نرضي الناس بما لا، نرضاه لنا حالا، ذاك جمالنا، يسمو يتعالى
kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada, yang tidak sesuai dengan kita, itulah kecantikan kita, semakin bertambah hingga ke atas.

كن أنت تزدد جمالاً
Jadilah diri kamu sendiri pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada

أتقبّلهم، الناس لست أقلّدهم
Sungguh aku menerima mereka tetapi tidak pula aku meniru perwatakan mereka

إلا بما يرضيني، كي أرضيني
melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha. 

سأكون أنا، مثلي تماما هذا أنا
aku ingin menjadi seperti diri aku sendiri inilah aku

فقناعتي تكفيني، ذاك يقيني
hal ini kurasakan sudah cukup dan aku sangat pasti 

سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم
Aku akan jadi mengikut kemampuan diriku aku tidak perlukan orang lain menerimaku

وأكون أنا، ما أهوى أنا، مالي وما لرضاهم
aku akan jadi apa yang aku suka kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadapku

============================

Ok nak sambung nyanyi lagi...
wassalammm .

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

9 May 2015

Ayah dan Ibu, Keramat Kita..

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...

Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

- Sudirman

Tengah rindu sangat dekat mak dan ayah di Melaka.
Allah je tahu, Nadia hembuskan doa dan alfatihah tuk mak dan ayah.
InshaAllah, ganjaran syurga buat mereka !

Nadia akan usaha sehabis baik untuk bahagiakan mak ayah.
sampai satu tahap apa sahaja permintaan mak dan ayah akan nadia tunaikan tanpa teragak2,
Nadia kaya berjaya dan bahagia dengan restu kalian, inshaAllah.

Semoga Allah merahmati mereka,
doakan ya.

Terima kasih.

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign