Followers

11 September 2016

CINCH VS ESP | YANG MANA SATU LEBIH SESUAI UNTUK KURUS?

Assalammualaikum,
Salam Aidiladha buat semua - terutamanya untuk pembaca-pembaca tersayang.
Okey, hari ni nadia nak share dengan semua with short dan precise berkenaan perbezaan CINCH dan ESP.

Korang pernah cuba ? Pernah tengok ?
Haaaa, pada siapa yang belum tu, meh nadia share.




ESP (Energizing Soy Protein) 

ESP adalah sumber protin soya non-GMO yang mengandungi 9 asid amino penting(histidine, isoleucine, leucine, lysine, methionine, phenylalanine, threonine, tryptophan and valine) yang diperlukan badan. Badan kita tak menghasilkan asid amino tau, jadi kita kena ambil dari sumber luaran - dan pastikan sumber luaran tu benar2 berkualiti. Sep sikit okey !!

Kenapa asid amino penting? Dan kenapa kena cukup 9? Untuk info, asid amino ni adalah unit asas bagi protin. Semua asid amino ni ada tugasnya masing-masing. Pembentukan sel, hemoglobin, perlindungan otot, pemulihan tisu, pembentukan kolagen dan elastin kulit, peningkatan daya tumpuan adalah antara fungsi asid amino.

Untuk kurus dan turunkan berat badan, protin memainkan peranan yang penting kerana proses pembakaran lemak memerlukan protin dan karbohidrat. Tak cukup protin, bukan lemak yang dibakar, tapi anda bakal kehilangan jisim otot yang lebih penting untuk nak dapatkan shape yang cantik. Mana nak cun kalau kurus sebab tak makan nasi tapi otot-otot menggeleber kan. 





Cinch Shake 

Cinch Shake adalah 'meal replacement' dan memang merupakan sebahagian dari program diet sihat shaklee. Maknanya bila tiba waktu makan, boleh gantikan Cinch Shake instead of makan nasi sebab setiap hidangan Cinch Shake menyumbang sebanyak kira-kira 270 kalori, 35 gram karbohidrat, 24 gram protein, 3 gram lemak dan 6 gram serat makanan larut. Nah, lengkap seperti 1 hidangan nasi dan lauk.

Cinch diperkaya dengan LEUCINE. Apa kepentingan leucine untuk kurus? 
Fungsi utama leucine adalah mengekalkan otot semasa berdiet. Bila otot kekal, metabolisme kita tinggi, jadi kita boleh maintain berat badan sebab otot sentiasa bekerja untuk bakar lemak. Kalau otot hilang, nak bakar lemak dengan apa? Itu yang terjadinya Yo-Yo Effect. Turun berat badan tapi lepas tu cepat je nak naik balik. Lepas tu kita usahalah semula nak kurus, penat la kan ! Pening kepala kalau gitu jadinya.

Jadi memang boleh kurus bila amik Cinch?

Jawapan yang ini pun mudah juga. YA. Dengan syarat, konsisten, disiplin dan lakukan pergerakan otot kerana leucine lebih berkesan bila bertindak dalam keadaan otot sedang bekerja, jadi proses pembuangan lemak akan lebih efisien. Jangan lah minum CInch Shake lepas tu gi bantai nasi 2 pinggan.

Dan benda yang paling asas dalam menurunkan berat badan adalah bersenam. Bersenam lah sekurang-kurangnya 3x seminggu. Takde istilah kurus tanpa senaman dan jaga pemakanan. Kurus bukan semata untuk cantik tapi apa yang penting untuk sihat sebab kegemukan boleh mengundang banyak penyakit bahaya yang boleh membawa maut.

Diringkaskan beza di antara ESP dan Cinch dalam gambar diatas.
Sekali dengan Mealshake tu perbandingan dia, hehehe !

 Jadi mana yang sebetulnya diambil untuk kurus, ESP atau CINCH SHAKE?

Jawapannya adalah berdasarkan kepada perbandingan kandungan dan fungsi bagi keduanya, CINCH SHAKE adalah pilihan yang lebih baik jika betul anda SERIUS nak kurus. Cuma jika anda merupakan ibu yang menyusu badan, disarankan pengambilan ESP kerana ibu menyusu memerlukan kalori lebih tinggi dari mereka yang tidak menyusu dan juga kandungan kalsium lebih tinggi dalam ESP berbanding Cinch Shake.

Semoga bermanfaat kepada semua ;)
Yang nak terus order dengan nadia pun boleh. Nadia akan berikan konsultasi terbaik.
InshaaAllah - jangan lupa add FB dan follow IG. 

Wassalam.


♥ Jazakallahukhairan Kathira ♥

No comments:

Post a Comment

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di nadiasyakila,blogspot.com adalah perkongsian dan pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Elakkan mengulang cetak / salin sesuka hati, untuk perkongsian ilmiah dibenarkan.

Disclaimer #2

Segala penerangan/penulisan/testimoni tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan bertauliah.

Nadia Syakila Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign