Followers

24 June 2015

Hutang Hutang Hutang

Assalammualaikum,
salam Ramadhan yang ke 6 untuk semua,
semoga selama beberapa hari ini Allah terima doa dan ibadah kita ya.




Haa, cuba tengok gambar tu ?
Hari ni nadia nak cerita pasal hutang. Walaupun nadia bukanlah ahlinya yang pakar, tapi sekadar berkongsi pengalaman dan sedikit pendapat yang biasa - biasa.

Jangan risau, nadia juga seorang penghutang.
Dan ketahuilah, sangat terseksa menjadi seorang penghutang ini.

Mengikut dalil dalil yang di kongsikan oleh Ust Zaharuddin kan,
hutang ni dalam Islam tidak digalakkan dan boleh dikategorikan sebagai amalan tidak sihat.
Nak kata, selagi boleh selagi mampu kita jauhkan lah daripada hutang.

Ada banyak kategori hutang yang dikongsikan,
mungkin kalian boleh teruskan pembacaan di sini tentang BAHAYA HUTANG MENURUT ISLAM - USTAZ ZAHARUDDIN :)

Nadia pasti rata - rata semuanya pernah berhutang,
bila berhutang ni ya Allah terasa terbeban sangat diri,
dan bila dah habis rasa sangat - sangat legakan.

Ada hutang yg kita cari sendiri , macam den.
dan ada hutang yg kita terpaksa ambil atas sebab2 tertentu,
world is about money nowadays.

Macam nadia sendiri, 
bila senaraikan hutang yg ada, rasa nak terkojot.
PTPTN , TEKUN apa lagi yang personal pun ada,
dan yang paling terasa mcm sedikit penyesalan bila ambil perkakas rumah dengan hutang,
dapat duit fikir hutang dulu sangat sangat tak best !

Dan sama jugak keadaan dengan suami nadia,
haaa. ini kena amik iktibar, both of us pada zaman muda tidak ada kesedaran untuk menyimpang duit tau, ada tapi tak lama simpannya. mungkin dalam erti kata lain takda money management yg baik.

Sekitar beberapa ketika nak kawin,
baru kami sedar akan kesilapan, dan cuba minimize banyak benda,
dan sekarang kami rancang, tahun pertama kedua yang ada adalah fasa untuk melunaskan hutang2 yang ada. inshaAllah.

Nadia dan suami sepakat untuk setelkan hutang dulu bila dapat duit lebih,
barang2 rumah yang tak penting, semua kena hold termasuklah apa2 benda yg nak dibelanjakan yang mana dalam kategori KEMAHUAN ye, keperluan tu memang kena beli la.

Lebih lagi hutang peribadi dengan family, kawan2 dan sebagainya.
Kita perlulah menghargai pengorbanan dan pertolongan mereka, 
seeloknya kita kena bayar cepat dan jangan buat2 lupa ok.

Kesempatan ni nadia ambil untuk ucapkan terima kasih pada kawan2 dan keluarga yang pernah membantu kami, alhamdulillah !

Meh nak share tips dari Tuan Zulkifli ;


7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang


Ini prinsip-prinsip yang saya gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat:

Strategi #1: Jangan buat hutang lagi.

Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.

Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.

Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.

Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! Baca artikel “Hutang Berkat, Hutang Mudarat” untuk fahami topik ni.

Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”.
Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!

Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!

Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.

Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.

Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!

Strategi #7: Bayar hutang secara automatik!

Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.

=====================================================

Semoga entry kali ini memberi manfaat.
Doakan nadia dan suami bebas hutang tahun depan ok, inshaAllah.
Kena kerja lebih lagi untuk bisnes yang ada dan projek spa yg dabomb tu.

Dan semoga kita semua dapat melunaskan hutang2 kepada yg hak.


Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

23 June 2015

Hari Ayah





Macam mana setiap hari adalah hari emak,

macam tu la juga hari ayah.



Lagu ni khas untuk ayah,

walaupun nadia jauh dari ayah sekarang ni,

sampai bila pun setiap saat dalam doa nadia takkan pernah lupakan ayah,

semoga Allah bagi ayah syurga dan kehidupan yang sebaik - baiknya dunia dan akhirat !



Ayah, 

i love you.


Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

16 June 2015

Ramadhan Checklist

Assalammualaikum,
Alhamdulillah ~ esok dah boleh mula terawih.
Tak sabarnya nak mulakan ramadhan ni.

Semoga kita istiqamah dan eksaited,
bermula dari awal hinggalah ke akhirnya, inshaAllah.

Seperti yang nadia janjikan nak share,
nadia nak share pasal Ramadhan Checklist yang mana kita boleh google, print dan tampal.
Lepas tu pulak jangan tampal sahaja tau, kenalah update setiap hari.

Sebenarnya, kadang - kadang benda yang dalam bentuk visualize ni sedikit sebanyak membantu dalam meningkatkan action kita. Macam yang kita buat to - do list , mutabaah amal. Jadi, dia boleh jadi macam kayu ukur kita sejauh mana kita dah buat sesuatu tu.

Jadi, jom tengok contoh ramadhan checklist ni.
Lebih banyak pilihan kat google, kalian boleh pilih.
Dan ada juga organisasi atau persatuan atau pun pihak - pihak masjid edarkan pada orang ramai.


Ini contoh yang paling detail. Jadi boleh tanda setiap hari.





Ini pulak sangat sesuai untuk anak - anak kecil dan remaja, sebab fun tapi penuh isi.




Ini pulak sekadarnya, tak terlalu terperinci tak terlalu umum sangat.
so and so.

Jadi selamat memilih yang mana berkenaan di hati.
Haaa, tapi macam nadia sendiri nadia gunakan je apps yang ada dalam store tu.
Inilah yang nadia nak share, nadia pun tahu dan download lepas tengok kat status sahabat UIA jugak.


RAMADHAN LEGACY




Tengok tu, dia dah siap nanti bagitahu, kerja kita hanya updates je.
Selain tu, kita boleh set up target kita juga macam nak tahajjud ke apa.

Lagi yang best ?
Akan ada hadis / ayat akan di share setiap hari.
Lepas tu kita boleh add dan tulis status macam facebook dan socialize with kawan2 yang ada jugak benda ni ~ nanti dah download add nadia ok.
Alhamdulillah, inshaAllah. Sampai sini dulu,
mungkin nanti boleh share pulak resipi 30 hari puasa , jeng jeng !

Semoga bermanfaat, wallahua'lam ;)

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

8 Keistimewaan Bulan Ramadhan

Assalammualaikum,
Allahumma Balighna Ramadhan.

InshaAllah dalam masa sehari dua lagi,
kita akan mula berpuasa di bulan Ramadhan,
bulan yang ditunggu - tunggu bukan ?
Awalnya RAHMAT, pertengahannya MAGHFIRAH (keampunan) dan akhirnya adalah pembebasan daripada api neraka.

Allah,
mana mungkin kita lepaskan bulan yang sangat - sangat baik ni kan?
Macam nadia, nadia nak tebus penyesalan lepas.
Rasa menyesal sangat tak baca Quran setiap waktu, 
tak mohon ampun setiap masa. Allaaaaah !
dan yang paling tak best bila terlebih tidur !

Ramadhan umpama segunung emas dan harta,
sebulan je boleh ambil free, kalau tak ambil rugi kan?

















Apa kata kita revise balik beberapa keistimewaan dan kelebihan bulan Ramadhan,
orang kata biar lebih terasa dan menghayatinya bila kita tahu kelebihan dia.

=================================================

1. Bulan keampunan, rahmat, keberkatan & dijanjikan pelepasan dari api neraka.

2. Bulan yang agung yang dipenuhi dengan pelbagai bentuk ibadah seperti puasa, solat tarawih, sedekah, i'tiqaf, tadarrus, doa, munajat, qiammulail dan bermacam-macam peluang lagi untuk direbut.

3. Bulan untuk membersihkan jiwa, muhasabah, memaafkan kesalahan orang lain dan meminta maaf daripada orang lain, inilah masanya !

4. Bulan yang di dalamnya ada Lailatul Qadr yg mempunyai keistimewaan & kebaikan lebih baik dari 1000 bulan, ini yang patut kita rebut ! Doa banyak banyak tau !

5. Bulan di mana Al Quran diturunkan

6. Bulan pintu syurga dibuka & pintu neraka ditutup

7. Bulan syaitan diikat & dibelenggu

8. Bulan pahala ibadah dilipatgandakan - amalan sunat dikira sebagai pahala fardhu. 

Amalan fardhu digandakan sehingga 700 kali ganda. Banyak sangat !!

=================================================

Apa lagi ?
Sempat lagi panaskan enjin.
Malam ni dah boleh start dah bangun Qiam,
buat checklist untuk sepanjang puasa.

Oh ya, nanti nadia akan share kan checklist dan apps yang best2 untuk ramadhan ni ok.
Jangan kita biarkan teknologi yg canggih tu, mari kita manfaatkan bersama.

Sehingga ketemu lagi.
Wassalam ;)

Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

15 June 2015

Shaklee National Conference 14/15

Assalammualaikum,
Hai dan hello hello. 
Lama betul nadia tinggalkan blog ni berhabuk.
Tapi yakinlah, sebenarnya dah lebih 5 cerita yang nadia senaraikan untuk perkongsian sesama kita tau. 

Semoga ianya memberi manfaat secara langsung atau tidak langsung.
Kalau bagi manfaat, jangan lupa share pada teman - teman ok.


































NATIONAL CONFERENCE SHAKLEE
Apakah ini ?

Baiklah, setiap tahun Shaklee akan adakan NC ni tau untuk semua leader dan member Shaklee seluruh Malaysia, in fact non member pun boleh je sertai NC dia ni. 

Senang cerita,
waktu NC ni lah leader dan member yang efisien dan aktif akan diraikan.
ada macam2 anugerah macam PRESIDENTIAL MASTER, MILLION EARNER (bonus dia sebulan juta okkkeeey) dan macam - macam lagi.

































Selain tu pulak, ada perkongsian motivasi daripada leader yang hebat.
Kebanyakkan yang sudah pun mempunyai kerjaya tetap dan memang tak suka MLM,
dan akhirnya jatuh cinta dengan Shaklee ~ sebab apa? MLM Shaklee bukanlah sistem yang orang dok gembar gemburkan upline rehat je downline keja.

Contohnya macam salah seorang master di atas adalah seorang lawyer yang sangat komited dengan kerja beliau, sampai satu tahap nak on the way delivery baby tapi masih boleh jawab panggilan telefon tau. haaaa ?

tapi as isteri dan seorang ibu,
big why beliau adalah untuk membesarkan anak dengan tangan sendiri,
sebab dia sangat sedih melihat anaknya lebih rapat dan manja dengan orang lain selain diri nya yang melahirkan anak tu. 

Berbalik kepada cerita MLM,
Shaklee sangat adil dan telus,
Downline boleh potong mak apak dia bila bila masa dia nak ok.
Haaaa ? Nampak tak kat situ ?
Nak info pasal latar belakang bisnes Shaklee ?
Baca ni >>> Adakah MLM Shaklee patuhi Shariah?
















Dan yang paling best ialah,
untuk sesiapa yang aktif je setiap bulan,
dia akan dapat LOCAL TRIP PERCUMA dan 100 % SPONSORED BY SHAKLEE

di sini, di mana ? Di PALACE OF GOLDEN HORSES !

Mewah ke tak mewah eh?
Memang orang kata perit jerih bisnes kita tu dibayar dengan servis yang tidak berbelah bahagi tau. Dapat trip ni satu hal, duit makan untuk ketiga2 hari dia bagi lagi.

Nadia pasti akan kejar trip ni tahun depan.

Nak berhoneymoon di Sunway pulak tahun depan,
inshaAllah !

Nak tengok lambakan gambar tak ?
Ha, macam2 lagi benda best tau.

Ada ELLA, ada pemeriksaan kesihatan percuma, dapat kolagen powder percuma,

eh macam macam la.

Klik klik klik SINI






















Dan terima kasih nadia nak ucapkan kepada my #bestfriendduniaakhirat untuk menaja tempat tidur nadia sepanjang 4 hari berada di sana. 
Haa, kiranya nak kata nadia naik Kuala Lumpur bukan semata untuk National Conference Shaklee ni je tapi untuk beberapa urusan lain, yang akan nadia ceritakan di entry akan datang tau.

Banyak lagi nak cerita ni,
pasal makan Korea la, makan kat Putrajaya la. eh ! banyak !
Sabar menanti.

XOXO
Read more ...
♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign