Followers

22 August 2016

6 Tips Hilangkan Penat Bekerja

Assalammalaikum,
selamat malam awak.

Adakah awak - awak yang buka entri kali ini tergolong di dalam orang yang bekerja macam nadia ni ? Kalau betul, yes ! Minta tangan sep sikit ye.

Percaya atau tidak, 
apa pun kerja yang kita buat, apa pun jawatan yang kita pegang - kita pasti akan letih dan penat secara fizikal (mental jangan kasi koyak tau..hehe) sebab Allah dah siapkan sistem badan kita ni bukan yang boleh berkerja 24 jam. Setuju?

Inilah dia rakan sekerja nadia sekarang kecuali Tuan Fadli Aziz tu ye.
Dari kiri Adillah, Izzati, Puan Rosfazila (MY BOSS), Ain dan Nadia Comel. Eh!

Okey. Okey.
Tak nak bebel panjang. Jom tengok tips hilangkan penat setelah seharian bekerja.
Kredit artikel kepada Pengantin.com 

1. Minum air limau

Dapatkan beberapa biji limau dan perahkannya bersama secawan air putih. Sebaiknya air suam kerana ia akan lebih memberi keselesaan kepada tubuh apabila anda nikmatinya. Jangan campurkan gula, hanya perahan air limau sahaja sudah memadai. Jika tidak suka dengan limau nipis atau limau kasturi, gunakan lemon sebagai alternatif. Amalkan setiap hari, ia bukan sahaja untuk menghilangkan penat badan bahkan untuk mengempiskan perut juga buat anda yang terasa di bahagian perut agak buncit.


2. Mandi air panas

Sediakan air panas suam untuk anda siramkan ke bahagian badan, tidak perlu kuantiti yang banyak. Tetapi pastikan air itu tidak terlampau panas dan sesuai untuk kulit anda. Jika tidak mempunyai alat pemanas air hanya masak air dan campurkan bersama air siraman anda nanti. Selain itu, air panas juga sesuai untuk anda rendamkan ke kaki kerana rasa panasnya akan melegakan sakit kaki anda setelah seharian mengenakan kasut bertumit tinggi atau berdiri. Sedikit sebanyak ia akan melancarkan aliran darah anda ke kepala dan mengurangkan keletihan badan serta sakit kepala.


3. Bersenam

Luangkan sedikit masa untuk bersenam ,jika tidak berkesempatan hanya lakukan aktiviti di rumah seperti mengemas dan juga menanam. Ini kerana pengeluaran peluh ketika melakukan aktiviti seperti ini membantu badan anda untuk berfungsi dengan lebih baik. Dalam masa yang sama memberi otak anda oksigen yang lebih banyak kerana aktiviti kerja di pejabat yang berhawa dingin contohnya boleh mengurangkan penggunaan fungsi otak dengan baik. Jadi dengan cara ini, adalah satu latihan yang baik.


4. Minum air teh hijau

Air teh yang diamalkan oleh masyarakat cina ini sebenarnya amat baik, air teh yang berwarna hijau dan tidak mempunyai gula. Terdapat banyak anti-oksida yang membantu untuk menyegarkan tubuh dan minda dalam masa yang sama. Ia juga dapat mengurangkan kadar gula di dalam darah.





5. Urutan

Urutan untuk seluruh badan adalah sangat penting untuk tubuh anda. Tetapi jangan amalkan urutan seluruh badan dengan kerap kerana akan terdapat kesan negatif terhadap aktiviti itu. Sebaiknya sebulan 2 kali sahaja anda amalkan urutan untuk badan daripada bahagian kepala sehinggalah kepada urutan kaki. Selain melancarkan darah, ia juga menyegarkan tubuh anda.

> Wanita - wanita sekitar MELAKA yang nak dapatkan urutan relaks boleh hubungi Nadia tau. Ha ! Lupa la tu yang nadia ni ada spa bergerak dan lulusan terapi kecantikan. Save no jangan tak save.

6. Nutrisi yang cukup

Nutrisi dan vitamin yang cukup dalam badan sangat penting dalam membolehkan sistem badan kita bekerja dengan efisien dan sihat. Kalau nutrisi tidak mencukupi, badan akan dipenuhi dengan toksik serta tidak mendapat makanan yang ia perlukan. Dah tu macam mana nak recharge tenaga setelah seharian berkerja? Betul?




Wow - banyak betul tips yang kita boleh praktikkan ye dak? Macam nadia sendiri antara tips yang nadia amalkan ialah dengan pengambilan teh hijau (tapi tak original lah, beli yang dalam tin je.. boleh tak?) selain itu pengambilan suplemen tambahan Shaklee macam kat atas ni. 

Haaa, tang tu nadia kena komen lebih sebab testimoni nadia sendiri. Sangat - sangat berbeza bila ambil set vitamin kat atas. Bila nutrisi badan dah cukup - badan akan cergas - mood akan happy dan inshaaAllah kerja akan berjalan dengan LANCAR. 


=================================================
Ok kawan - kawan.
Kalau korang eager gila nak tahu pasal set ni.
KLIK LAJU - LAJU >>>>>> SAYA NAK JADI PEKERJA CEMERLANG
=================================================

Semoga kita dapat menjadi pekerja yang cemerlang, beriman, sihat dan produktif.
Amin ya Allah ;) Jom rehatkan diri, tidur yang cukup pun penting untuk hilangkan penat tau - Bismillah !


♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

No comments:

Post a Comment

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign